Catatan Popular

Khamis, 11 Ogos 2011

KEBEBASAN BERAGAMA: ANTARA UNIVERSAL ISLAM DAN PLURALISME AGAMA


Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa Islam merupakan agama yang 


bersifat universal ('alamiyyah). Ia diturunkan oleh Allah SWT kepada seluruh 
umat manusia, ia tidak membeza-bezakan antara lelaki dan wanita, antara yang 
berkulit putih mahupun hitam. Islam tidak pernah sekali-kali mengajak kepada 
sifat 'ketaksuban' bahkan Islam mengizinkan bukan Islam untuk bersama-sama 
tinggal di tanahair yang satu dengan penuh aman dan bahagia. 
Al-Qur'an al-Karim dengan jelas menyatakan secara berulang kali bahawa Islam 
merupakan agama yang bersifat 'universal' sehingga mengulang sebanyak lebih 
70 kali kalimah  al-'alamin yang membawa maksud alam sejagat atau sekalian 
alam. Menurut Qatadah sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Qurtubi dalam 
tafsirnya kalimah   al-'alamin merupakan perkataan jamak bagi alam yang 
bermaksud semua yang wujud melainkan Allah SWT.  
Antara sumber wahyu yang merakamkan kenyataan ini adalah firman Allah SWT 
di dalam surah al-Anbiya' ayat 107 yang bermaksud:  "Dan tidaklah kami 
mengutuskan engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat kepada sekalian 
alam". Menurut Ibnu Kathir dalam tafsirnya di dalam ayat ini Allah SWT 
mengkhabarkan bahawa Dia menjadikan Muhammad sebagai rahmat bagi 
mereka (umat) semua, barangsiapa yang menerima rahmat ini lalu beriman dan 
membenarkannya maka dia beroleh rahmat dan sesiapa  yang melakukan 
sebaliknya maka dia akan kerugian di dunia dan akhirat. 
Ini jelas menunjukkan bahawa setiap muslim perlu sedar dan insaf bahawa 
tanggungjawab mereka begitu besar kerana menganuti  suatu agama wahyu 
yang melampaui segala fahaman mahupun doktrin kepercayaan manusia apalagi 
istilah moden yang sering mengaitkan agama dengan tabiat tertentu sama ada 
inklusif ataupun eksklusif. 
Inklusif dan Eksklusif 
Pada asasnya perbahasan mengenai inklusif dan eksklusif dalam beragama lahir 
daripada faham pluralisme agama yang lahir dengan berlatarbelakangkan 
sejarah agama Kristian di Barat. Buktinya pelopor pluralisme agama adalah 
William Cantwell Smith, John Hick, Hans Kung atau Leonard Swindler yang 
kesemuanya adalah para pemikir teologi Kristian. 
Sekiranya dikaji dari sudut kefahaman terhadap pluralisme agama, terdapat 
beberapa aliran pemikiran yang cuba mentafsirkan pluralisme agama itu dengan 
persepsi masing-masing. Pertama, kenyataan bahawa semua agama itu baik dan 
benar, iaitu dari sudut setiap pemeluk atau penganutnya. Ini berdasarkan bahawa 
setiap penganut agama akan menganggap agamanya adalah yang 
paling baik dan benar. 
Kedua, kebenaran dan keselamatan agama itu ada dua jenis; pertama kebenaran 
eksklusif dan kedua kebenaran inklusif. Kebenaran eksklusif adalah kebenaran 
tertentu yang hanya diyakini oleh agama tertentu sahaja dan tidak dalam agama 
lain. Contohnya doktrin tentang konsep 'triniti' hanya dipercayai dalam agama 
Kristian sahaja dan tidak diterima dalam agama Islam. Manakala kebenaran 
inklusif pula adalah seumpama konsep berkasih sayang yang dianjurkan oleh 
agama Islam, juga dianjur dan digalakkan oleh penganut semua agama. 
Dalam memahami pluralisme agama menurut perspektif yang kedua ini terdapat 
di kalangan intelektual Islam menganggap bahawa inilah yang dimaksud oleh 
keseluruhan isi syariah Islam dalam konteks hubungan antara masyarakat 
berbilang agama yang menggalakkan umat Islam bertoleransi dengan bukan 
Islam. Bermaksud umat Islam dibenarkan bertoleransi dengan umat bukan Islam 
pada perkara-perkara yang bukan eksklusif tetapi ditegah sekiranya ia 
melibatkan perkara-perkara yang eksklusif menurut Islam seumpama yang 
bersangkut soal akidah dan kepercayaan atau iman dan tauhid.  
Manakala persoalan syariah atau fiqh pula dianggap  sebagai inklusif dan boleh 
dikompromi dalam keadaan-keadaan tertentu demi untuk menjaga hubungan 
baik dan keharmonian beragama. Sikap eksklusif yang bersifat suka mendakwa 
bahawa agamanya benar dan selainnya adalah tidak benar hendaklah tidak 
dijelmakan dan harus dikawal dan dididik agar tidak menimbulkan kekeruhan 
hubungan antara Islam dan bukan Islam. 
Syariah Islam  
Syariah Islam sering dikatakan lebih anjal dan fleksibel sehingga menjadi hujjah 
untuk mengatakan bahawa sememangnya Islam sejak dahulu lagi menganjurkan 
sifat keterbukaan atau inklusif. Ini kerana syariah lebih cenderung kepada 
kefahaman atau interaksi umat Islam terhadap sumber-sumber syarak untuk 
menghasilkan sesuatu hukum. Oleh itu, menurut sesetengah fahaman segalagalanya 
adalah bergantung kepada kebijaksanaan seseorang itu untuk memilih 
jalan bagaimana untuk mengeluarkan sesuatu hukum itu, apakah matlamatnya 
serta meninjau apakah suasana ketika hukum itu hendak dikeluarkan. 
Adakah maksud sebegini tepat untuk disandarkan kepada syariah? Secara 
ringkas, penulis ingin menjelaskan bahawa syariah menurut metodologi ilmu 
Islam bererti apa sahaja yang ditetapkan oleh Allah SWT untuk para hambanya 
baik tentang akidah, ibadat, akhlak, muamalat dan apa sahaja tata hidup di 
dunia ini. Namun begitu apabila disebut akidah dan  syariah, kebiasaannya 
syariah akan lebih dimengertikan sebagai hal-hal yang melibatkan perundangan
atau tata cara hidup manusia di dunia.  
Dalam syariah terdapat banyak perbahasan berkenaan hukum yang secara tidak 
langsung melibatkan dua aspek penting yang tidak terpisah iaitu ibadat dan 
kehidupan. Menurut ahli fiqh (fuqaha') hukum ialah arahan (khitab) Allah 
berkenaan dengan tindak-tanduk manusia. Satu istilah lain yang ada kaitan rapat 
dengan syariah dan hukum ialah fiqh. Dalam penggunaan biasa ia bererti 
pemahaman hukum-hukum amali semata-mata. Maksud hukum amali di sini 
ialah ketentuan berhubung tindak-tanduk manusia. 
Namun begitu Islam tidak meletakkan semua hukum itu dihasilkan dengan jalan 
pemahaman atau lebih dikenali dengan istilah  ijtihad. Oleh itu  ijtihad sangat 
tertakluk kepada kaedah-kaedah ilmu fiqh yang perlu diketahui dan difahami 
oleh setiap ahli fiqh, antaranya iaitu kaedah 'tidak ada  ijtihad ketika kewujudan 
nas (yang jelas)'. Manakala  ijtihad pula bermaksud berusaha dengan segala 
kemampuan untuk sampai kepada hukum syarak berdasarkan dalil-dalil syarak.  
Maksud kaedah di atas iaitu  ijtihad hanya berlaku pada masalah-masalah yang 
tidak terdapat dalam syariah nas yang jelas (sarih) tentangnya, adapun 
sekiranya kedapatan nas-nas yang jelas tentang hukum sesuatu permasalahan 
maka tidak boleh sekali-kali berijtihad walau dalam apa jua keadaan sekalipun, 
sekaligus hukumnya di sini adalah sama dengan perkara-perkara akidah yang 
jelas tidak dibenarkan  ijtihad. Contohnya, telah jelas terdapat nas yang 
mengharamkan riba, maka tidak harus lagi berijtihad tentang hukumnya. Begitu 
juga seumpama telah ada nas tentang wajib membahagikan harta pusaka 
dengan kadar satu nisbah dua kepada waris lelaki dan perempuan, maka tidak 
harus lagi berijtihad untuk memberi kadar yang sama rata antara lelaki dan 
perempuan. 
Berkenaan hukum-hukum yang diijtihadkan pula, hukum beramal dengannya 
adalah wajib ilzami sebagaimana para imam mujtahid wajib beramal dengan apa 
yang dihasilkan menerusi ijtihadnya sendiri. Baginya ia adalah seumpama hukum 
yang jelas daripada Allah SWT melalui al-Qur'an dan al-Sunnah. Namun bagi 
selain mujtahid (pengikut atau muqallid) maka hendaklah beramal dengan fatwa 
mujtahid memandangkan dihadapannya tiada lagi jalan lain untuk mengetahui 
hukum syarak melainkan dengan memohon fatwa daripada yang mengetahui 
dan mampu berijtihad.  
Oleh itu memungkiri salah satu hukum daripada hukum-hukum syarak yang sabit 
dengan dalil  qat'iy (putus dan jelas) atau mendakwa terdapat unsur-unsur 
kekerasan pada hukum tertentu seumpama hudud, atau  mendakwa kedapatan 
beberapa hukum syarak yang tidak lagi sesuai untuk  dilaksanakan adalah 
Adapun memungkiri mana-mana hukum yang sabit melalui jalan  ijtihad yang 
terbina atas dasar melampaui andaian (ghalabah zann) ia adalah maksiat, 
kefasiqan dan kezaliman; ini kerana mujtahid telah memeras segala daya upaya 
untuk mengeluarkan kebenaran dan keterangan tentang hukum Allah SWT, jauh 
daripada mengikut hawa nafsu diri sendiri atau kepentingan tertentu atau 
mengharapkan nama dan kedudukan, tetapi mereka hanya menurut dalil-dalil 
syarak dan panduan kebenaran manakala syiar mereka  adalah amanah, benar 
dan keikhlasan.  
Persoalannya sekarang, selepas memahami hakikat sebenar syariah Islam 
sebagaimana yang dikemukakan di atas, adakah masih boleh dianggap bahawa 
syariah Islam itu bersifat inklusif? Jawapannya tentu tidak kerana syariah Islam 
tidak sekali-kali besifat inklusif dalam maksud keterbukaan yang menerima 
penyesuaian atau perubahan hanya kerana terdapat ketidaksamaan atau 
percanggahan dengan agama bukan Islam. Tetapi syariah Islam adalah segala 
hukum-hakam yang meliputi segenap kehidupan manusia melalui sumbersumber
 tertentu dan kaedah tertentu yang sekali-kali tidak lari dari nilai-nilai 
ibadat kepada Allah SWT yang dianggap suci oleh penganutnya. 
Islam agama universal 
Apabila ditinjau sejarah pergerakan dakwah Nabi SAW di Makkah alMukarramah, 
ia menyaksikan bagaimana Nabi SAW bersungguh-sungguh 
menyampaikan risalah akidah kepada seluruh umat Makkah, tiada suatupun yang 
disembunyikan oleh Nabi SAW kepada kaumnya melainkan dijelaskan melalui 
wahyu-wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT kepadanya dengan penuh 
keyakinan bahawa ini adalah agama sejagat dan boleh diterima oleh sesiapa 
sahaja di kalangan makhluk ciptaanNya. 
Namun ini tidak bermakna dengan dakwah tersebut Islam memaksa umat 
selainnya memeluk Islam, oleh itu Islam menerima kewujudan kepelbagaian 
agama dan ia dirakamkan sendiri dalam banyak ayat al-Qur'an lebih-lebih lagi 
ayat 11 dalam surah Hud yang menyebut sekiranya dikehendaki Allah SWT 
nescaya seluruh manusia akan dijadikan umat yang satu.  
Dalam memahami ayat ini, umat Islam perlu mentafsirkannya berdasarkan 
akidah Islam yang murni. Ayat-ayat ini seumpama ini amat merbahaya sekiranya 
ditafsirkan hanya menurut faham ilmu sosiologi atau realiti semasa yang 
akhirnya mungkin dengan senang boleh dijadikan hujjah untuk mendakwa Islam 
itu bersifat inklusif justeru mengiktiraf kebenaran agama-agama lain. Sedangkan 
sekiranya ayat ini dihayati menurut akidah Islam, perlu difahami terlebih dahulu 
bahawa kehendak Allah SWT itu terbahagi kepada dua; pertama, kehendak 
menjadikan (kauniyyah) dan kedua kehendak hukum (syar'iyyah).  Kehendak 
menjadikan (kauniyyah) bermaksud kehendak Allah SWT menjadikan 
segala sesuatu sama ada baik atau buruk, bermanfaat atau tidak dan apa jua 
yang dikehendakinya. Manakala kehendak hukum (syar'iyyah) iaitu segala bentuk 
perintah dan larangan yang Allah SWT jadikan bertujuan untuk ditaati atau 
dijauhi oleh manusia dan Allah SWT reda dan mendorong manusia untuk 
melakukannya serta murka sekiranya ia diabaikan. Berbalik kepada ayat di atas, 
Allah SWT hanya sekadar menyebut kehendak menjadikan (kauniyyah) umat 
tidak bersatu agama tetapi pelbagai namun dari segi kehendak hukum 
sememangnya manusia disuruh kesemuanya bersatu di bawah agama Allah SWT 
sehingga Dia sendiri menyebut bahawa tiada agama yang diredainya melainkan 
Islam dan selainnya tidak akan diterima diakhirat kelak. 
Dialog Keagamaan Sebagai Medium Dakwah 
Islam sejak kebangkitan Rasulullah SAW mahupun para rasul terdahulu sangat 
menggalakkan interaksi atau perhubungan dengan umat bukan Islam. Inilah 
satu-satu cara ajaran Islam dapat dikembangkan atau sekurang-kurangnya 
dimanfaatkan bersama oleh umat bukan Islam. Pada hari ini kita dibentangkan 
pula dengan idea supaya diperbanyakkan di kalangan  rakyat berbilang agama 
aktiviti dialog antara agama. Lalu terbentuk cadangan supaya pihak kerajaan 
mewujudkan satu badan penyelaras yang bertindak menyelaraskan segala 
aktiviti dialog keagamaan di samping memastikan keberkesanan dialog yang 
diadakan. 
Dialog antara agama sebagaimana yang dicadangkan ini sememangnya tidak 
asing lagi bagi Islam kerana ia adalah salah satu medium penting generasi Islam 
terdahulu menyampaikan risalah Islam dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan 
tanpa melibatkan unsur-unsur paksaan dan kekerasan. Allah SWT merakamkan 
dalam surah al-Nahl ayat 125 bermaksud: "Berdakwahlah kepada jalan Tuhanmu 
dengan bijaksana dan pengajaran yang baik, dan berbahaslah (berdialog) 
dengan mereka dengan cara yang terbaik, sesungguhnya Tuhanmu amat 
mengetahui sesiapa yang tersesat dari jalanNya, dan Dia mengetahui orangorang 
mendapat hidayah". 
Menurut tafsir al-Qurtubi ayat ini diturunkan di Makkah ketika kaum Quraisy 
sibuk membuat penentangan ke atas Nabi SAW dengan pelbagai bentuk 
kekerasan dan keganasan, namun Allah SWT memerintahkan Nabi SAW supaya 
pergi kepada mereka dan berdialog dengan penuh hikmah, kebijaksanaan dan 
kata-kata yang lembut.  
Secara ringkas, aktiviti dialog antara agama menurut perspektif Islam tidak lebih 
daripada satu medium dakwah untuk menyampaikan risalah Islam kepada bukan 
Islam. Oleh itu ia adalah berobjektifkan mencari kebenaran dan mengajakkepada
 agama-agama lain menilai fakta-fakta yang dibentangkan dalam akidah 
dan syariah Islam. 
Sebagai contoh bagaimana objektif dialog yang dianjurkan oleh Islam adalah 
sepertimana firman Allah SWT dalam surah Ali-'Imran ayat 64 bermaksud: 
"Katakanlah ( Muhammad): Wahai Ahli Kitab, marilah  kita menerima kalimah 
yang satu antara kami dengan kamu, iaitu kita tidak menyembah melainkan 
Allah, kita tidak mensyirikkannya dengan sesuatu, dan sesama kita janganlah 
mengambil tuhan selain Allah, sekiranya mereka berpaling, maka katakanlah: 
bersaksilah bahawa sesungguhnya kami orang yang beriman". 
Ayat ini dengan jelas menggambarkan kepada kita bagaimana Nabi SAW 
diperintah oleh Allah SWT supaya berdialog dengan bukan Islam dengan tujuan 
menawarkan Islam kepada mereka sekaligus mengajak mereka menerima Islam 
dengan hati yang terbuka.    
Dalam konteks negara kita pada hari, pihak kerajaan telah berusaha 
menyampaikan Islam kepada bukan Islam dengan pelbagai medium dan cara 
sama ada secara langsung atau tidak langsung. Penubuhan beberapa badan 
yang ditugaskan secara langsung berkomunikasi dengan bukan Islam jelas 
menunjukkan komitmen kerajaan menyampaikan Islam kepada bukan Islam, 
antaranya penubuhan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Yayasan 
Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia 
(PERKIM) dan berbagai lagi. Begitu juga usaha-usaha kerajaan menyebarkan 
Islam secara tidak langsung seumpama melalui pelaksanaan 'Dasar Penerapan 
Nilai-nilai Islam' dan terbaru konsep 'Islam Hadhari' sebagaimana yang 
digagaskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri ketika ini. 
Semua ini jelas menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang boleh diterima 
oleh semua pihak kerana ciri-ciri universalnya dan  ia tidak perlu menerima 
kefahaman baru seumpama yang dibangkitkan oleh golongan pluralis dengan 
alasan keharmonian beragama. Sememangnya sejak dahulu lagi Islam 
menganjurkan sebuah masyarakat yang harmoni walaupun berbilang agama dan 
ia telahpun terbukti dengan terbentuknya 'piagam Madinah' ketika di bawah 
pemerintahan Rasulullah SAW yang telah memberikan keadilan kepada semua 
pihak. 
Hakikatnya, sifat inklusif dan eksklusif diberikan  oleh Barat hanya bertujuan 
untuk mengelakkan pertembungan dan percanggahan antara agama, atau 
dengan bahasa mudah simpanlah akidah dan kepercayaan masing-masing di 
dalam hati atau kelompok sendiri tetapi zahirkanlah kesamaan dan kesepakatan 
pada amalan-amalan yang zahir serta elakkan percanggahan antara satu dengan 
lain maka dengan itu seluruh umat berbilang agama akan hidup aman dan 
sejahtera.Semoga dengan kedudukan Islam yang telah wujud sejak sekian 
lama di negara 
ini dan diiktiraf oleh perlembagaan sebagai agama rasmi dapat terus difahami 
dan dihayati oleh semua pihak terutamanya golongan bukan Islam malah umat 
Islam sendiri. Oleh itu apa jua isu yang berbau perkauman dan keagamaan 
haruslah dihentikan kerana ia hanya akan melahirkan percanggahan
percanggahan yang tidak berkesudahan seterusnya boleh meruntuhkan 
keharmonian institusi beragama di negara ini.
dianggap sebagai kekufuran dan boleh terkeluar daripada Islam.Adapun memungkiri mana-mana hukum yang sabit melalui jalan  ijtihad yang 
terbina atas dasar melampaui andaian (ghalabah zann) ia adalah maksiat, 
kefasiqan dan kezaliman; ini kerana mujtahid telah memeras segala daya upaya 
untuk mengeluarkan kebenaran dan keterangan tentang hukum Allah SWT, jauh 
daripada mengikut hawa nafsu diri sendiri atau kepentingan tertentu atau 
mengharapkan nama dan kedudukan, tetapi mereka hanya menurut dalil-dalil 
syarak dan panduan kebenaran manakala syiar mereka  adalah amanah, benar 
dan keikhlasan.  
Persoalannya sekarang, selepas memahami hakikat sebenar syariah Islam 
sebagaimana yang dikemukakan di atas, adakah masih boleh dianggap bahawa 
syariah Islam itu bersifat inklusif? Jawapannya tentu tidak kerana syariah Islam 
tidak sekali-kali besifat inklusif dalam maksud keterbukaan yang menerima 
penyesuaian atau perubahan hanya kerana terdapat ketidaksamaan atau 
percanggahan dengan agama bukan Islam. Tetapi syariah Islam adalah segala 
hukum-hakam yang meliputi segenap kehidupan manusia melalui sumbersumber tertentu dan kaedah tertentu yang sekali-kali tidak lari dari nilai-nilai 
ibadat kepada Allah SWT yang dianggap suci oleh penganutnya. 
Islam agama universal 
Apabila ditinjau sejarah pergerakan dakwah Nabi SAW di Makkah alMukarramah, ia menyaksikan bagaimana Nabi SAW bersungguh-sungguh 
menyampaikan risalah akidah kepada seluruh umat Makkah, tiada suatupun yang 
disembunyikan oleh Nabi SAW kepada kaumnya melainkan dijelaskan melalui 
wahyu-wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT kepadanya dengan penuh 
keyakinan bahawa ini adalah agama sejagat dan boleh diterima oleh sesiapa 
sahaja di kalangan makhluk ciptaanNya. 
Namun ini tidak bermakna dengan dakwah tersebut Islam memaksa umat 
selainnya memeluk Islam, oleh itu Islam menerima kewujudan kepelbagaian 
agama dan ia dirakamkan sendiri dalam banyak ayat al-Qur'an lebih-lebih lagi 
ayat 11 dalam surah Hud yang menyebut sekiranya dikehendaki Allah SWT 
nescaya seluruh manusia akan dijadikan umat yang satu.  
Dalam memahami ayat ini, umat Islam perlu mentafsirkannya berdasarkan 
akidah Islam yang murni. Ayat-ayat ini seumpama ini amat merbahaya sekiranya 
ditafsirkan hanya menurut faham ilmu sosiologi atau realiti semasa yang 
akhirnya mungkin dengan senang boleh dijadikan hujjah untuk mendakwa Islam 
itu bersifat inklusif justeru mengiktiraf kebenaran agama-agama lain. Sedangkan 
sekiranya ayat ini dihayati menurut akidah Islam, perlu difahami terlebih dahulu 
bahawa kehendak Allah SWT itu terbahagi kepada dua; pertama, kehendak 
menjadikan (kauniyyah) dan kedua kehendak hukum (syar'iyyah). Kehendak menjadikan (kauniyyah) bermaksud kehendak Allah SWT menjadikan 
segala sesuatu sama ada baik atau buruk, bermanfaat atau tidak dan apa jua 
yang dikehendakinya. Manakala kehendak hukum (syar'iyyah) iaitu segala bentuk 
perintah dan larangan yang Allah SWT jadikan bertujuan untuk ditaati atau 
dijauhi oleh manusia dan Allah SWT reda dan mendorong manusia untuk 
melakukannya serta murka sekiranya ia diabaikan. Berbalik kepada ayat di atas, 
Allah SWT hanya sekadar menyebut kehendak menjadikan (kauniyyah) umat 
tidak bersatu agama tetapi pelbagai namun dari segi kehendak hukum 
sememangnya manusia disuruh kesemuanya bersatu di bawah agama Allah SWT 
sehingga Dia sendiri menyebut bahawa tiada agama yang diredainya melainkan 
Islam dan selainnya tidak akan diterima diakhirat kelak. 
Dialog Keagamaan Sebagai Medium Dakwah 
Islam sejak kebangkitan Rasulullah SAW mahupun para rasul terdahulu sangat 
menggalakkan interaksi atau perhubungan dengan umat bukan Islam. Inilah 
satu-satu cara ajaran Islam dapat dikembangkan atau sekurang-kurangnya 
dimanfaatkan bersama oleh umat bukan Islam. Pada hari ini kita dibentangkan 
pula dengan idea supaya diperbanyakkan di kalangan  rakyat berbilang agama 
aktiviti dialog antara agama. Lalu terbentuk cadangan supaya pihak kerajaan 
mewujudkan satu badan penyelaras yang bertindak menyelaraskan segala 
aktiviti dialog keagamaan di samping memastikan keberkesanan dialog yang 
diadakan. 
Dialog antara agama sebagaimana yang dicadangkan ini sememangnya tidak 
asing lagi bagi Islam kerana ia adalah salah satu medium penting generasi Islam 
terdahulu menyampaikan risalah Islam dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan 
tanpa melibatkan unsur-unsur paksaan dan kekerasan. Allah SWT merakamkan 
dalam surah al-Nahl ayat 125 bermaksud: "Berdakwahlah kepada jalan Tuhanmu 
dengan bijaksana dan pengajaran yang baik, dan berbahaslah (berdialog) 
dengan mereka dengan cara yang terbaik, sesungguhnya Tuhanmu amat 
mengetahui sesiapa yang tersesat dari jalanNya, dan Dia mengetahui orangorang mendapat hidayah". 
Menurut tafsir al-Qurtubi ayat ini diturunkan di Makkah ketika kaum Quraisy 
sibuk membuat penentangan ke atas Nabi SAW dengan pelbagai bentuk 
kekerasan dan keganasan, namun Allah SWT memerintahkan Nabi SAW supaya 
pergi kepada mereka dan berdialog dengan penuh hikmah, kebijaksanaan dan 
kata-kata yang lembut.  
Secara ringkas, aktiviti dialog antara agama menurut perspektif Islam tidak lebih 
daripada satu medium dakwah untuk menyampaikan risalah Islam kepada bukan 
Islam. Oleh itu ia adalah berobjektifkan mencari kebenaran dan mengajak kepada agama-agama lain menilai fakta-fakta yang dibentangkan dalam akidah 
dan syariah Islam. 
Sebagai contoh bagaimana objektif dialog yang dianjurkan oleh Islam adalah 
sepertimana firman Allah SWT dalam surah Ali-'Imran ayat 64 bermaksud: 
"Katakanlah ( Muhammad): Wahai Ahli Kitab, marilah  kita menerima kalimah 
yang satu antara kami dengan kamu, iaitu kita tidak menyembah melainkan 
Allah, kita tidak mensyirikkannya dengan sesuatu, dan sesama kita janganlah 
mengambil tuhan selain Allah, sekiranya mereka berpaling, maka katakanlah: 
bersaksilah bahawa sesungguhnya kami orang yang beriman". 
Ayat ini dengan jelas menggambarkan kepada kita bagaimana Nabi SAW 
diperintah oleh Allah SWT supaya berdialog dengan bukan Islam dengan tujuan 
menawarkan Islam kepada mereka sekaligus mengajak mereka menerima Islam 
dengan hati yang terbuka.    
Dalam konteks negara kita pada hari, pihak kerajaan telah berusaha 
menyampaikan Islam kepada bukan Islam dengan pelbagai medium dan cara 
sama ada secara langsung atau tidak langsung. Penubuhan beberapa badan 
yang ditugaskan secara langsung berkomunikasi dengan bukan Islam jelas 
menunjukkan komitmen kerajaan menyampaikan Islam kepada bukan Islam, 
antaranya penubuhan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Yayasan 
Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia 
(PERKIM) dan berbagai lagi. Begitu juga usaha-usaha kerajaan menyebarkan 
Islam secara tidak langsung seumpama melalui pelaksanaan 'Dasar Penerapan 
Nilai-nilai Islam' dan terbaru konsep 'Islam Hadhari' sebagaimana yang 
digagaskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri ketika ini. 
Semua ini jelas menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang boleh diterima 
oleh semua pihak kerana ciri-ciri universalnya dan  ia tidak perlu menerima 
kefahaman baru seumpama yang dibangkitkan oleh golongan pluralis dengan 
alasan keharmonian beragama. Sememangnya sejak dahulu lagi Islam 
menganjurkan sebuah masyarakat yang harmoni walaupun berbilang agama dan 
ia telahpun terbukti dengan terbentuknya 'piagam Madinah' ketika di bawah 
pemerintahan Rasulullah SAW yang telah memberikan keadilan kepada semua 
pihak. 
Hakikatnya, sifat inklusif dan eksklusif diberikan  oleh Barat hanya bertujuan 
untuk mengelakkan pertembungan dan percanggahan antara agama, atau 
dengan bahasa mudah simpanlah akidah dan kepercayaan masing-masing di 
dalam hati atau kelompok sendiri tetapi zahirkanlah kesamaan dan kesepakatan 
pada amalan-amalan yang zahir serta elakkan percanggahan antara satu dengan 
lain maka dengan itu seluruh umat berbilang agama akan hidup aman dan 
sejahtera.  Semoga dengan kedudukan Islam yang telah wujud sejak sekian lama di negara 
ini dan diiktiraf oleh perlembagaan sebagai agama rasmi dapat terus difahami 
dan dihayati oleh semua pihak terutamanya golongan bukan Islam malah umat 
Islam sendiri. Oleh itu apa jua isu yang berbau perkauman dan keagamaan 
haruslah dihentikan kerana ia hanya akan melahirkan percanggahanpercanggahan yang tidak berkesudahan seterusnya boleh meruntuhkan 
keharmonian institusi beragama di negara ini... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan