Catatan Popular

Khamis, 11 Ogos 2011

ASAS RUJUKAN DALAM BIDANG AQIDAH ISLAM


BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN 
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
TAHUN 1432H/2010M 2
KANDUNGAN
1.  Tujuan -3 
2.  Objektif -3 
3.  Penjelasan Dasar Umum Aqidah -3 
   - Pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah -3 
   - Asas Umum Manhaj Ahli Sunnah Wal-Jamaah -4 
   - Dasar Ahli Sunnah Yang Disepakati Kebenarannya -4 
   - Faktor Kesesatan Yang Diijma’kan Ahli Sunnah-5
4.  Syirik -10 
5.  Sumber Ilmu Dalam Aqidah (Asbab al-Ilmi)-12 
6.  Huraian Beberapa Konsep Dan Istilah--13 
    -Wahdatul-Wujud -13 
    -Martabat Tujuh -14 
    -Nur Muhammad -15 
    -Kasyaf dan Ilham -17 
    -Yaqazah -18 
    -Mimpi-19 
    -Hulul -19 
    -Ittihad -20 
    -Tangkal Azimat 
    -Mentera 
    -Keramat 
    -Ma’unah -22 
    -Tawassul-23 
    -Persalinan Roh*Tanasukh Arwah) -24 
    -Khurafat-24 
    -Memanggil Roh(Tahdir Arwah) -25 
    -Menurun (Isrinzal Arwah) -26 
    -Tarekat-27 
    -Rabitah -27 
    -Wali 28 
    -Siher-29 
    -Penggunaan Jin -29 
    -Tafsir Bebas-29 
    -Hadis Palsu-29 
    -Perkara Ghaib -30 
    -Makhluk Halus -32 
-Qarin -33 
-Meditasi-33 
7.  Penggunaan -34 
8.  Penutup -34 3
ASAS RUJUKAN DALAM BIDANG
AQIDAH ISLAM  
1. TUJUAN  
Kertas ini disediakan untuk dijadikan asas dan panduan 
dalam pengendalian isu aqidah oleh pegawai terlibat di 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan
Agama negeri 
2. OBJEKTIF  
2.1 Untuk menjadi asas dan rujukan menangani 
permasalahan aqidah dan isu yang berkaitan. 
2.2 Untuk mengelak dari perselisihan pendapat tentang 
perkara asas aqidah yang berlaku dalam masyarakat. 
3. PENJELASAN DASAR UMUM AQIDAH 
3.1  Pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah 
Malaysia sebagai sebuah negara Islam, telah 
menentukan hanya aqidah dan fahaman Ahli Sunnah 
Wal Jamaah sahaja dijadikan pegangan dan amalan 
rasmi kerajaan dan rakyatnya serta tidak menerima 
lain-lain fahaman untuk diterima pakai. 
  
Huraian: 
Aqidah dari segi bahasa bererti simpulan atau ikatan pada
suatu benda, iaitu seperti tali yang disimpulkan supaya 
menjadi kemas dan kuat. Aqidah ialah Iman, Iman ialah 
tasdiq   (  membenarkan      dengan hati) yang pasti dan 
menepati kenyataan yang lahir daripada dalil. 
Ahli yang dimaksudkan ialah para penganut atau pengikut.
Sunnah dari segi bahasa ialah jalan atau cara nabi. Dari segi 
istilah ialah segala apa yang datang dari nabi Muhammad 
s.a.w. sama ada perkataan, perbuatan, sifat, dan taqrirnya 
(pengakuannya).  
Ahli Sunnah  ialah mereka yang mengikut dan 
mempertahankan sunnah Rasulullah s.a.w.4
Al-Jamaah dari segi bahasa ialah perkumpulan orang ramai 
yang berhimpun. Dari segi istilah ialah jalan sahabat dan 
orang yang hidup selepas mereka, maka lahirlah istilah Ahli 
Sunnah Wal Jamaah. Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah orang 
yang terdahulu dari kalangan umat Islam iaitu para sahabat 
dan tabi ‘in yang sepakat di atas al-Haq yang amat jelas iaitu 
menerima Al-Quran dan Al-Sunnah .  
3.2. Asas Umum Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah 
 - Mengutamakan al-Quran dan al-Sunnah. 
 - mentafsirkan al-Quran dengan al-Quran. 
         -    Mentafsirkan al-Quran dengan al-Sunnah. 
                  -         Mengutamakan pendapat Sahabat dan Tabi ‘in. 
          - Meraikan kaedah-kaedah Bahasa Arab dalam 
memahami nas. 
          - Berpegang kepada zahir nas kecuali ada bukti ia 
tidak dikehendaki. 
  - Mengutamakan tanzih (mensucikan Allah                         
                            dari menyerupai makhluk dan dari      mana-  
                            mana sifat  kekurangan, bahawa       hakikat       
ketuhanan itu tidak terjangkau akal atau    
transcendence, hampir sama                      
maksud dengan  mukhalafatuhu   lil hawadith )  
dan taqdis  (penyucian Allah) dalam   persoalan            
mutasyabihat(ayat-ayat yang mengandungi 
perkataan  yang sama                                 
dengan makhluk   ). 
  
3.3. Dasar Ahli Sunnah Yang Disepakati Kebenarannya
  -   Meyakini bahawa Islam agama Allah. 
 - Meyakini bahawa hakikat Islam terdiri dari Iman,
Islam dan Ihsan. 
 - Meyakini ke Esaan Allah. 
 - Meyakini bahawa Allah Maha Pencipta dan 
mempunyai asma’ dan sifat Maha Sempurna. 
 - Meyakini bahawa seluruh makhluk adalah 
ciptaan Allah. 
           - Meyakini bahawa segala apa yang berlaku 
menurut qada’ dan qadar Allah. 
 - Meyakini bahawa ahli qiblat (orang Islam ) tidak
dikufurkan atas sebab kemaksiatan. 
 - Meyakini Allah dapat dilihat di akhirat kelak. 5
 - Meyakini hakikat soalan malaikat dan azab 
kubur. 
           -      Meyakini hakikat Nabi Muhammad akan memberi 
syafaat pada hari kiamat. 
- Meyakini hari Kiamat  
 - Meyakini bahawa asas agama adalah ittiba’ 
(mengikuti jejak Nabi berdasarkan hujah     ) 
bukan ibtida’ (rekaan manusia  ). 
 - Meyakini bahawa menyatupadukan umat Islam 
matlamat terbesar dalam Islam. 
3.4.     Faktor Kesesatan Yang Diijma’kan Ahli Sunnah 
            Kesesatan aqidah tidak terkeluar daripada tiga faktor         
                   berikut: 
Pertama:  Menolak, menafi atau mengingkari hakikat  
        Islam itu   sendiri, sama ada kerana   
        kejahilan,sangkaan, ikut-ikutan  
        atau kerana sememangnya disengajakan,   
        walaupun  mengetahui kebenarannya; 
Kedua:  .  Keterlauluan yang dipacu  oleh rasa   
                                   Fanatik dan  hawa   nafsu,sehingga ke  
                 tahap sanggup  menolak, menafi atau   
                 mengingkari hakikat- hakikat Islam; 
Ketiga: .  Takwilan yang batil, yang tidak berdasarkan  
       kepada   kaedah-kaedah bahasa Arab dan  
       syara’, yang didorong   oleh  rasa fanatik dan  
       hawa nafsu selain dari kelemahan    iman.   
                 
Huraian 
3.4.1. Penjelasan kesesatan dari faktor pertama, 
Mengingkari hakikat Islam samada sengaja, jahil atau 
ikut-ikutan.  
    
   
           Ia meliputi ciri-ciri dan perkara berikut: 
                               6
a) semua jenis agama atau     kepercayaan     yang 
bukan Islam, sama ada agama samawi atau agama 
budaya, 
b) Segala apa jua bentuk kemulhidan dan 
kemungkaran keatas hakikat-hakikat Islam yang 
disepakati kebenaran  dan kesahihannya sama ada 
yang berbentuk individu atau berkumpulan, 
c) Keingkaran atau penolakan hadis dalam memahami 
dan mengamalkan Islam,iaitu mereka yang hanya 
berpegang al-Quran sahaja, 
d) Segala apa pun bentuk kesyirikan, , sama ada pada 
Zat Allah, Asma’, Sifat Ketuhanan Rububiyyah atau 
Uluhiyyah, sama ada dalam bentuk pemikiran, 
pertuturan atau perbuatanNya. 
Kesemua kesesatan dan kebatilan ini bercanggah 
dengan hakikat-hakikat yang terpancar dari manhaj 
Islam. 
                                 
3.4.2 Penjelasan Kesesatan dari faktor kedua. 
                   Segala bentuk keterlaluan (ghuluw) dari batas-batas   
                   Islam yang disepakati secara ijma’ dalam kepercayaan  
                   atau perlakuan yang berpunca dari kepercayaan.   
                   Antara contohnya; 
a) Menolak keimanan dan kepimpinan Abu Bakar 
Assiddiq dan Umar yang dilantik secara sah mengikut
manhaj Islam, tanpa mengira kata sepakat dan ijma’ 
keatas kesahihan tersebut. 
b) Memberikan sifat-sifat kenabian kepada seseorang
selain Nabi , walaupun betapa tinggi darjatnya,  secara 
khususnya kepada saidina Ali k.w. seperti sifat 
penerimaan wahyu, sifat kemaksuman dan lain-lain. 
c) Merendah-rendahkan para sahabat Rasulullah 
s.a.w. yang telah  terbukti  kesahabatan mereka, yang 
telah diperakui istiqamah, ketakwaan  dan  kasalehan 
mereka oleh   ahli al-Salaf al-Saleh. 7
d) Memberikan sifat kemaksuman kepada setengan 
masyayekh (Syekh tarekat), sehingga sikap dan 
perlakuannya diamggap menjadi hujjah yamg 
mengatasi Nas, sedangkan kedudukan sebenarnya 
Nas itulah yang menjadi hujjah keatas segala-galanya. 
e) Mempercayai adanya sesetengah imam Syiah Ithna 
Asyariyyah yang telah mencapai taraf dan martabat 
yang tidak dicapai oleh Malaikat muqarrabun dan Nabi 
yang diutuskan. 
f) Kepercayaan yang mengatakan  bahawa pelaku 
                   dosa besar menjadi kafir atau murtad, seperti yang 
                   menjadi pegangan golongan Khawarij . Bahkan pelaku 
                   dosa dan maksiat, walaupun apa pun                                         
                   jenisnya,menjadikan kafir dan terkeluar dari millah   
                   atau   agama Islam, walaupun perbuatan itu suatu   
                   kesilapan   atau  usaha ijtihad.
g) Dimikian juga kepercayaan sebaliknya yang 
megatakan bahawa perbuatan dosa, walau apapun 
jenisnya, tidak menjejaskan (memudharatkan) iman, 
sepertimana suatu ketaatan yang dilakukan dalam 
kekafiran tidak memanfaatkan, seperti yang menjadi 
pegangan Golongan Murji’ah tulin. 
h)Termasuklah menafikan kebangkitan semula pada 
Hari Kiamat dengan jasad dan rohnya sekali. 
i) Menafikan nikmat syurga dan azab neraka yang 
bersifat jasmani pada Hari Akhirat. 
j) Menafikan mukjizat kawniyyah pada Nabi 
Muhammad s.a.w. dengan alasan mukjizat Nabi hanya 
mukjizat al-Quran Sahaja. 
Sikap ghuluw atau keterlaluan adalah satu sikap 
kejiwaan, antara sifat khususnya  ialah; 
1) Keras kepala dengan pendapatnya sendiri, 
                   2) Menutup mata dan telinga terhadap pandangan   8
                        orang    lain, 
                   3) Tidak punya hujah dan dalil, 
                        kalau ada pun hanya sebagai rekaan atau pun bukti  
                        yang salah dan mengelirukan demi untuk   
                        mempertahankan keterlaluannya, lebih-lebih lagi   
                        jika ditegakkan diatas dasar puak atau politik  
                        kepartian   yang sempit. 
                 3.4.3 Penjelasan Kesesatan dari faktor ketiga. 
                 Takwilan yang batil yang tidak berdasarkan kaedah  
                 bahasa Arab dan syarak.  
Kesesatan  dalam faktor ini termasuklah; segala apa
juga kepercayaan, tasawwur atau pendapat yang 
diasaskan kepada satu nas dari al-Quran atau alSunnah atau lebih, dengan takwil nas-nas itu dengan
takwilan yang tidak diperakui oleh kaedah-kaedah 
yang tetap dalam bahasa Arab yang menjadi Bahasa  
al-Quran, iaitu kaedah-kaedah yang telah disepakati
secara ijma’ oleh tokoh-tokoh ulama’ Bahasa sejak dari 
zaman berzaman. Kesesatan dan penyelewengan dari 
faktor ini sangat banyak dan kebanyakan adalah dalam 
bidang aqidah dan asas-asas dalam pemikiran Islam. 
Antaranya ialah; 
a) Mentakwilkan ayat-ayat sifat dengan cara yang 
membawa kepada  menta’tilkan (merusakkan  atau 
menafikan) sifat-sifat tersebut pada  zat Allah,seperti 
menafikan al-Yadd ( tangan ), al-Wajh (muka) dan 
seumpamanya yang telah pun disebutkan Allah pada 
zatNya,  seperti takwilan oleh golongan Mu’attilah,
Mu’tazilah dan golongan ahli falsafah Ilahiyyah. 
b) Demikian sebaliknya, mentasybih atu mentajsimkan
sifat-sifat tersebut,iaitu memahami  ayat-ayat sifat tadi 
dengan  maknanya yang zahir, yang menyamai sifatsifat makhluk seperti yang dilakukan oleh golongan 
Musybbihah dan Mujassimah. 
c) Menafikan bahawa setiap muslim boleh melihat 
Allah di akhirat kelak  Sesuai dengan pendapatnya ini , 9
maka perkataan “Nazirah”(surah Mutaffifin ayat:15) 
ditakwilkan dengan “muntazirah”( al-Qiyamah ayat:23), 
sedangkan menurut kaedah Bahasa dan ilmu 
kefaqihan bahasabahawa diantara dian  perkataan 
tersebut sememangnya berlainan dan berbeza 
darisemua sudutnya. Takwilan seperti ini adalah 
takwilan yang salah dan batil,yang sama sekali tidak 
mempunyai sandaran bukti atau hubungan yang 
membolehkan perkataan itu ditakwilkan. 
d) Mentakwilkan perkataan “al-Rasul”(al-Isra’ ayat:15) 
dengan makna akal, semata-mata untuk sesuaikan 
denganaliran ‘aqlamiyyahnya. Takwilan ini 
adalhtakwilan batil,yang tidak bertangguh oleh lafaz 
perkataan itu sendiri, yang sememangnya tidak punya
ruang untuk mentakwilkan perkataan tersebut. Selain
ituterdapat beberapa ayat lainyang menunjukkan sera
putus dan yakin(Dilalah Qat’iyyah) bahawa yang 
dimaksudkan dewnganperkataan rasul atau rasul-rasul
itu tidak lain dari  seorang atau beberapa oranglelaki 
yang dibangkitkan untuk menjadi utusan Allah. 
e) Mentakwilan perkataan “Majma’ al-Bahraain”(s. alKhaf ayat:60) dengan majma’ wilayah al-Syekh dan 
wilayah al-Murud.  Perkataan “al-Sakhrah”(al-Khaf 
ayat:63) dengan makna nafsu dan lain-lain (seperti 
mana dicatatkan oleh Goldzihar dalam buku Aqidah 
dan Syariah, 1940, hal157)  Takwilan seperti contoh
yang teraakhir biasanyan dilakukan oleh golongan 
yang mengaku-akukan sebagai  ahli tasawufatau lebeh
tepat oleh penyesat-penyesat yang bertopengkan 
tasawuf(lihat Mohd Sulaiman HJ. Yasin, Ahlis- Sunnah 
Wal-Jamaah,Yayasan Salman, Bangi, Selangor,1997, 
hlm.97-105) 10
3.5.   Syirik 
  
 3.5.1. Takrif Syirik. 
Syirik ertinya mengongsi atau menyengutukan Allah 
dengan benda-benda lain. 
Syirik mengandungi perkara-perkara berikut: 
a. Menyengutukan Allah pada sifat Rububiyyah 
atau Asma’ dan sifat atau pada sifat Uluhiyyah. 
b. Mengambil sesuatu makhluk sama ada nabinabi, wali-wali, malaikat, kubur, jin, pokok kayu, 
batu, binatang, matahari, bulan, bintang dan 
seumpamanya. 
c. Menyengutukan atau menyamakan Allah dengan 
sesuatu makhluk seperti seorang menyembah 
Allah disamping menyembah makhluk, dia kasih 
kepada makhluk sama seperti kasihkan Allah, 
takut kepada makhluk sama seperti takut kepada 
Allah, mentaati makhluk sama seperti mentaati 
Allah . 
3.5.2. Jenis-Jenis Syirik  
Para ulama telah membahagikan syirik kepada dua   
jenis, 
Pertama : Syirik Besar atau Nyata. 
Kedua    : Syirik Kecil .  
 a) Syirik Besar. 
Iaitu mempercayai atau mengaku adanya sesuatu 
yang setara atau setanding dengan Allah yang 
ditujukan kepadaNya, doa permohonan sama seperti 
yang ditujukan kepada Allah, atau mengaku adanya 
sesuatu yang setara atau setanding dengan Allah yang 
diuntukkan kepadaNya suatu cara ibadat yang hanya 
khusus untuk Allah sahaja, seperti seorang mengambil 
jin, syaitan, pokok, binatang, bulan, bintang sebagai 
tempat tumpuan ia beribadat, berlindung, atau tempat 
ia memberi ketaatan, berdoa memohon sesuatu atau 
seumpamanya. 
  11
Jenis Syirik Besar 
                    
                   Syirik besar terbahagi kepada dua bahagian:                             
                    
                    i)    Syirik yang nyata atau jelas: iaitu menyengutu   
                          dalam  bentuk penyembahan, seperti menyembah  
                          matahari,  bulan, atau manusia, berhala atau lain-  
                          lain. 
                   ii)   Syirik yang tidak nyata, iaitu yang tersembunyi,   
                          antaranya: 
                          
                          (i)Meminta doa dan pertolongan dari kubur atau   
                          orang mati seperti minta tolong melepaskan dari   
                          bala kesusahan dan lain-lain. 
                          
                          (Ii)   Mengambil selain Allah sebagai pembuat   
                          syariat seperti menghalal yang haram atau   
                          mengharam sesuatu yang halal. 
b. Syirik Kecil; 
                   Syirik kecil ialah segala kepercayaan, perkataan atau   
                   perbuatan yang menyebabkan berlakunya syirik  
                   terhadap kekuasaan atau peraturan Allah, seperti riak  
                   dalam melakukan ibadat.  
Jenis-Jenis Syirik Kecil 
Banyak syirik kecil yang berlaku dalam masyarakat, 
                   antaranya ialah: 
i.   Ria’ dalam melakukan ibadat dan amal solih,   
     seperti   melakukan sembahyang sunat untuk           
     menunjuk- nunjuk kepada orang tertentu, atau  
     bersedekah   dengan niat untuk mendapatkan   
     nama. 
ii.   Bersumpah dengan sesuatu selain Allah,  
      seperti berkata demi tanah air atau demi  
      nama disebut  nama kekasih atau lain-lain  
      aku akan laksanakan    perkara tertentu.  
iii.  Memakai benang atau azimat untuk   
      mengubati       12
      penyakit, dengan meletakkan di leher atau di   
      lengan  atau di pinggang. 
iv.  Jampi dan mentera dengan memohon   
      pertolongan   
     dari jin dan syaitan. 
v.  Bernazar kepada sesuatu selain Allah. seperti    
     nazar  pada kubur, telaga atau pokok dan lain-
     lain. 
3.6. Sumber Ilmu Dalam Aqidah (Asbab Al-‘Ilmi): 
Sumber ilmu adalah saluran manusia boleh 
mengetahui sesuatu ilmu.  
Dalam bidang aqidah Islam ada tiga perkara:- 
a. Pancaindera yang sejahtera. 
b. Akal yang waras. 
c. Khabar yang benar iaitu Al-Quran, al-Sunnah 
dan maklumat yang diketahui ramai. 
Huraian 
3.6.1. Huraian sumber pertama (pancaindera yang   
         sejehtera). 
Pancaindera yang lima ialah pendengaran 
(telinga), penglihatan (mata), bau (hidung), 
perasa (lidah), dan sentuhan (tubuh). 
3.6.2. Huraian sumber kedua. (khabar yang benar) 
Khabar yang benar ada dua;  
a. Khabar yang mutawatir, khabar yang 
berlaku melalui percakapan ramai yang tak 
mungkin berlaku dusta seperti wujud 
negara tertentu. 
b. Khabar rasul yang dikuatkan dengan 
mukjizat iaitu khabar Rasulullah s.a.w. 
yang mewajibkan dapat dan mendapat dalil 
serta ilmu yang thabit yakin. 
3.6.3 Huraian sumber ketiga.( akal sejahtera) 
Akal sejahtera iaitu sebab bagi pengetahuan dan 
barang yang thabit dengan akal yang nyata, yang 
dikatakan suatu yang pasti seperti satu adalah 
setengah dari dua atau dihukum alam ini baru 13
sebab kita lihat ia berubah-ubah, maka tiap yang 
berubah itu baru.  
Sementara  Ilham dan kasyaf tidak boleh dijadikan saluran 
ilmu dalam aqidah kerana kedua-dua itu tidak dapat 
dipastikan kebenarannya (Penjelasan mengenai konsep
Sumber Ilmu sila lihat “Asbab al-‘Ilmi” dalam Jurnal 
Penyelidikan Islam, JAKIM, bil. 14/2001). 
4. HURAIAN BAGI BEBERAPA KONSEP DAN ISTILAH:
4.1. Wahdatul-Wujud:  
Mengenai Wahdatul-Wujud   ia termasuk dalam 
perkara falsafah yang sememangnya tidak diajar oleh
Rasulullah SAW. Oleh kerana ia bukan berasal dari 
ajaran al-Quran dan al-Sunnah maka Jawatankuasa 
Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam 
Malaysia telah memutuskan seperti berikut:  
i. Fahaman Wahdatul wujud menyalahi aqidah 
Ahli Sunnah Wal Jamaah dan bertentangan 
dengan ajaran Islam. 
ii. Bersetuju dengan fatwa rasmi Negeri Johor 
yang diputuskan pada tahun 1948 oleh S.S. 
Syed Alwi Tahir al Hadad seperti berikut; 
“Mengikut pendapat Ijma’ Ulama’ fahaman 
wahdatul wujud adalah kufur. Sesiapa yang 
mempercayai dan mengamalkannya adalah 
murtad. Jika pengamal fahaman tersebut 
mempunyai isteri, isterinya tertolak dan 
anaknya adalah anak luar nikah dan hartanya 
hendaklah diserahkan kepada Baitulmal”.
(Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 
kali ke 48/2000). 
  Huraian: 
Pokok ajaran wahdatul wujud,  
a. Wahdatul wujud ialah hanya ada satu kewujudan 
saja iaitu wujud Allah. Adapun banyak yang kita 
lihat dalam dunia ini adalah sangkaan saja, yang 
sebenarnya ia hanya dianggap oleh akal yang 14
cetek. Wujud hanyalah satu tidak berbilangbilang. 
b. Tidak menerima bahawa kejadian alam ini 
adalah dari tiada (Creation ex-nihilo) iaitu mereka
tidak beriman bahawa alam dijadikan dari tiada 
pada suatu masa sebagaimana yang dikenali 
oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan kejadian 
alam. 
c. Beriman dengan teori Emanation (al-Faidh) iaitu 
Allah menzahirkan sesuatu yang wujud dalam 
ilmuNya kepada wujud atau kenyataan. 
Kewujudannya perkara yang wujud ini dengan 
jelmaan Tuhan yang berterusan dan penzahiran 
Tuhan pada setiap masa yang tidak terhingga 
bilangannya dari berbagai gambaran (al-Futuhat 
al-Makiyyah, Kaherah, Jilid II, hal.40.) 
4.2. Martabat Tujuh: 
Martabat Tujuh  adalah dari pemikiran yang 
berdasarkan falsafah wahdat al-wujud, Mesyuarat 
Panel Kajian Aqidah (PKA) kali ke 12/1999 Jabatan 
Kemajuan Islam Malaysia merumuskan ia bukan dari 
ajaran Islam. Pemikiran asas dalam ilmu martabat 
tujuh ini ialah kesatuan segala yang ada, yang 
tiada awal dan akhir, seterusnya berpendapat  ia 
bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah. Ia 
merupakan satu ajaran falsafah. Ilmu ini termasuk 
dalam bidang tasawuf falsafah wahdatul wujud, 
yang mengatakan bahawa Allah mengadakan 
semesta ini bukan dari ‘tiada kepada ada’, seperti 
yang diiktikadkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah, 
tetapi berpegang kepada daripada ‘ada kepada 
ada’. 
Huraian: 
Martabat tujuh (lapisan tujuh) itu ialah Ahadiyah, 
Wahdah, Wahidiyah, Alam Arwah, Alam Mithal, Alam 
Ajsam dan Alam Insan. Ajaran ini dikesan mula 
dikembangkan di India kemudian di Makah, selepas itu 
buku mengenainya telah ditulis dalam bahasa Arab 
dan dipercayai mula masuk ke Nusantara pada kurun 
ke tujuh belas Masehi, apabila sebuah buku yang 15
bertajuk “Tuhfat al-Mursalah” yang ditulis oleh 
Muhammad Fadlullah Al-Burhanpuri dari India 
(meninggal tahun 1029H) telah dibawa ke Jawa dan 
diterjemahkan ke Bahasa Jawa. Seterusnya buku 
berkenaan dipecayai telah diserapkan ke dalam 
beberapa buah kitab agama, antaranya kitab Siyar AlSalikin, Al-Durr Al-Nafis  dan lain-lain. Ilmu ini pernah 
menjadi isu besar di Alam Melayu pada awal abad 
kedua puluh, hingga pernah dijawab secara terperinci 
oleh ulama’ Melayu yang tinggal di Mekah iaitu Syeikh 
Ahmad Khatib yang berasal dari Minangkabau. Hal ini
berlaku pada tahun 1909 M. Beliau telah menulis buku 
sebagai jawapan kepada ajaran itu dengan nama “alSyumus al-Lami’ah” diterbitkan pada tahun 1331H. di 
Mesir. Buku tersebut mendedahkan secara 
menyeluruh tentang kepalsuan ilmu dan ajaran 
martabat tujuh berkenaan. Secara ringkas dapat 
diterangkan seperti berikut; 
a. Penganut martabat tujuh terdiri dari orang jahil, 
b. Segala-galanya menyalahi syariat nabi 
Muhammad, 
c. Menjadikan bersatu Tuhan dengan hamba, 
d. Tiada ia dari ajaran Imam al Ghazali, 
e. Ghalibnya kufur dengan Allah Taala. 
Syekh Ahmad Khatib membuat kesimpulan akhir 
dengan mengatakan bahawa semua itu bukan dari 
perkataan orang alim’. 
4.3. Nur Muhammad: 
Nur Muhammad lahir dari falsafah martabat tujuh dan
wahdat al-wujud juga, ia bukan dari asal pemikiran 
Islam. Nur Muhammad dari segi bahasa ialah cahaya 
yang dihubungkan dengan Nabi Muhammad s.a.w. 
Dari segi istilahnya ialah ciptaan Allah yang pertama 
sebelum Ia menciptakan makhluk yang lain. Cahaya ini 
diciptakan daripada Nur Allah. Pada konsep asal bagi 
orang yang menerima kewujudannya, Nur ini sama 
dengan rupa kejadian Nabi Muhammad s.a.w. 
Perkataan yang sama maksud dengan Nur 16
Muhammad ialah seperti al-‘Aql al-Awwal, Ta’yun 
Awwal, al-Insan al-Kamil, Qutub, Ghawth dan lain-lain. 
Menurut Dr. Ali Sami al-Nashar beliau mengatakan 
bahawa pemikiran Nur Muhammad ini mula tersiar 
kepada umum pada zaman Jaafar al-Sadiq (83-148H), 
beliau dianggap sebagai pemikir pertama yang 
membawa ajaran ini bagi mempertahankan beberapa 
aqidah dalam Syiah, seperti konsep ‘ismah para imam
dan sumber-sumber suci bagi memperolehi ilmu. 
Bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah kepercayaan seperti ini
adalah khurafat dan tidak bersendikan kepada manamana dalil yang layak menjadi sumber hukum. Kerana 
hadis yang dianggap sumber utamanya adalah bertaraf
hadis Mustaqim Oleh itu ia bukan dari ajaran aqidah
Islam yang sebenar. Ekuran dari pemikiran yang sama  
umat Islam boleh terpisong pemikiran mereka kepada 
pemikiran falsafah dan terbawa kepada pemahaman 
yang jauh. 
   
                  PKA ke 9/1997 berpendapat Nur Muhammad 
bukanlah berdasarkan nas yang kuat, oleh itu ia 
tidak dianggap sebagai dasar syara’  bahkan 
sebagai suatu spekulasi sahaja 
  
Huraian: 
Dalam kepercayaan kepada Nur Muhammad ia 
mengandungi beberapa perkara iaitu:- 
a. Nur Muhammad bersifat Qadim dan Azali. 
b. Dijadikan Nur Muhammad terlebih dahulu sebelum 
dijadikan alam. 
c. Semua alam dijadikan dari Nur Muhammad. 
                
                 Sandaran kepada pemikiran begini ada dibawakan          
                 hadis-hadis maudhu atau palsu. 
Kepercayaan-kepercayaan di atas adalah bertentangan
dengan nas-nas al-Quran dan hadith sahih. Hanya 
terdapat hadirh yang bertaraf  Mustaqim sahaja, dan ia 
tidak boleh dijadikan asas, dalil dan hujah dalam bidang 
aqidah. (Penjelasan mengenai konsep Nur Muhamad sila 
lihat dalam Jurnal Penyelidikan , bil. 12/1999 dan kertas 17
kerja bertajuk Nur Muhammad oleh Dr. Huda Muhsin
dalam Mesyuarat Panel Kajian Aqidah kali ke 9/1997). 
Nur Muhammad atau  Hakikat Muhammadiah tidak lain dari 
merupakan spekulasi falsafah yang mengatakan akal 
pertama yang lahir dari Allah, seperti cahaya matahari terbit 
daripada matahari, atau ombak laut lahir dari laut. Hakikat 
yang sebenar cahaya matahari tidak lain daripada matahari 
dan ombak laut tidak lain dari laut. Cahaya matahari dan 
ombak sebenarnya tidak berwujud. Inilah iktikad kaum 
wahdatul wujud. 
Nur Muhammad adalah salah satu daripada punca wahdatul 
wujud yang berasal daripada teori  emanasi, Neoplatonisma
dan lain-lain, ia bukan dari ajaran Islam. Gara-gara Nur 
Muhammad golongan berkenaan terbawa-bawa hingga 
mereka mengangkat Nabi Muhammad s.a.w. ke martabat 
ketuhanan Al-Nur dan mereka ketepikan firman Allah  yang 
bermaksud; 
“Katakanlah bahawa sesungguhnya aku ini adalah seorang 
manusia seperti kamu”
4.4. Kasyaf Dan Ilham: 
Kasyaf bukan menjadi sumber ajaran dan ilmu dalam Islam. 
Jauh sekali dari menjadi hujah dalam syari’at dan aqidah 
Islam, kerana ia datang bukan dari mereka yang ma’sum 
seperti Nabi atau Rasul. Kalau ada yang mendakwakan  
telah menerima kasyaf perlu diteliti dahulu apa yang 
dibawakan itu bentuk dan perkara agama atau tidak ,sekira 
perkara agama dan  ia bertentangan dengan al-Quran atau 
hadis maka perlu ditolak , kalau tidak bertentangan maka ia 
buleh diterima. Oleh itu asas penerimaan bukan kasyaf 
tetapi sumber syara’ iaitu al-Quran dan al-Sunnah . Begitu 
juga ilham.  
Huraian 
i.  Kasyaf menurut al-Jurjani dalam kitab al-Ta’rifatnya  
bermaksud menyingkap maklumat di sebalik hijab atau
tabir yang berupa perkara ghaib dan perkara-perkara
 ( اطع على ماوراء الحجاب );yang benar ada18
ii.  Ilham pula ialah sesuatu yang dicampak dalam hati 
dengan cara anugerah seperti keterangan oleh alJurjani: 
( مايلقى فٮالروع بطريق الفيض )
iii. Kasyaf dan Ilham tidak termasuk dalam Asbab alMakrifah atau sumber ilmu yakin, kerana sumber ilmu
ini hanya tiga (3) perkara:- 
a. Pancaindera yang sejahtera. 
b. Khabar yang benar iaitu Al-Quran dan Hadith. 
c. Akal yang sihat.  
Beberapa istilah lagi yang hampir sama  iaitu  Ilmu Laduni,
Ilmu Zauq, Ilmu Batin dan Ilmu Rahsia-Rahsia. (Penjelasan 
mengenai konsep Kasyaf dan Ilham sila lihat dalam kertas 
kerja berkaitan dalam Mesyuarat Panel Kajian Aqidah (PKA) 
ke 15/2000 
4.5. Yaqazah: 
Mengenai Yaqazah bersama Rasulullah s.a.w. secara 
jaga dan sedar selepas baginda wafat adalah suatu 
perkara yang sukar dipercayai. Mesyuarat Panel Kajian 
Aqidah (PKA) merumuskan  ia adalah suatu 
pemikiran luar yang dibawa masuk ke dalam 
pengajian Islam.
Pengalaman beryaqazah oleh orang tasawuf 
dengan Rasulullah s.a.w. hanya laporan dari 
pengalaman individu yang tidak ma’sum, oleh itu ia 
tidak boleh diterima dalam hal-hal yang 
membabitkan agama, apa lagi yang menjurus 
kepada bidang aqidah dan syari’at Islam. 
Huraian 
Maksud Yaqazah yang ditakrif oleh al-Jurjani iaitu  sesuatu 
kefahaman yang dipercayai bersumber daripada Allah 
melalui suatu kejutan rohani yang bertujuan melarang. 
 ( الفھم عن ﷲ تعالى ما ھوالمقصود بزجره )
Difahamkan dari takrif ini Yaqazah adalah suatu kejutan 
dalam rohani yang berupa amaran supaya menjauhi 
sesuatu. Kejutan ini difahamkan bersumber dari Ilahi.  19
Ada lagi istilah Yaqazah dipakai dengan erti bertemu nabi 
dan menerima sabdanya dalam jaga. Ini yang dipakai  oleh 
Asha’ari Muhammad bekas ketua Jamaah Kumpulan alArqam yang diharamkan oleh kerajaan pada tahun 1994. 
Oleh itu kalau ada dakwaan tentang bertemu nabi dalam 
masa jaga tentulah suatu perkara yang tidak boleh diterima 
sama sekali mengikut syarak. (Penjelasan mengenai konsep 
Yaqazah sila lihat dalam Jurnel Penyelidikan, JAKIM bil. 
13/2000) 
4.6. Mimpi: 
Mengenai mimpi orang awam bukan hujah menurut 
Ijma’ Ulama’,  mimpi tidak boleh dijadikan sumber 
hukum dan aqidah.( lihat kitab ‘Ia’anah al-Talibin,
jld.1, hal. 230 dan rujuk Keputusan Muzakarah 
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-36 pada 15 
Disember 1994) 
Huraian: 
Mimpi ada dua perkara, ada mimpi yang baik dan mimpi 
yang buruk. mengenai yang baik ia bukan juga boleh 
dijadikan sandaran, apatah lagi yang buruk. Syarak 
menetapkan sumber hukum dari Al-Quran dan Al-Sunnah
yang kemudiannya diikuti ijma’ dan qias. Sumber mimpi 
dikesani datang dari Ilahi dan dari syaitan dan ada nafsani 
(psikologi). Sukar untuk diyakini sesebuah mimpi itu dari 
mana sumbernya yang sebenar, namun begitu mimpi para 
nabi adalah benar, kerana ia dilindungi oleh ‘ismah, 
sedangkan selain mereka tidak dilindungi. Oleh itu  mimpi 
hendaklah dinilai terlebih dahulu sama ada ia bersesuaian 
dengan wahyu atau tidak. Sama ada khabar gembira atau 
tidak 
4.7 Hulul 
Hulul adalah suatu istilah dalam tasawuf yang 
bermaksud Allah menempati pada makhluk. Hulul 
bukan dari ajaran Islam dan sememangnya amat 
bertentangan dengan al-Quran , hadirh dan ijma’( 
Tafsir Ibnu Kathir, Surah Qaf, ayat. 50). 20
Huraian: 
Erti asal perkataan hulul ialah bersatu dua jisim sehingga 
apabila disebut yang pertama termasuk juga yang kedua, 
seperti hulul air mawar dalam bunga mawar. Aliran hulul 
beriktikad bahawa Allah menempat dalam setiap sesuatu 
dan dalam setiap juzu’ (bahagian) daripada sesuatu 
sehingga boleh dikatakan bahawa setiap sesuatu itu adalah 
Allah, penjelmaan  Lahut ke dalam  Nasut. Hulul Lahut ke 
dalam Nasut itu adalah seperti Hulul Allah dalam jasad Nabi 
‘Isa menurut ‘iktikad Agama Kristian. Bagi Husin bin Mansur 
al-Hallaj nasut itu adalah aspek luaran bagi Lahut  (manusia 
aspek luaran bagi Allah). Hulul adalah bertentangan dengan 
aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ia adalah bukan dari 
ajaran Islam. 
4.8.  Ittihad 
Ittihad adalah satu istilah yang digunalan dalam 
tasawuf dan Ittihad bukan dari ajaran Islam. 
Huraian: 
Ittihad bererti bersatu, wujud makhluk itu iaitu wujud khaliq 
(Allah), fahaman seperti ini dikatakan berasal dari fahaman 
Jahmiah yang berkeyakinan bahawa zat Allah S.W.T. itu 
terdapat halla pada tiap tempat. Ajaran ini bukan berasal dari 
ajaran Islam. Ajaran seperti ini menurut Ibnu Taimiyah tidak 
dikehendaki Islam bahkan dianggap kufur. Menurut  Ibnu 
Kathir dalam tafsirnya telah ijma’ salah dan menyalahi 
aqidah Islam ( tafsir ayat .50 surah Qaf) 
4 .9. Tangkal Azimat: 
Azimat dalam bahasa Arab disebut  al-tama ’im,  iaitu 
tangkal yang biasa dipakai di leher, tangan atau 
dipinggang. Azimat ada pula berbagai bentuk. Ada dari 
kayu, rotan, paku, kertas, keris dan lain-lain, seperti 
kertas yang berajah dan bertulisan tertentu, kemudian 
dibungkus dengan kain putih, hitam atau kuning. 
Dalam perkara ini Nabi s.a.w. pernah menegah 
seorang lelaki menggunakan sesuatu berbentuk 21
gelang dilengannya (HR Ahmad dan Hakim). Maksud 
hadirh Nabi s.a.w.: 
"Barangsiapa menggantungkan ‘azimat maka 
sesungguhnya ia menjadi musyrik"  (H R Ahmad). 
Hukum memakai tangkal azimat pula, jika tangkal 
azimat itu dari ayat al-Quran atau yang mengandungi
nama-nama Allah atau sifat-sifatNya, para ulama salaf 
telah berselisih pendapat kepada dua:-  
Pertama:  pendapat Saidatina Aisyah r.a, Abu Jaafar 
Muhammad bin Ali dan lain-lain 
mengharuskan memakainya. 
Kedua:     pendapat Abdullah bin Mas’ud, Al-Aswad 
bin Hakim dan lain-lain, tidak 
mengharuskannya. 
Dalam memilih diantara dua pendapat tersebut Dr. 
Yusof Al-Qardhawi memilih pendapat yang kedua, iaitu 
tidak mengharuskannya.  
Dalam kitab Mastika Hadith jilid pertama terbitan 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ada menyebut 
seperti berikut:  
“tawar jampi, tangkal azimat dan ilmu pengasih 
adalah haram sekiranya mengandungi perkataan 
yang tidak difahami maknanya atau yang 
berdasarkan sihir atau yang memuja hantu syaitan 
dan jin iblis atau yang mengandungi benda-benda 
najis atau kotor”. ( h.37) 
Nabi s.a.w. menegah seorang lelaki menggunakan 
sesuatu berbentuk gelang di lengannya . 
Maksud hadith Nabi:  
"Barangsiapa menggantungkan azimat maka 
sesungguhnya ia menjadi musyrik" (HR Ahmad dan 
Hakim). 22
4.10. Mentera 
Mentera dan jampi adalah sama maknanya. Jampi iaitu
kata-kata yang diucapkan untuk keperluan melindungi
diri dari penyakit godaan syaitan dan sebagainya. 
Kadang-kadang jampi mengandungi kata-kata asing 
yang tidak difahami dan bersakti yang dalam bahasa 
Arab disebut Al-Ruqyah atau Al-‘Auzah (Ibnu Manzur,
Lisanul Arab, Juz. V, hal. 34.) Hukum menggunakan 
jampi sama seperti hukum azimat.  
4.11. Keramat 
Keramat ialah sesuatu yang diluar tabi’i yang diberikan 
kepada seseorang hamba yang soleh (Istilah Usuludin
dan Falsafah,KL, DBP.h. 211). Keramat iaitu anugerah 
dari Allah. Ia tidak boleh dikuasai seseorang. Keramat 
ialah kemuliaan Tuhan dalam menjaga hambaNya 
yang soleh dan taat agar kemuliaan hambaNya tetap 
terjaga. Yang berlainan antara mukjizat dan keramat
ialah mukjizat dikhususkan kepada rasul dan nabi 
sedangkan keramat adalah dianugerahkan kepada 
umum orang mukmin soleh. 
Huraian 
Keramat banyak berlaku kepada para ulama’ dan orang
soleh sejak dahulu sehingga kini. Penyelewengan dalam hal 
keramat ini di Alam Melayu bila kita lihat dari sudut 
pemujaan terhadap sesuatu. Umpamanya pemujaan 
terhadap kubur-kubur yang dianggap wali keramat, perigi 
yang selalu digunakan oleh orang soleh,  keris atau senjata 
tertentu. 
4.12 Ma’unah 
          
         Perkara yang luar biasa yang dikurniakan Allah kepada   
         manusia biasa dan merupakan pertolongan kepada orang   
         tertentu (DBP h.246). Orang yang selalu taat kepada Allah   23
         akan terhindar daripada bahaya orang yang ingin   
         mengkhianatinya. Pertolongan Allah itu dikenali dengan   
         MA’UNAH, tak ubah seperti keramat, cuma seseorang itu   
         tidak menduga akan mendapat pertolongan Allah dan tidak   
         merasa mempunyai keanehan yang akan terjadi. 
Huraian 
Penyelewengan tentang penggunaan istilah ma’unah ini 
terjadi biasanya bagi mereka yang terlibat dalam urusan 
persilatan atau seumpamanya. Seperti Pertubuhan 
Nasrulhaq dalam tahun 1978 dan Pertubuhan Al-Ma’unah 
dalam tahun 1999 (kedua-dua pertubuhan itu telah 
diharamkan oleh kerajaan 
4.13 Tawassul 
Mengerjakan sesuatu amal yang dapat mendekatkan 
diri kita kepada Tuhan (K.H. Sirajuddin Abbas {1970} 
Masalah Agama, II, Kota Bharu, h.63.). Wasilah: jalan 
dan amalan yang boleh menghampirkan diri kepada 
Allah, (Istilah Usuluddin dan Falsafah Islam, DBP, 
Kuala Lumpur, (1991), h.278.) 
Huraian 
Penggunaan tawassul oleh kebanyakan 
pengamal ilmu tarekat dan tasawuf berlegar di sekitar 
memohon doa kepada Allah dengan menggunakan 
tawassul orang tertentu, seperti nabi-nabi, wali-wali 
dan orang-orang soleh, sama ada secara langsung 
atau tidak langsung. Dalam hal ini ada perkara yang
diharuskan dan ada pula yang tidak diharuskan oleh 
syara’ menggunakan tawassul. Ini yang menjadikan 
sebahagian pengamal tarekat dan tasawuf terkeliru 
serta terperangkap dalam kesesatan. 
            
Tawassul yang diharuskan ialah tawassul   dengan         
 nama-nama dan  sifat-sifat Allah, tawassul dengan   
 amalan-    amalan     soleh atau dengan  iman kepada   
 Allah dan rasul-Nya dan bertawassul dengan melalui   
 doa orang saleh yangasih hidup. 
 Sementara tawassul yang ditegah ialah             
 memohon tawassul kepada roh orang mati supaya     24
 roh  itu  menolong  menunaikan hajat keperluannya   
 atau memohon   supaya roh    tersebut  melepas atau   
 menolak sesuatu bala   bencana yang menimpanya,   
 atau memohon secara bernazar   dengan katanya           
 “wahai syeikh si anu......., dengan disebut     namanya   
 dan lain-lain lagi. 
4.14. Persalinan Ruh (Tanasukh Arwah/Reinkernasi) 
Persalinan ruh atau Tanasukh arwah ialah bermaksud 
perpindahan ruh seorang yang telah mati kepada 
orang lain. Dalam ajaran Islam tidak ada aqidah begini, 
Aqidah seperti ini ada terdapat dikalangan penganut
agama Hindu dan juga sebahagian penganut ajaran 
Syiah. Di kalangan pengamal perbomohan ada yang 
mempercayai mengenai perpindahan ruh seseorang 
kepada orang lain. Ini suatu perkara yang di luar dari 
aqidah Islam. 
4.15. Khurafat  
Khurafat ialah semua cerita sama ada rekaan atau 
khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, 
ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang 
menyimpang dari ajaran Islam. 
 Ciri-Ciri Khurafat 
a. Adanya unsur kepercayaan dan iktikad yang diyakini 
yang bukan dari sumber wahyu. 
b. Ianya secara jelas bukan dari ajaran agama Islam
serta bertentangan pula dengan logik akal dan realiti. 
c. Ianya suatu amalan yang tidak baik dari warisan nenek 
moyang. 
d. Ada unsur pemujaan jin. 
 (Huraian lanjut boleh dirujuk kepada Garis Panduan
Khurafat dan Azimat, Terbitan Jabatan Kemajuan Islam 
Malysia,1997). 25
Dengan itu cerita-cerita yang mempesonakan yang 
dicampuradukkan dengan perkara dusta, khayalan, ajaranajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan pemujaan atau 
kepercayaan yang bertentangan ajaran Islam adalah salah . 
4.16 Memanggil Ruh (Tahdhir Arwah) 
Tahdhir Arwah bererti memanggil roh. Ia bukan dari  ajaran 
nabi Muhammad s.a.w., bukan ajaran sahabat, tabi ’in atau 
para ulama’ Islam dahulu. Apa yang berlaku dalam peristiwa 
memanggil roh ialah seseorang itu menyerukan sesuatu 
kemudian berlaku pula ementar pada diri orang berkenaan 
dan suara pula berubah dengan suatu suara yang lain yang 
bukan suaranya lagi. Hal ini berlaku dalam beberapa ketika. 
Ada yang berlaku dan mendakwa yang datang itu sebagai 
syeikh tertentu seperti Wali Songo, Nabi Khaidir atau 
sebagainya. Dalam hal ini para ulama’ ada memberikan 
fatwa bahawa ia adalah suatu perbuatan yang tidak 
diharuskan, kerana yang datang semasa panggilan itu dibuat 
sebenarnya bukan roh para nabi atau wali tertentu bahkan 
yang datang itu ialah suatu makhluk halus yang dikenali 
sebagai jin atau syaitan yang menjelma dalam bentuk suara 
orang tertentu, yang sememangnya ia boleh melakukannya. 
Hakikat roh orang yang meninggal sama ada baik atau tidak 
adalah dibawah kekuasaan Allah, sedikit pun tidak ada 
kuasa lain yang boleh menguasai roh-roh itu. Mesyuarat  
Panel Kajian Aqidah ke-25/2003 telah mengambil keputusan 
bahawa mengamalkan tahdhir arwah adalah haram. 
Huraian 
Dikalangan orang barat ada pekerjaan yang menjalankan 
urusan mengenai memanggil roh orang yang telah 
meninggal dunia. Begitu juga berlaku dikalangan pengamal 
perbomohan Melayu, India dan Cina. Ia hampir sama 
dengan perbuatan atau amalan menurun. 
Imam Ibn Qayyim menjelaskan bahawa selepas mati, roh 
akan kembali ke alam barzakh yang mana Rasulullah telah 
melihat roh-roh tersebut dilangit dunia ketika isra’ dan mikraj. 26
Cara yang biasa dilakukan dalam amalan tahdhir al-arwah 
ialah dengan melalui pengantara dengan menjampi kalimah 
tertentu atau dengan melepaskan asap kemenyan dan 
sebagainya sehingga pengantara itu tidak sedarkan diri. 
Di antara ulama yang menolak amalan tahdir al-arwah ini 
seperti Syeikh Muhammad Abduh, Syeikh Muhammad alGhazali, Dr. Muhammad Muhammad Hussain dan lain-lain. 
Syeikh Muhammad Mitawalli al-Sya’rawi dalam kitabnya 
“Fatawa”  menjelaskan bahawa amalan tahdir al-arwah
adalah satu pembohongan semata-mata. Beliau 
menjelaskan bahawa sebenarnya amalan tersebut adalah 
menghadirkan jin. 
4.17 Menurun (Istinzal Arwah) 
Istinzal arwah atau menurun pada hakikatnya adalah 
satu keadaan menyebabkan seseorang itu diresapi 
oleh makhluk halus yang dipanggil. Hal tersebut akan 
menyebabkan makhluk tadi sebati dalam diri orang 
yang menurun, dan menguasai perasaan, fikiran, tutur 
kata dan jasad orang yang berkenaan. Terdapat 
upacara perubatan tradisional dilakukan ketika 
seseorang itu dalam keadaan menurun. (Dr. Amran 
Kasimin, Liku-liku Iblis Menipu Manusia, 1992, KL.  h 
82). 
Melakukan kerja dan urusan seperti ini bukanlah 
dibenarkan oleh agama kerana ianya boleh 
membawakan seseorang pengamal itu termasuk 
dalam keadaan yang dirinya tidak dapat dikawal sendiri 
tetapi sudah tergolong dalam orang yang dikawal dan
diluasai oleh suatu kuasa lain yang boleh disebut 
sebagai makhluk halus. Pengamal tersebut dalam 
keadaan separuh sedar itu jika berlaku sesuatu diluar 
syariat, sudah tentu boleh membawa kepada dosa 
besar, bahkan lebih besar lagi jika berlaku kematian 
maka ia tergolong dalam golongan su’ul khatimah atau 
orang-orang yang sesat. 27
4.18 Tarekat 
Tarekat bererti jalan, dalam ajaran tasawuf. Tarekat 
ialah satu istilah yang lahir selepas zaman permulaan 
Islam, bermaksud jalan yang dilalui untuk beribadat
bagi mencapai ke suatu maqam yang tinggi dalam 
usaha mengenal Allah. Menurut keyakinan sufi orang 
tidak boleh sampai kepada hakikat tujuan ibadat 
sebelum menempuh jalan itu. Jalan itu dinamakan 
tarekat. 
Pelbagai nama tarekat terdapat di Malaysia, di antara 
yang popular hingga kini ialah, Tarekat Qadiriyyah,
Naqsyabandiyyah, Ahmadiyyah, Samaniyyah, 
Syazaliyyah, Refaiyyah dan lain-lain. 
Pihak kerajaan telah membuat kajian tentang tarekat di 
Malaysia dan mendapati ada beberapa tarekat telah 
menyeleweng dari ajaran Islam. Oleh itu satu 
keputusan telah dibuat bahawa kerajaan tidak boleh 
mengiktiraf mana-mana tarekat tertentu kerana 
dibimbangi ada berlaku penyelewengan dalam aspek 
tertentu  
4.19 Rabitah 
Maksud rabitah disegi bahasa ialah; hubungan atau 
ikatan. Dilihat dari segi hukum, ada tiga jenis rabitah 
iaitu; wajib, sunat dan harus. Rabitah yang wajib 
seperti mengadap kiblat dalam sembahyang, ka’abah 
menjadi rabitah wajib, sedangkan yang disembah ialah 
Allah. Yang sunat ialah seperti pandangan ma’mum 
terhadap imam semasa berjemaah. Yang harus pula 
ialah seperti memandang benda yang baik pada waktu 
kita hendak melakukan sesuatu agar ia menjadi baik 
pula. (lihat Dr. Abu Bakar Achih, Pengantar Ilmu 
Tarekat Dan Tasawuf, 1993, Kota Bharu, h.89). 
Dari segi amalan tasawuf, murid-murid diibaratkan 
orang buta yang harus mengikuti gurunya yang 
matanya jelas melihat. Dialah yang dikatakan guru 
mursyid iaitu yang karam dalam laut muraqabah. 28
Hakikat rabitah bagi ahli tarekat ialah bersahabat atau 
sebanyak mungkin beserta dengan mursyid atau 
dengan guru-guru yang pandai, yang hatinya selalu 
ingatkan Allah. (Dr. Abu Bakar Achih, 1993. h. 90).
Mursyid bermaksud; orang yang memberi ilmu dan 
bimbingan kepada murid, tidak kira dalam bidang apa
sekali pun. Tetapi apa yang menjadi kemusykilan ialah 
penggunaan istilah guru mursyid di kalangan orang 
tarekat tasawuf begitu menonjol kepada suatu 
kefahaman yang lain seolah-olah dan semacam 
dengan  imam yang ma’sum seperti dalam ajaran 
Syiah. Dengan itu setiap murid mesti patuh dan taat
seratus peratus kepada guru berkenaan tanpa soal. 
Inilah yang boleh membawa kepada penyelewengan 
aqidah. 
Syeikh Mursyid merupakan satu perkara yang baik 
pada prinsipnya dan boleh diterima sebagai kaedah 
pendidikan rohani tetapi hendaklah tertakluk kepada
kaedah-kaedah tertentu seperti tidak boleh mentaati
syeikh dalam perkara yang jelas bercanggah dengan 
syarak dan sebagainya.(PKA ke-27/2004) 
4.20 Wali: 
Menurut istilah wali ialah orang mukmin yang dilindungi 
oleh Allah disebabkan ia memelihara ibadah dan 
ketaatan secara terus menerus, orang yang mencapai 
tahap wali segala urusannya di bawah peliharaan 
Allah, Wali biasanya tidak mendakwa dirinya sebagai
wali, dia hanya mengamalkan ibadat terhadap Allah 
secara berterusan, tidak runsing dengan keduniaan, 
tidak berdukacita dengan kesusahan, tidak takut dicela 
orang, malah sentiasa bersabar. Bagi wali yang palsu 
semuanya berlawanan dengannya.  Pada masa ini ada 
pihak yang membuat dakwaan bahawa ada satu cara 
tertentu untuk menjadi wali iaitu dengan mengamalkan 
tarekat tertentu selama beberapa masa maka ia layak
dianggap wali atau dilantik sebagai wali dengan taraf 
yang tertentu.  29
4.21 Sihir: 
  
Sihir adalah istilah yang merujuk kepada amalan jahat 
manusia yang dibantu atau disokong oleh jin-jin terdiri 
daripada iblis dan syaitan, yang dilakukan secara 
tersembunyi dan rahsia , tidak mudah diketahui umum, 
yang boleh melahirkan berlaku berulang kali. Sihir 
boleh dipelajari dengan menuntut. Natijah daripadanya 
tidak boleh dibuktikan oleh akal, tentang bagaimana
hal demikian boleh berlaku, atau dibuktikan melalui
peralatan moden, kecuali natijah yang memberi bekas
pada jasad. (Dr Amran Kasimin, Amalan Sihir 
Masyarakat Melayu; Satu Analisis KL, 1997, h.11). 
Ayat al-Quran ada menyebutkan hal ini dalam surah alBaqarah Ayat 102. 
Dari segi hukum perbuatan sihir adalah haram dan 
termasuk dalam dosa besar  
4.22 Penggunaan Jin: 
Mendampingi atau menggunakan jin dengan cara 
tertentu, sama ada melalui, menuntut saka ( sejenis jin 
dari keturunan atau yang dipelihara) atau dengan seru 
atau pemujaan. Perbuatan ini dianggap salah jika 
dengan maksud melakukan perbuatan yang salah 
disegi syara’, kerana boleh membawa kepada 
pemujaan jin. Ada orang menggunakan jin disebut 
dengan berbagai nama seperti alam ghaib atau lainlain, yang sebenarnya ia adalah dari jenis jin. Dalam 
keadaan tertentu walaupun penggunaan makhluk jin 
ada menampakkan kebaikan yang kadang-kadang 
agak menonjol, tapi ia boleh membawa kepada 
penyelewengan aqidah, kerana amalan seperti itu 
bukan dari ajaran nabi 
4.23 Tafsir Bebas: 
Pada masa ini ada pihak tertentu telah cuba 
mentafsirkan ayat al-Quran dengan pemikiran sendiri
tampa merujuk kepada sumber yang berautoriti seperti 
dari tafsir para ulama’ yang muktabar, mereka ini telah 
menganggapkan bahawa semua orang Islam boleh 30
memberikan tafsiran sendiri mengikut keadaan masa 
dan tempat. Sebagai contoh seseorang yang selalu 
menggunakan al-Quran sebagai alat yang boleh 
mengabui mata mangsa tertentu, khasnya dalam cara 
perubatan tradisional, mereka telah mentafsir ayat-ayat 
tertentu dengan tujuan yang bukan syari’e. Biasanya
mereka cuba mentafsir dengan akal dan nafsu atau 
mengikut kepentingan sesuatu semata-mata. Berlaku 
di kalangan guru-guru ajaran sesat yang telah 
menggunakan ayat al-Quran dan dihuraikan mengikut 
kehendak mereka sendiri, jauh dari asas kebenaran 
kerana tidak merujuk kepada kitab tafsir yang 
muktabar maka ketika itu berlaku penyelewengan, ini
jelas sekali bila dilihat kepada ajaran Ilmu Hakikat 
Insan yang dibawa oleh Haji Ahmad Laksamana dalam 
bukunya Hakikat Insan 1985 yang diterbitkan di Kota
Bharu, Kelantan. Tanpa nama penerbit. Contoh lain 
ialah tafsiran yang dilakukan oleh golongan Islam 
Liberal telah memberikan tafsiran bahawa semua 
agama adalah betul dan diakui oleh Allah kerana 
agama-agama adalah dari Tuhan yang sama. Perkara 
ini adalah suatu yang amat bahaya kepada aqidah 
umat Islam dan ianya perlu ditentang dengan 
bijaksana. Tafsiran bebas adalah racun terbesar bagi 
kita. Sebenarnya dalam hal ini kita dapati setiap 
mazhab menceritakan ayat-ayat al-Quran mengikut 
mazhab masing-masing, comtohnya kitab  al-Tuhfah 
al-Mursalah oleh Muhammad Fadhlullah al-Burhanpuri 
mengadakan dalil dari ayat-ayat al-Quran  untuk 
menguatkan fahaman wahdatul wujudnya, sedangkan 
kesemua dalil yang dibawakan itu tidak menunjukkan 
kepada fahamannya, kerana berlawanan sama sekali 
dengan apa yang dibawakan oleh ulama tafsir yang 
muktabar, 
4.24 Hadith Palsu Atau Maudhu’; 
Kebayakan hadith palsu, maudhu’ arau rekaan 
digunakan oleh pihak atau orang yang mengamalkan 
ajaran sesat atau tidak berasaskan dari sumber yang
sah dan benar dari kitab hadith, hatta pendakwah –
pendakwah juga menggunakan hadith palsu dalam bab 31
targhib dan al-tarhib atau dalam hal al-Fadha’il dan alRaza’il. Mereka hanya mengambil sesuatu yang 
dikatakan hadith itu dari guru yang jahil tentang hadith 
apalagi merujuk kepada kitab Arab. Banyak hadith 
palsu yang digunakan sekarang ialah dalam amalan 
ilmu tasawuf dan kerohanian, mereka lebih suka 
mengambil ilmu berkenaan dari buku tertentu, bukan 
dari kitab hadith, sedangkan perkara yang 
dibincangkan adalah perkara agama. Hadith palsu 
adalah suatu perkara yang boleh merosakkan struktur
keilmuan Islam dan boleh meruntuhkannya. 
Pembinaan ilmu Islam adalah dari asas yang kukuh 
dan dengan disiplin yang telah diwarisi oleh para 
ulama’ dari zaman berzaman. 
4.25 Perkara Ghaib 
Percaya kepada yang ghaib adalah termasuk dalam 
keprcayaan daripada unsur-unsur yang terkandung 
dalam rukun iman yang enam, rujuk surah al-Baqarah,
ayat 3. iaitu mereka percaya kepada yang ghaib. 
Dalam perkara yang ghaib itu kita telah ditentukan 
dengan perkara-perkara berikut iaitu: 
a. Beriman kepada yang paling ghaib     yang sama  
          sekali tidak boleh   dilihat     oleh           kekuatan    
          pancaindera dan akal  manusia iaitu Allah   
          S.W.T. 
b. Beriman kepada yang belum dilihat iaitu 
malaikat, asal kitab Allah dan akhirat yang 
meliputi syurga, neraka, alam barzakh, mahsyar, 
berita lain yang berkaitan dengan akhirat. 
c. Beriman kepada semua perkara yang difirman 
oleh Allah S.W.T. yang sememangnya Allah 
yang maha mengetahui yang ghaib dan Dia tidak 
menyatakan kepada seseorang pun tentang 
yang ghaib itu, kecuali kepada rasul yang 
diredhaiNya (surah al-Jin ayat 26 - 27). 
Sedangkan mereka tidak mengetahui apa-apa 32
dari ilmu Allah kecuali apa yang Allah kehendaki 
(surah al- Baqarah, ayat 255).
Ghaib ada dua macam iaitu, ghaib mutlak dan ghaib 
terikat atau terbatas; 
a. Ghaib mutlak hanya diketahui oleh Allah. 
b. Ghaib terbatas dapat diketahui oleh orang yang 
tertentu dengan izinNya (Al-Syaarawi, h.97) 
Dalam masalah perkara yang ghaib ini ada pihak 
tertentu mendakwa dia dapat mengetahui alam ghaib 
hatta kepada Luh Mahfuz dan sebagainya. Biasanya 
orang yang mendakwa begitu adalah terdiri dari 
mereka yang kononnya telah sampai ke tahap hampir 
dengan Allah, biasanya dari ahli ibadat atau golongan 
yang menganggap diri sebagai sufi. Ada juga dari 
mereka yang melakukan kerja perbomohan atau 
pawang. Dalam hal ini adalah suatu yang bertentangan 
dengan firman Allah seperti maksud ayat-ayat diatas.  
4.26 Makhluk Halus: 
Syaitan, jin, hantu polong dan sebagainya digolongkan 
sebagai makhluk halus. Mereka boleh mengganggu 
manusia dengan berbagai bentuk dan cara. Oleh 
kerana mereka hidup di dunia bersama dengan 
manusia, Allah memerintahkan orang Islam memohon 
perlindungan dengan Allah dari syaitan yang direjam. 
Gangguan syaitan seperti rasukan, histeria, tidak sedar 
diri, meronta, muntah dan lain-lain. 
Dalam al-Quran ada menyebutkan tentang ayat yang 
menyentuh mengenai penyembuhan penyakit, 
antaranya ayat 82 Surah Isra', dan disokong oleh 
beberapa hadirh sahih, bahawa nabi menggunakan 
beberapa ayat al-Quran disamping doa terutama 
mengenai penyakit spiritual. Amalan sahabat juga 
banyak. Makhluk halus meliputi; lblis, Syaitan, Jin, 
Qarin, Hantu dan Ifrit.  
Kita umat Islam dilarang menjadikan makhluk halus 
sebagai sahabat rapat kerana dibimbangi membawa 
kepada masalah aqidah yang tidak selamat.  33
Dalam masalah makhluk halus seperti diterangkan 
diatas ada pihak yang mencari makhluk tertentu untuk 
didekati atau dijadikan sahabat dan kawan, sedangkan 
agama kita melarang berbuat sedemikian sila rujuk 
surah al-Jin ayat 6, kerana jika terjadi perkara buruk 
seperti kematian terhadap orang berkenaan akan 
membawa mudarat yang amat besar. Aqidah tidak 
akan selamat. Oleh itu perlulah dijauhi dan sentiasa 
memohon kepada Allah agar terhindar dari makhluk 
halus. 
4.27 Qarin/Pendamping; 
Qarin adalah kelimah Arab yang bermaksud sesuatu 
yang menyertai (Munjid 1956 : 625). Ia adalah 
tergolong dalam roh-roh jahat yang mendampingi  
manusia sejak dari lahir sehingga ia meninggal dunia. 
Qarin dicipta Tuhan gunanya ialah untuk menggoda 
manusia dari jalan yang benar.  Dalam al-quran. 
Allah SWT berfirman: 
ْي ٌن
ِ
َر
ُه ق
َ
ُھَول
َ
َط َن◌ً ا ف
ُه َ  شْي
َ
ي ْض ل
َ
ِن ُ نق
  الر ْح َم
ِ
ِش َ  ع ْن ِ ذ ْكر
َو َم ْن َ يْع                           
         Maksudnya; 
Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran 
(Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Ar-Rahman, 
kami akan adakan baginya syaitan (yang 
menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah 
ia temannya yang tidak rengang daripadanya.   
                                                      (az-Zukhruf:36)
         4.28. Meditasi 
Mesyuarat Panel Kajian Aqidah yang ke 22/2002 
pada 28-29 Oktober 2002 telah memutuskan 
bahawa amalan meditasi adalah bercanggah  
dengan Islam dan bukan dari ajaran Islam. 34
                  
                  Huraian. 
                  Erti meditasi : Fikiran yang mendalam terutama    
                  mengenai perkara-perkara kerohanian. 
Meditasi adalah dari amalan Yoga. Jika ada amalan 
pernafasan di kalangan orang Islam, kemungkinan 
semuanya berasal dari Yoga Hindu kerana ianya tiada
asal di dalam Al Quran dan Hadis. 
                   
Yoga adalah sambungan roh individu dengan roh                    
alam semesta atau kesatuan roh individu dengan                     
Allah. Dalam amalan Yoga bila menghisap nafas kata 
dalam hati “ Jesus anak Tuhan “ dan bila menghembus
nafas katalah “ rahmatilah kami “. Juga terdapat 
dikalangan orang Melayu, apabila menghembus nafas 
di sebut   “ Allah “ dan bila menarik nafas disebut “ hu”. 
Yoga adalah falsafah Hindu yang mengawal kita, 
mengawal minda, deria dan jasmani untuk 
menghasilkan pengalaman mistik serta paduan 
jiwa individu dengan roh alam semesta. 
Dalam Islam tidak wajar digunakan perkataan meditasi 
tetapi lebih tepat digunakan muraqabah iaitu ibadat
pada maqam ihsan. 
Muraqabah tasawuf wahdat al wujud ada persamaan 
dengan meditasi Yoga Hindu bukan muraqabah pada 
maqam ihsan.(Rujuk PKA ke- 21/2002, pada 26-27 
Ogos 2002) 
Walau bagaimanapun muraqabah tidak sama dengan 
meditasi, kerana muraqabah adalah ibadat, tetapi 
Yoga adalah falsafah Hindu,untuk  mengawal kita, 
mengawal minda, deria dan jasmani untuk 
menghasilkan pengalaman mistik serta paduan jiwa 
individu dengan roh alam semesta. Yoga adalah satu 
system  meditasi bertujuan mahu bersatu roh 
pertapa drngsn roh alam semesta. Dalam mistik 
Hindu Brahman adalah roh alam semesta. Brahman 
adalah kekal ada di seluruh semesta 35
5. PENGGUNAAN 
Perkara asas dalam huraian ini boleh digunakan oleh semua 
pihak. Ada baiknya juga dirujukan kepada buku-buku  Garis 
Panduan yang disediakan oleh JAKIM, antaranya ialah: 
           a. Garis Panduan Bomoh Menurut Islam. 
           b. Garis Panduan Persilatan Menurut Islam. 
           c. Garis Panduan Khurafat dan Azimat . 
 d.  Garis Panduan Penapisan Bahan-bahan Penerbitan
Berunsur Islam. 
e.  Garis Panduan Bahan Penerbitan Bercetak dan Audio 
Visual Berhubung Dengan Unsur-unsur Yang 
Bercanggah Dengan Aqidah dan Amalan Ahli Sunnah 
Wal Jamaah. 
           f.  Lain-lain buku aqidah yang diterbitkan oleh JAKIM. 
6. PENUTUP 
Semoga apa yang tercatat dalam kertas ini menjadi bahan 
asas rujukan oleh para pegawai dan semua pihak yang ingin 
menggunakannya. 
Disediakan oleh  
Haji Abdul Hamid @ Yusuff bin Yunus 
Bahagian Penyelidikan, 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), 
PUTRAJAYA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan