Catatan Popular

Khamis, 11 Ogos 2011

ASAS KEMAJUAN DARI RAKYAT...




Selangkah demi selangkah perjalananku ini dan telah terlalu banyak perkara yang pelik telah ku lalui, sehinggalah disaat ini terfikir jua aku ingin meluahkan satu perasaan yang terpendam dihati ku, yang ingin aku luahkan kepada pembaca dilaman ini, bukanlah tujuanku untuk menunjuk pandai atau pun marah kepada mereka, tetapi untuk memberi pandangan dan usul usul yang terbaik kepada mereka, itu pun jika mereka bersedia untuk memajukan diri masing masing didalam apa jua pentadbiran yang telah diamanahkan kepada mereka, sebagai ketua penting pertama sekali adalah niat, jika kita berniat baik maka baik lah pentadbiran itu dan jika kita berniat tidak baik atau ingin mementingkan diri sendiri maka tersiksa lah rakyat di bawah pentadbiran mereka, begitulah seterusnya amalan yang telah dilakukan olih setiap lapisan pentadbir di mayapada ini, tetapi bukan lah semuanya begitu cuma segelintir daripada mereka sahaja yang jujur didalam pentadbiran ini,


Apa yang pentingnya sekarang ini adalah kesedaran, jika kesedaran dapat menguasai diri maka segala apa jua yang dilaksanakan pasti akan menemui kejayaan, ini bukan nya satu alasan tetapi adalah kebenaran nya, contoh contohnya telah banyak kita lihat dan dengar bersama, jesteru itu harapan ku kepada mereka supaya mereka sedar diatas perbuatan mereka itu, sebagai pentadbir seharusnya mereka wajib bersikap adil dan bertanggongjawab di atas segala urusan mereka, sebagai rakyat yang bertanggongjawab kepada ugama bangsa dan tanah air seharusnya mereka wajib mengambil kira tentang kemajuan untuk rakyat, dan bukan kepentingan diri. Aku menulis ini diatas dasar pengalamanku, banyak juga cadangan cadangan yang telah aku majukan tetapi tiada satu pun yang telah diluluskan olih badan badan tertentu tak payah lah aku nyatakan disini, sedangkan apa yang aku usulkan adalah untuk kemajuan negeri tetapi tiada mendapat sokongan daripada mereka, siapa yang akan rugi?,,, aku hanya sekadar ingin membantu kerajaan untuk membangunkan negeri, mungkin cadangan aku tidak berkesan buat mereka, salah satu cadangan ku adalah membuat tanaman percubaan KAYU BALAK JATI, yang mana aku telah memohon kepada kerajaan tanah hutan seluas 300 ratus ekar untuk tujuan tanaman percubaan tetapi gagal, apakah cadangan aku ini tidak bolih membantu kerajaan?...


Seterusnya sekali ini aku ingin mencadangan kepada kerajaan untuk memajukan industri PELANCUNG NEGERI, kawasan telah aku kenal pasti dan telah beberapa kali aku membuat lawatan dikawasan tersebut, yang mana kawasan tersebut sesuai dijadikan tempat untuk riadah dan memelihara ikan kelah, latihan ala tentera, dewan mesyurat atau motivasi, mini zoo, penempatan orang asli, jungle tracking, rumah atas pokok, lapang sasar memanah, resort, kolam memancing dan berbagai bagai lagi aktiviti aktiviti yang bolih dilaksanakan dikawasan tersebut, jika cadangan ini terlaksana pasti negeri sembilan akan terkenal dengan industri pelancungan nya, disamping membantu kerajaan untuk menghantar kakitangan atau pegawai pegawai yang lemah fikiran, lembab dihantar berkrusus di kawasan yang dimaksudkan, aku bukan bertujuan untuk kepentingan diri sendiri malah atas dasar memikirkan kepentingan rakyat dan negeri sembilan, aku meluahkan perasaanku di komputer ini kerana bagi ku tiada tempat untuk ku meluahkan pandangan dan cadangan ku ini kepada mereka yang berkuasa dan mungkin tidak mendapat sokongan atau pun meluluskan cadangan aku ini, seterusnya aku mohon kepada pembaca blog ini memberi pandangan dan pendapat dan seterusnya jika berkemampuan bolih lah kita bekerjasama demi untuk kebaikan rakyat dan negara am.


Aku sedia menerima perubahan, komen lah blog ini berilah pandangan dan pendapat tuan tuan, terima kaseh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan