Catatan Popular

Khamis, 28 Julai 2011

PEKIDA Saman Syamsul Yusof Kerana Filem KL Gangster



Pekida Saman Syamsul Yusof
PEKIDA berhasrat untuk menyaman pengarah KL Gangster, Syamsul Yusof kerana dianggap telah mencemarkan imej bangsa Melayu dengan menggunakan kata kunci rahsia pertubuhan itu. Bukan itu sahaja, pengarah Kongsi, Farid Kamil juga akan di saman oleh PEKIDA.

Mulanya kami terkejut juga dan tertanya-tanya apa agaknya kaitan PEKIDA dengan KL Gangster dan filem Kongsi? Adakah PEKIDA ni satu pertubuhan kongsi gelap? Alasan PEKIDA kerana filem ini menjatuhkan maruah bangsa dengan menggunakan kata kunci rahsia mereka sejak sekian lama iaitu, Ayahanda, Abang Long, dan Kawasan.
PEKIDA memang sejak dahulu lagi jelas matlamat nya untuk membela bangsa Melayu dan nama mereka sendiri menunjukkan identiti mereka, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia. Tetapi apa yang berlaku hari ini telah menyimpang dari matlamat asal dek kerana mereka yang tidak betul.
PEKIDA Saman KL Gangster
Kalau dah nama nya pon filem sudah tentu ia nya rekaan semata-mata dan kata kunci yang dikatakan rahsia itu dah lama kami dengar sejak sekolah lagi apabila rakan-rakan dengan bangga bercerita yang dia ahli PEKIDA sejati. Matlamat sesetengah ahli PEKIDA sekarang yang sudah jauh terpesong, bukan untuk membela tetapi lebih kepada berbangga kononnya dia lah hebat, kaki pukul, samseng kampung.
KL Gangster bukan mengajar anak Melayu kita menjadi gangster sebalik nya memberi pengajaran kepada semua akibat menjadi gangster, penyesalan di akhir cerita itu membuatkan anak muda kita tersedar dan insaf bahawa gangster bukanlah pilihan yang baik dalam memilih jalan hidup.


Sumber: PEKIDA Saman Syamsul Yusof Kerana Filem KL Gangster — LimauAis 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan