-
- Sahabat-sahabatKu..
Jom...
Aminkan doa ini agar kesedihan kita menjadi kebahagiaan ...
"Ya Allah Ya TuhanKu, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami, kemanapun kami melangkah Engkau menyertai kami, dlm kehilangan, kesakitan dan melukai kami... Kuatkanlah hati kami didalam Perjalanan hidup ini untuk menebarkan cinta dan kasih sayang bagi sesama Insan diatas muka bumi ini" ditambah lagi dengan kehadiran hari Lebaran ini Ya Allah, kami memohon kepada mu Ya Allah, Ya Tuhan Kami, semoga membuka pintu hati mereka umat umat mu Ya Allah, semoga mereka kembali kepada jalan asal mu Ya Allah... - ZAKAT DAN FITRAH...
Ramai umat Islam yang masih keliru tentang kewajipan zakat fitrah, bukan keliru status hukumnya, tetapi bagaimana melaksanakannya. Inilah antara Q&A yang diharap mampu menjelaskan kekeliruan itu. Selamat membaca.
Soalan 1: Apakah makna zakat fitrah dan siapakah yang diwajibkan ke atasnya?
Jawapan: Zakat fitrah bermakna zakat badan atau zakat jiwa. Semua orang Islam diwajibkan, sama ada lelaki, perempuan, orang tua, kanak-kanak, bayi, orang gila, merdeka mahu pun hamba sahaya.
Dalilnya, Abu Hurairah r.a menyatakan: "Rasulullah saw telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan kepada orang yang merdeka, hamba sahaya, lelaki dan perempuan, anak-anak, dewasa, fakir atau kaya – daripada kalangan kaum muslimin," (Riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim)
Fuqaha memang berbeza pendapat tentang siapakah yang perlu mengeluarkannya, sama ada diri sendiri ataupun wali nasab, yakni orang yang wajib menanggung nafkah. Amalan di Malaysia, zakat fitrah ini dikeluarkan oleh wali bagi semua tanggungannya. Dalam hal ini ada sebuah hadis: "Bayarlah zakat fitrah daripada semua orang yang menjadi tanggungjawab kalian." (Hadis riwayat Imam Baihaqi).
2. Bagaimana dengan anak angkat, anak yatim dan anak tiri?
Jawapan: Perkara paling asas, fuqaha menyatakan orang yang wajib menanggung nafkah itulah wajib memberikan zakat fitrah tanggungannya. Di sini, yang wajib ialah mereka yang dinamakan sebagai wali nasab (sedarah daging) atau penanggung nafkah, iaitu bapa, datuk, bapa saudara dan sebagainya lagi.
Jika anak angkat, andai sudah tiada wali nasab yang boleh dihubungi, maka penjaganyalah yang wajib membayarkan zakat fitrahnya. Ada juga pandangan, jika sudah dibuat perjanjian dengan bapa kandungnya bahawa bapa angkat akan menanggungnya, maka terlepaslah kewajipan bapa kandungnya.
Andai anak yatim, sama juga jika sudah tidak berjumpa dengan mana-mana wali nasab, maka penjaganya yang wajib membayarkannya. Jika anak tiri, pun masih kena lihat, andai sudah tiada wali nasabnya, maka bapa tirinyalah yang wajib mengeluarkannya.
Namun, jika kesemua mereka sudah ada kemampuan sendiri, misalnya walau masih belajar namun mendapat biasiswa atau wang hasil kerja sampingan, maka mereka lebih berhak mengeluarkannya sendiri. Tetapi, penjaga yang bukannya wali nasab masih boleh mengeluarkannya dengan syarat memaklumkan dahulu kepada anak-anak jagaannya itu.
3. Adakah anak-anak perempuan yang sudah bekerja dikira masih tanggungan bapanya?
Jawapan: Anak yang sudah bekerja sendiri, sama ada lelaki dan perempuan, maka mereka lebih berhak mengeluarkan sendiri zakat fitrahnya. Bahkan, jika mereka mahu mengeluarkan zakat fitrah ibu bapa juga boleh, dan mereka perlu memaklumkannya kepada ibu bapa.
4. Bagaimana pula dengan waktu menunaikan zakat fitrah?
Jawapan: Adalah harus mengeluarkan zakat fitrah sejak bermulanya satu Ramadan. Hadis daripada Umar menyatakan: "Telah mewajibkan Rasulullah saw zakat fitrah pada bulan Ramadan."
Walau bagaimanapun, ulama berbeza pendapat mengenai waktu wajibnya. Imam Syafie dan Malik menyatakan, ia menjadi wajib apabila terbenamnya matahari pada akhir Ramadan. Manakala Abu Hanifah pula menyatakan, ia wajib setelah terbit fajar satu syawal.
Untuk memudahkan kita, ulama fikah telah membahagikan waktunya seperti berikut, iaitu harus sejak awal Ramadan, menjadi wajib atau paling utama sebelum solat Aidilfitri dan makruh setelah menunaikan solat Aidilfitri. Sesiapa yang tidak menunaikan zakat fitrah sehingga terbenam matahari satu syawal, maka dia dianggap berdosa dan wajiblah segera mengeluarkannya dan kala itu ia dianggap qada.
5. Apakah yang perlu dilakukan jika terlupa menunaikannya?
Jawapan: Islam telah menyediakan satu ruang waktu yang amat luas bagi umatnya menunaikan zakat fitrah dan tidak sepatutnya ada orang boleh terlupa. Selalunya orang terlupa bila sengaja menunggu sehingga ke saat akhir. Jadi, jangan bertangguh.
Mungkin ada orang berhujah, mereka mahu menunggu ke saat akhir menunaikan zakat fitrah, demi mendapatkan pahala yang lebih besar. Berkenaan pahala ini, fuqaha tidak pula beranggapan menunaikannya lebih awal akan kurang pahalanya berbanding menunaikannya saat-saat akhir, lagi pun ia adalah tergantung kepada Allah SWT yang menentukannya.
Orang yang terlupa wajib segera mencari mana-mana fakir miskin dan serahkanlah zakat fitrah pada waktu itu juga dan fuqaha menyatakan ia sudah menjadi qada. Iringi juga dengan taubat dan berazam untuk tidak melalaikan lagi zakat fitrah selepas ini.
6. Ada orang berpuasa tetapi tidak menunaikan zakat fitrah, apa hukumnya?
Jawapan: Menunaikan zakat fitrah adalah wajib dan berpuasa juga wajib, maka mengabaikannya adalah berdosa. Ibnu Umar r.a meriwayatkan: "Rasulullah saw telah memerintahkan untuk mengeluarkan zakat fitrah sebelum orang-orang keluar melaksanakan solat Idul Fitri," (Riwayat Bukari dan Muslim).
Ulamak fikah menyatakan, orang yang enggan berzakat kerana kesengajaan dan mengingkari kewajipannya, maka dia boleh jatuh kepada kekufuran, na'uzubillah.
7. Adakah orang miskin juga wajib membayar zakat fitrah?
Jawapan: Zakat fitrah diwajibkan kepada semua orang Islam, tanpa mengira sama ada mereka kaya, miskin, merdeka atau hamba sahaya. Syaratnya, mereka mesti ada makanan yang cukup bermula dari malam satu Syawal hingga tamat satu Syawal. Orang miskin yang memenuhi syarat ini, wajib mengeluarkan zakat. Cuma ada sebahagian fuqaha menyatakan, jika orang miskin itu menjadi mampu disebabkan bantuan zakat, maka mereka tidak dibebani untuk mengeluarkan zakatnya, kerana punca hartanya adalah dari zakat juga.
8. Ada orang mahu membayar zakat fitrah dengan beras bukan wang, apa komen ustaz?
Jawapan: Mengikut ketetapan asal, zakat fitrah memang begitu. Tetapi, sebahagian fuqaha berpendapat adalah harus mengeluarkan zakat fitrah dengan harga (wang). Pada zaman Umar bin Abdul Aziz r.a, baginda berfatwa zakat fitrah boleh dibayar dengan nilai wang. Memandangkan penggunaan wang lebih sesuai pada hari ini, maka ia lebih diraikan demi kemaslahatan ummah seluruhnya.
9. Ada orang berkata, jika tidak keluarkan zakat fitrah maka pahala puasa akan tergantung. Benarkah?
Jawapan: Terdapat sebuah hadis mengenai persoalan ini, iaitu: "(Ibadah) bulan Ramadhan digantungkan antara langit dan bumi dan tidak diangkat kepada Allah kecuali dengan zakat fitrah," (Riwayat Ibn Asakir). Tetapi, para ulama hadis mempertikaikan kesahihan hadis ini, kerana ada di antara perawinya yang tidak dikenali (majhul) dan ia juga bercanggah dengan mafhum hadis lain mengenai keutamaan beribadah khususnya di bulan Ramadan.
Bagi saya, fokuskan untuk melaksanakan setiap ibadah, sama ada solat, zakat, puasa, haji dan sebagainya. Setelah ia ditunaikan dengan sempurna dan sah, maka serahlah kepada Allah SWT, sama ada mahu menerima atau menolaknya.
10. Adakah zakat fitrah hanya untuk fakir miskin sahaja?
Jawapan: Hal ini adalah khilaf dalam kalangan ahli fikah. Sebahagian menyatakan ia hanya untuk fakir dan miskin dan sebahagian yang lain menyatakan, zakat fitrah juga sama seperti zakat harta dan lapan asnaf masih boleh menikmatinya.
Malahan ada ulama' yang menyatakan seorang kafir zimmi di dalam Negara Islam juga berhak mendapat zakat fitrah jika mereka adalah golongan fakir. Perbincangan ini boleh dirujuk ke dalam kitab Bidayatul Mujtahid, Juz 1, hal. 584; Fikih Sunnah, Jilid 3, hal. 129, Hukum Zakat, hal. 964 dan Ensaiklopedia Fiqh Wanita, Jilid 2, hal. 190.
11. Apakah majikan wajib membayar zakat fitrah pembantu rumahnya?
Jawapan: Majikan tidak wajib, kerana pembantu itu bukan tanggungan yang wajib dinafkahinya. Pembantu itu ada gajinya sendiri dan dia wajib menjelaskan zakat fitrahnya sendiri. Namun, jika majikan mahu menjelaskannya juga, perlu memberitahu kepada pembantunya, sebagai tanda minta izin daripadanya.
12. Apakah anak yang lahir pada waktu Maghrib hari terakhir Ramadan wajib zakat fitrah juga?
Jawapan: Tidak wajib, kerana anak itu hanya hidup pada waktu Syawal sahaja. Bukan sekadar itu, orang yang hidup sepanjang Ramadan dan meninggal dunia sebelum masuknya waktu Syawal, maka tidak wajib juga zakat fitrah. Ini kerana, hanya orang yang hidup pada dua waktu, Ramadan dan Syawal sahaja wajib zakat.
13. Apakah anak yang dikandung sudah cukup bulan tapi belum lahir hingga masuk Syawal wajib zakat juga?
Jawapan: Tidak wajib, Cuma sunat muakkad sahaja. Islam tidak mengambil kira semasa bayi masih berkeadaan janin (dalam rahim ibu) dan inilah pendapat yang kuat sebagaimana yang disebut oleh Dr. Yusuf al- Qaradawi, di dalam kitabnya, Hukum Zakat.
Soalan 14: Adakah seorang muallaf (saudara baru) juga wajib bayar zakat fitrah?
Jawapan: Jika muallaf itu masih kecil (belum akil baligh misalnya), maka orang yang menaunginyalah yang mengeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi, jika sudah dewasa atau remaja, maka jika mereka mampu mereka keluarkan sendiri. Jika tidak mampu, maka tidaklah wajib zakat fitrah ke atasnya.
Soalan 15: Bolehkah ustaz jelaskan hikmah zakat fitrah?
Jawapan: Pertama, zakat fitrah menjamin kegembiraan kepada penerimanya, seperti mana nabi menjanjikan dua kegembiraan bagi orang yang berpuasa, iaitu waktu berbuka (termasuk berhari raya) dan ketika menatap wajah Allah (hadis Muslim). Maka, bagaimana orang miskin boleh gembira jika tiada bantuan di hari raya.
Kedua, zakat fitrah juga menepati kehendak puasa yang bermaksud mengembalikan manusia kepada fitrah. Apabila zakat fitrah ditunaikan, maka akan terhakislah rasa tamak dan haloba dalam diri dan diganti dengan rasa rendah diri dan saling berkongsi.
Ketiga, membersihkan orang yang berpuasa daripada dosa. Ibnu Abbas menyatakan: "Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada ucapan yang tidak ada manfaatnya dan kata-kata yang kotor, serta untuk memberikan makanan kepada orang-orang miskin." (Hadis Riwayat Abu Daud).
Keempat, menjadi bukti ketaatan manusia beriman kepada Allah SWT. Ini kerana, jika mereka berpuasa tetapi enggan berzakat, maka jelaslah kualiti keimanannya di tahap mana?
Kelima, zakat fitrah itu menjadi kemuncak kepada amalan di bulan Ramadan, yakni berkongsi sedikit kekayaan. Andai jumlah RM7 itu masih dipertikaikan, maka bagaimana pula seseorang itu mampu berkongsi sesuatu yang lebih besar dalam hidupnya dengan orang lain.
Soalan 16: Apakah boleh kita menunaikan zakat harta selain fitrah di bulan Ramadan?
Jawapan: Memang boleh bahkan dianjurkan sangat-sangat. Ini kerana, mafhum daripada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah daripada Salman al-Farisi, bahawa setiap amalan sunat dalam bulan Ramadan diganjari pahala wajib dan satu amalan wajib diganjari 70 kali ganda pahalanya.
Maka, andai kita berzakat RM1 ribu, maka pahalanya seolah-olah kita sudah berzakat RM70 ribu! Orang yang haul zakatnya belum tiba, boleh berniat mendahului haul zakat dan di sisi Islam, ia memang diharuskan.
Soalan 17: Soalan terakhir saya, kenapakah kadar zakat fitrah di Malaysia berbeza-beza antara setiap negeri?
Jawapan: Panjang jawapannya, namun ringkasnya saya boleh katakan, ada dua sebab kenapa berbeza. Pertama, pentadbiran zakat di Malaysia adalah tertakluk kepada bidang kuasa negeri. Maka, setiap negeri mempunyai jawatankuasa fatwanya sendiri yang akan memutuskan harga zakat fitrah yang sesuai di negeri masing-masing. Pengasingan kuasa ini telah digazetkan di dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu di dalam Jadual Kesembilan (Perkara 74, 77) Senarai Perundangan, Senarai II – Senarai Negeri.
Kedua, boleh jadi harga sekilogram beras adalah berbeza antara negeri-negeri. Ada negeri yang agak mahal, ada yang agak murah dan ia adalah sesuai dengan kondisi sosio-ekonomi rakyat negeri berkenaan. Maka, harga zakat fitrah di Selangor adalah sesuai dengan harga beras di Selangor (yakni RM7.00). Manakala di negeri lain, sesuailah dengan negeri mereka pula. Wallahua'lam. - Tika berseorangan begini,
di usia yang sudah meniti senja kenangan silam ketika remaja dan muda memang sangat indah, akan tetapi apakan dayaku diusia begini, bila terkenang kisah-kisah lama membuat aku tersenyum sendirian dan adakalanya titisan airmata mengalir dengan sendirinya kerana kesedihan.
Sebak juga didada bila teringat kisah-kisah silam terutamanya kisah-kisah pahit yang terpaksa aku tempuhi.
Namun kesabaran menempuh dan merempuh segala kepahitan itu adakalanya membawa serta memberi sinar kemanisan waktu kini... - RecentlyMarkah Tertinggi on Angry Birds Friends490,260 Points
- DETIK SEBUAH PERJALANAN ...
Kekadang hati seseorang yang sudah meningkat umur iaitu meniti saat tuanya hanya suka bersendirian duduk termenung di sesuatu tempat yang selalu menjadi tempat santainya.Tujuannya adalah mencari ketenangan di samping mengimbau kenangan lalunya untuk dikenang.Masa silam yang tidak mungkin bertandang untuk dirasakan semula.
Adakalanya seorang tua itu suka memandang danmelihat keindahan alam yang tiap detik mengumpamakan pergerakan zamannya.Mereka mampu mentafsirkan waktu pagi, tengahari, petang yang mereka lalui dapat mengimbau sejarah diri mereka yang pernah ditempuh dahulu samada peristiwa itu indah, manis, buruk dan pahit.
Orang tua juga ada masa sukar difahami perasaan mereka.Adakala mereka bahagia, suka, gembira dan ada tikanya hati dilanda resah, kecewa dan duka.Selalunya perasaan mereka terusik akan sesuatu perkara yang tidak disukainya.Kebiasaannya mereka selalu menegur kesalahan orang yang lebih muda darinya.
Maka ketika itulah hatinya mula menaruh perasaan hiba dan membenci seandainya tegurannya tidak diterima.Orang tua banyak makan asam garam terlebih dahulu, salahkah mereka menegur untuk kebaikan supaya orang yang lebih muda tidak mengikut kata hati sendiri yang boleh membawa tersalah langkah menduga kehidupan di dunia.
Dalam keadaan tertentu kata bicara orang tua ini mungkin tidak sesuai dan tidak boleh diterima bulat, adakala perlu dibuat pertimbangan wajar dan bijaksana, janganlah terus menyanggah pandangan mereka kerana pendapat mereka sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan.Sekurang-kurangnya hormatilah pada pandangan dan kedudukan usianya.
Janganlah sampai mencemuh orang tua kerana pandangannya tidak dipersetujui, sehingga sanggup mencerca dan menghina mereka.Walaupun mereka berpandangan sempit tidak seperti orang muda yang berpelajaran tinggi namun orang tua amat kaya dengan pengalaman yang tidak diajar dimana-mana institusi di dunia ini.
Usahlah kita hanya pandai mengata dan mencemuh pandangan orang tua kerana suatu hari kita akan terjerumus juga ke usia itu.Belum tentu diri itu sempurna selamanya dan belum tentu kebijakan di zaman muda sentiasa terserlah, entah-entah lebih buruk kerana pelupa dan nyanyok sebelum sempat sampai ke usia yang lebih tua.
Kesombongan diri orang muda terhadap orang tua selalu mendapat pembalasan dari Tuhan Yang Maha Adil.Bongkak dan ego sekarang, belum tentu berterusan setelah rambut beruban dan kulit sudah mengendur nanti.Barulah ketika itu kita baru memahami erti dan makna hati dan perasaan seorang tua yang meniti senja... - Hakikat Perjalanan Kehidupan
Semalam dan hari ini adalah merupakan hari-hari yang penuh bermakna dalam kehidupan kita...
Oleh itu, jadikanlah pengalaman semalam sebagai pedoman hari ini bagi menjamin keceriaan hari esok... - KEMANA ARAH TUJU MELAYU...
Kemana Arah Tuju Melayu Masakini?
Dunia pasca selepas Pilihanraya Umum Ke-12 memperlihatkan pelbagai ketidakpastian timbul dek pertelagahan diantara parti politik yang memerintah negara dan juga parti politik yang berjaya memerintah lima negeri pada masa kini.
Perjuangan parti politik berdasarkan kaum dianggap sudah tidak releven lagi pada masa kini, tapi hakikat yangberlaku ialah setiap isu yang melibatkan kaum masih lagi dianggap diantara isu pilihan untuk diperkatakan ramai. Setiap tindak-tanduk pemerintah dan parti-parti yang bersekutu diantara satu sama lain apabila memperlihatkan kecondongan kepada satu pihak sahaja maka akan timbullah suara-suara halus dan kasar bagi menyokong serta mengkritik keputusan tersebut tidak kiralah samada kuputusan tersebut datangnya dari satu bumbung atau sebaliknya.
Melayu masa kini kian terhimpit ditengah-tengah pergolakan politik yang tidak kesudahan. Pelbagai isu seperti isu perlantikan orang melayu sebagai Menteri Besar, kouta pelajar melayu di UITM, hasrat pengurangan pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam, perlantikan kaum cina sebagai Pengurus Besar PKNS, pertikaian hak dan kedudukan keistimewaan orang melayu dalam perlembagaan, kontrak sosial, dasar ekonomi baru dan banyak lagi jika mahu dihuraikan satu persatu disini memperlihatkan bahawa melayu pada masa kini jelas telah mengalami keretakan yang ketara disebabkan ideologi politik melayu itu sendiri yang berbeza.
Berdasarkan kepada Buletin Perangkaan Malaysia (terbitan Jun 2006), jumlah penduduk di Malaysia ialah seramai 26.64 juta orang. 24.8 juta orang merupakan warganegara Malaysia manakala bakinya 1.84 juta orang merupakan bukan warganegara Malaysia. Kaum Melayu mewakili 54 % dari populasi penduduk iaitu seramai 13.48 juta orang. Kaum bumiputera (selain daripada Melayu) seramai 2.93 juta orang mewakili 11.8 %. Justeru itu kaum Bumiputera mewakili 65.8 % dari jumlah keseluruhan warganegara Malaysia.
Walaupun melayu merupakan penduduk asal dan majoriti di negara ini, namum perpecahan yang berlaku amat jelas dan nyata. Saya tidak menyalahkan masyarakat melayu secara total yang menyebabkan perkara ini berlaku tetapi tidak boleh dinafikan bahawa para pemimpin parti politik dan politikus yang bermatlamatkan kepentingan diri mengatasi segalanya yang sebenarnya telah menjadi penyebab kepada berlakunya perpecahan kaum melayu sepertimana yang berlaku pada hari ini. Alangkah buruk dan jijiknya mereka ini kerana menjual maruah kepada orang lain tanpa memikirkan kesan yang bakal diperolehi kaum keluarga, kerabat dan bangsanya sendiri.
Pelajarilah bagaimana kaum lain yang dahulunya datang mencari rezeki dan berhijrah ke negara kita bertujuan mempermudahkan penjajah inggeris mengaut kekayaan negara telah bersatu padu menongkah arus meninggikan taraf hidup dan kini telah berjaya dalam banyak bidang mengatasi penduduk asal di bumi itu sendiri. Tidak malukah kita kepada kaum itu yang kini mulai berkuasa dan telah mula tawar manawar dalam perkara yang pada hakikinya adalah milik kita sebelum ini.
Orang melayu memang pandai, tapi kepandaian itu telah disalahgunakan bagi menjatuhkan kaumnya sendiri. Dunia politik memang kotor, menghalalkan segalanya bagi mencapai matlamat telah banyak mengadai maruah kaum melayu bagi membolehkan segelintir pemimpin politikus yang kononnya diagung-agungkan bagi memartabatkan bangsa melayu tetapi hakikat sebenarnya ialah banyak memperjudikan nasib orang melayu secara tidak langsung.
Bilakah agaknya perkara ini akan berakhir...
Melayu itu satu kaum yang sama agamanya iaitu Islam, berlandaskan adat resam serta tutur kata yang senada. Kemanakah hilangnya tatasusila dan semangat kepahlawanan yang diwarisi daripada darah yang mengalir di badan masing-masing. Fikir-fikirkanlah, selagi kita lemah dan tidak bersatu, selagi itulah orang lain akan mengambil kesempatan diatas kelemahan kita itu. Jangan salahkan orang lain jika suatu hari nanti kesemua apa yang dimiliki kita pada hari ini hanya boleh diketahui oleh anak cucu kita apabila mereka membuka buku sejarah. Pada masa tersebut mereka akan berkata: "kenapa bangang betul tok nenek aku dulu..." I|I - HARI INI KITA SELALU MENYEBUT TENTANG MELAYU,
TETAPI JARANG SEKALI MENYEBUT TENTANG MELAYU ISLAM ...
PERSOALAN NYA KENAPA ... ???
ADAKAH SEMUA MELAYU ITU ISLAM ...???
CUMA DISUDUT PANDANG ...
JIKA DISEBUT LAGI,
CINA ISLAM ...
INDIA ISLAM...
...Lihat seterusnya.. - يحرم على المسلمين على التصويت لصالح حزب العمل الديمقراطى فى الانتخابات العامة-13 سوف تأتي كفعل واضح هو ضد النظام من الله في القرآن الكريم.
رئيس مجموعة علماء ماليزيا يونغ (العلوم)، د. محمد فضلان. وقال عثمان وذلك لأن النضال ضد سياسة حزب العمل الديمقراطى الإسلام العظيمة التي رفعتها باس.
'' التصويت ضد حزب العمل الديمقراطى ليست الكفاح الشرعي في الإسلام. في سورة آل وقد أمر Maidah الآية الثانية لنا للمساعدة في الصلاح والتقوى وليس تعاونوا على الإثم والعدوان.
'' لذلك، وحزب العمل الديمقراطى التصويت تنتهك هذه الآية المقدسة. نأمل أننا ما زلنا متفائلين للتفكير في العمل مع ثبت UMNO ممر للعمل على التمسك بتعاليم الإسلام على هذه الأرض،'' قال Utusan ماليزيا هنا اليوم. - علماء الشباب ... ماليزيا تتفق الأمانة مع توصية من شخصية دينية في Tumpat، كيلانتان أن المسلمين لا تدعم حزب العمل الديمقراطى ويزعم أن الحزب يعارض صراحة اقامة دولة اسلامية.
رئيس أمانة لجنة العمل، Jahaya جوش يقول ان المسلمين لديهم للتفكير والتأمل قبل اتخاذ خيار لا يختار على أساس شهوة أو انتقام وتداعياتها السيئة.
وقال "ما أستطيع أن أرى، على جدول الأعمال DAP مختلفة من MCA وهيئة التصنيع العسكري لأنه يت...Lihat seterusnya.. - مؤسس بوندوك غيتينغ Tumpat، عبد الله Sa'amah أمس وأكد أنه كان المسلمون غير قانونية لدعم حزب العمل الديمقراطى، لا يمكن للقادة الدينية الأخرى اليوم دعا المسلمين أبدا دعم أي جماعة أو حزب غير المسلمين الذين لا يقبلون الحكم الإسلامي.
وقال مفتي باهانغ داتوك عبد الرحمن عثمان أنه كان غير قانوني، والعصاة من المسلمين لدعم الحزب الذي يعارض صراحة اقامة دولة اسلامية والحدية.
وقال انه بدلا من ذلك، من واجب رعاية الحكومة الإسلامية من غير المسلمين أن لهم بالولاء.
وقال "اذا غير المسلمين ويقول انه كان ضد، لا توافق، وليس ولاء، فإنه ليس إلزاميا لمساعدتهم. - Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah semalam menegaskan adalah haram umat Islam menyokong DAP, seorang lagi tokoh agama hari ini mengingatkan umat Islam tidak boleh sama sekali menyokong mana-mana golongan atau parti bukan Islam yang tidak menerima pemerintahan Islam.
Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, adalah haram dan berdosa bagi umat Islam menyokong parti yang secara t...Lihat seterusnya.. - MR, ANGRY BIRD kikiki...
TOPIK DEN TAK BOGANJAK ...
TAK BOGANJAK DEHHH, LIMO GHIBUU, DUO GHATUUS, TUJOH PULOH DUO... APO APO PUN EDEN MASIH LAIEE, MONOBEH SLOW SLOW NEHHH, TAKUT KANG KOK TOTOBEH LAK KAWAN KAWAN YANG BAIK EHH, kikiki ...
B...Lihat seterusnya.. - Kelebihan Lailatulqadar
SEPULUH malam terakhir Ramadan akan bermula esok. Malam yang dilimpahi keberkatan dan keistimewaan harus direbut oleh umat Islam yang berpuasa. Ini kerana salah satu malam itu akan dinamakan lailatulqadar yang disebut lebih baik daripada 1,000 bulan.
Sepuluh malam terakhir Ramadan juga harus diisi dengan beriktikaf di masjid dan memperbanyakkan amalan termasuk membaca al-Quran dan menghidupkannya dengan berbuat ibadat.
Rasulullah SAW sendiri memperbanyakkan ibadah pada malam 10 yang terakhir melebihi daripada malam-malam sebelumnya.
Aisyah ra berkata; “Rasulullah SAW apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, baginda menghidupkan malam (dengan ibadah), mengejutkan keluarganya (bangun beribadah), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (tidak mencampuri) isteri-isterinya”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan lailatulqadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak). Pada malam ini diturunkan al- Quran sebagaimana firman Allah yang maksudnya, “Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada lailatulqadar.” (al-Qadr, 1)
Ibn Abbas berkata, Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari al-Loh al-Mahfuz ke Bait al-E’zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia turunkan secara berperingkat kepada Rasulullah SAW, selama 23 tahun.Lailatulqadar disifatkan lebih baik berbanding 1,000 bulan. Firman Allah bermaksud, “lailatulqadar lebih baik daripada 1,000 bulan”. (al-Qadr, 3)
Pada malam ini juga disifatkan sebagai malam yang penuh berkat. Firman Allah SWT dalam surah ad-Dukhan, ayat 4 bermaksud, “Sesungguhnya Kami turunkannya (al- Quran) pada malam yang diberkati”.
Pada malam itu juga turunnya Malaikat memenuhi bumi ini. Dan Malaikat turun bersama-sama turunnya berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam itu. Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah SWT yang maksudnya, “Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah”. (al-Dukhan, 4)
Apa yang dimaksudkan melalui tafsir ‘urusan yang penuh hikmah’ itu ialah pada malam berkenaan Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia. Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang juga mengampunkan hamba- Nya yang menghidupkan malam-malam berkenaan dengan ibadah dan zikrullah (penghayatan terhadap kebesaran dan kekuasaan Allah) penuh rasa keimanan dan pengharapan.
Nabi SAW bersabda, bermaksud: “Carilah
lailatulqadar pada malam 10 terakhir Ramadan”. (Riwayat Bukhari dan Muslim). Rasulullah SAW bersabda lagi bermaksud:
“Carilah lailatulqadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir”. (Riwayat Bukhari) Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadis yang menceritakan mengenai lailatulqadar berselisih pada waktunya, ini menunjukkan bahawa malam berkenaan berpindah-pindah pada setiap tahun.
Oleh itu, setiap muslim tidak sepatutnya melepaskan peluang daripada memanfaatkan malam 10 terakhir Ramadan dan menghidupkannya dengan ibadah dan doa. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah ra bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada lailatulqadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab, katakanlah ‘Allahuma inni affu’un karim tuhibbul afuwa fa’fuanni’”
Satu lagi amalan yang sangat dituntut dilakukan oleh umat Islam pada 10 malam terakhir Ramadan ialah dengan iktikaf di masjid. Fadilat beriktikaf pada bulan Ramadan lebih banyak berbanding hari yang biasa. Maksud iktikaf di sini ialah mendampingi masjid untuk mentaati Allah SWT. Rasulullah SAW tidak pernah sekalipun meninggalkan iktikaf pada 10 malam terakhir Ramadan sehinggalah baginda wafat. Isteri-isteri baginda turut beriktikaf bersama- samanya ketika baginda hidup dan meneruskan selepas baginda wafat.
Syarat sah iktikaf ialah Islam, berakal, tidak berjunub dan bersih daripada haid dan nifas bagi perempuan. Iktikaf hendaklah dilakukan di masjid
Waktu bermula iktikaf: Seseorang yang ingin beriktikaf hendaklah masuk ke dalam masjid sebelum terbenam matahari ke-20 Ramadan. Waktu berakhir iktikaf: Berakhirnya iktikaf ialah selepas terbenamnya matahari pada hari terakhir Ramadan.
Perkara sunat yang dilakukan ketika beriktikaf ialah memperbanyakkan ibadat sunat seperti solat, membaca al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, salawat dan doa. Begitu juga menghadiri majlis ilmu, mengulangkaji kitab hadis, tafsir, sirah nabi dan sebagainya.
Perkara yang harus dilakukan ialah keluar daripada masjid kerana sesuatu hajat dan darurat seperti untuk mengucapkan selamat tinggal kepada saudara mara menziarahi kematian atau orang sakit.
Begitu juga hukumnya harus dan digalakkan jika mandi, memotong rambut, kuku, memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian.
Mendirikan solat fardu secara berjemaah di masjid memang digalakkan. Seseorang yang bersolat jemaah di rumahnya tidaksama berbanding berjemaah di masjid.
Keutamaan jemaah di masjid ini sangat diberi perhatian oleh Rasulullah SAW. Pada zaman Rasulullah SAW, semua sahabat menunaikan solat fardu secara berjemaah di masjid.
Pernah juga suatu ketika Rasulullah SAW sangat marah kepada mereka yang tidak mahu datang solat berjemaah dan baginda bersabda, bermaksud: “Kalaulah boleh, aku akan menyuruh semua kanak-kanak mengumpulkan kayu api agar aku boleh keluar mencari dan membakar rumah-rumah yang penghuninya bersolat di rumah mereka tanpa sebab yang dibenarkan.” I|I
Catatan Popular
-
1. PRESIDEN PEKIDA MALAYSIA - TUAN HJ. JAMALUDIN B.YUSOF 2. TIMBALAN PRESIDEN - DATO’ HJ. RAMLI BIN NORANI 3. NAIB PRESIDEN - DATO’BAKRI ...
-
Allah subhanahu wa Ta’aalaa berfirman: يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لاَ تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتىَّ تَسْتَ...
-
JUASSEH – Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) menafikan ahli pertubuhan itu memp...
-
Latar Belakang PEKIDA MAL AYSIA Pertubuhan ini telah didaftarkan pada 10hb. Mei 1983, Nombor Pendaftaran 146/83 di bawah Akta Pertubuhan...
-
Manusia diciptakan dari Nabi Allah Adam a.s. dan Adam pula dijadikan oleh Allah s.w.t dari tanah. Hanya Adam a.s dijadikan daripada h...
-
BAGI mengingatkan umat Islam mengenai hal ini, Allah SWT berfirman: “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang la...
-
Firman Allah Taala, maksudnya: "Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal salih, sesungguhnya Kami tidak akan menghila...
-
Siri 1 PETALING JAYA: “Sekarang tak kira lu Abang Long ka, lu Ayahanda ka, ini KL gua pegang!” kata Shark tidak puas hati kerana bimban...
Khamis, 9 Ogos 2012
KELEBIHAN LAI LATUL QADAR
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan