BUMI, menurut tafsiran yang khusus adalah tanah tempat kita berpijak, manakala dalam erti yang luas mencakupi lautan, udara, daratan dan segala isinya. Oleh itu, ada istilah 'perut bumi' yang mengandungi air, minyak dan batuan, yakni tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang tertimbun selama jutaan tahun.
Allah SWT memilih bumi sebagai tempat tinggal yang kaya dan subur untuk penghidupan manusia (rujuk al-Baqarah: 22; ar-Ra'd: 3; Qaf: 53-54) dan diciptakan-Nya pula gunung untuk mengukuhkannya agar manusia dapat hidup di atasnya tanpa ketakutan. (rujuk al-Naml: 61)
Perkara berlawanan bagi ayat di atas dapat dibaca di dalam surah Taha, ayat 124 yang menyatakan bahawa siapa yang berpaling ingkar daripada petunjuk Allah SWT, maka baginya kehidupan yang sempit.
Katakanlah, 'Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman, bertakwalah kepada Tuhanmu'. Orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). Dan (ingatlah) bumi Allah ini luas. (rujuk az-Zumar: 10)
Padang Mahsyar
Dalam hadis riwayat Bukhari, daripada Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Jadilah engkau di dunia ini seolah-olah orang asing atau penyeberang jalan. Oleh itu, manusia harus mengetahui erti dan tujuan hidupnya di bumi, yakni menyembah dan beribadat kepada-Nya. (rujuk az-Zariyat: 56).
Di dalam al-Quran, ada kritikan terhadap orang yang menyerah dan tidak mahu berhijrah untuk mendapatkan kehidupan yang bertanggungjawab serta meningkatkan martabatnya. (rujuk an-Nisaa: 97)
Usia Bumi
Baginda SAW melihat seorang tua yang tidak bergigi, rambutnya banyak yang telah gugur, kulitnya kering, wajahnya berkedut-kedut. Orang tua itu berjalan dengan langkah yang berat. Lalu Nabi SAW bertanya kepada Jibrail, "Siapakah gerangan orang tua itu?" Jibrail menjawab, "Orang tua itu adalah perumpamaan bumi yang sangat tua usianya."
Kemusnahan Alam Sekitar
Misalnya, mereka yang menebang hutan sesuka hati sehingga rosak keseimbangan alam. Yang lain menggali tanah, pasir dan galian lain tanpa peraturan sehingga terjadi tanah runtuh. Ada pula yang membuang bahan buangan sewenang-wenangnya sehingga terjadi pencemaran air dan udara yang menimbulkan berbagai-bagai penyakit.
Semua ini menyebabkan kerosakan di darat mahupun di laut (rujuk ar-Rum: 41), padahal Allah SWT telah mengingatkan manusia agar tidak membuat kerosakan di bumi, sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya (rujuk al-A'raf: 56).
Manusia diberi kepercayaan untuk memelihara dan memanfaatkan bumi sesuai dengan kehendak Pemberinya, iaitu Allah SWT.
Perlombongan minyak, satu bentuk kekayaan bumi untuk dimanfaatkan bagi kepentingan manusia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan