Catatan Popular

Selasa, 24 April 2012

ASAL USUL KEJADIAN MANUSIA


Manusia diciptakan dari  Nabi Allah Adam a.s.  dan  Adam pula dijadikan oleh Allah s.w.t dari tanah. Hanya Adam a.s dijadikan daripada hakikat tanah manakala manusia dijadikan daripada air mani yang terpancar daripada dua tulang sulbi manusia.
Allah s.w.t telah berfirman dalam Surah Shad: 71-74
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfiman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah. Maka apabila telah Ku sempurnakan kejadiannya dan Ku tiupkan roh(ciptaan) Ku: Hendaklah kamu bersyukur dengan bersujud kepadanya. Lalu seluruh malaikat bersujud, kecuali Iblis. Dia menyombongkan diri dan dia termasuk orang-orang yang kafir"
Didalam Surah At-Thariq : 5-7
" Maka hendaklah manusia memikirkan: daripada apakah ia diciptakan? Dia diciptakan dari air (mani) yang memancar (kedalam rahim). Yang keluar dari tulang salbi lelaki dan tulang dada perempuan"
Nabi bersabda:
"Semua kamu berasal dari Nabi Adam dan adam dijadikan daripada tanah"
Menurut riwayat ketika, Allah SWT menitahkan kepada Malaikat Jibril a.s supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanah untuk mencipta Adam a.s, bumi tidak membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan melakukan kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar sumpah bumi.
Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail pula untuk turun ke bumi bagi mendapatkan tanah sebagaimana Malaikat Jibril. Jawapan bumi tetap sama sebagaimana Jibril lalu Allah memerintahkan pula kepada malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak. Masing-masing kembali dengan jawapan yang sama.
Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Allah berfirman :
"Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas nama Ku."
Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah ia kehadrat Allah.
Lalu Allah berfirman lagi:
"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan di kemudian hari nanti akan Aku tugaskan engkau mencabut roh manusia."
Maka Izrail merarasa amat khuatir kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia. Lalu Allah berfirman lagi:
"Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh,terbakar, sakit dan sebagainya."
Jenis-jenis Tanah yang digunakan dalam penciptaan Nabi Adam a.s:
Menurut riwayat tanah yang diambil yang digunakan untuk menjadikan adam mempunyai lima jenis warna iaitu putih, hitam, kuning, coklat, dan merah. Oleh yang demikian manusia memiliki berbagai warna kulit. Tanah yang digunakan untuk menjadikan Adam a.s ialah sebagaimana berikut:
  1. Tanah tapak Baitul Maqdis
  2. Tanah Bukit Tursina
  3. Tanah Iraq
  4. Tanah Aden
  5. Tanah Al-Kautsar
  6. Tanah tapak Baitullah
  7. Tanah Paris
  8. Tanah Khurasan
  9. Tanah(Babylon)
  10. Tanah India
  11. Tanah Syurga
  12. Tanah Tha'if
Menurut Ibnu Abbas:
  1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana di situlah berada otak manusia, dan di situlah tempatnya akal.
  2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
  3. Dahinya dari tanah Iraq ,kerana disitu tempat sujud kepada.
  4. Mukanya dari tanah Aden , kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.
  5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar,tempat menarik perhatian.
  6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
  7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.
  8. Tangan kirinya dari tanah Paris , tempat beristinjak.
  9. Perutnya dari tanah Babylon . Disitulah tempat seks(berahi) dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
  10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
  11. Dua kakinya dari tanah India , tempat berdiri dan jalan.
  12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana disitulah iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.
  13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat,bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.
Proses kejadiannya:
  1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah-tanah tersebut dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api sehingga menjadi tanah liat kering yang berasal dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Kemudian Allah resapkan Nur (cahaya) kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".
  2. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah.
  3. Kemudian tubuh itu dibenamkan di dalam air "Kudral-Izzah-Nya" . Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.
  4. Demikian pula roh,ketika itu diperintah masuk ke dalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.
Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai pengetahuan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.
Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala, dan dua buah liang di bawah badan letaknya.
Tujuh buah letaknya adalah:
  1. Di Kepala ialad Dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
  2. Dibawah ialah Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.
Dijadikan pula lima buah pancaindera:
  1. Mata alat penglihatan
  2. Hidung alat penciuman
  3. Telinga alat pendengaran
  4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
  5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.
Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.
Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah di mana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.
Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya ke hadrat Allah. Lalu Allah berfirman "Yarhamukallah"yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika seseorang itu bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya disunatkan pula mengucapkan"Yarhamukallah". Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).
Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Seketika itu Adam terasa lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.
Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit yang ketujuh sebelum dibawa ke Syurga tempat mula-mula Adam tinggal.
Siti hawa telah dijadikan oleh Allah dari tulang rusuk kiri nabi Adam ketika berada di dalam Syurga. Ketika mereka telah memakan buah larangan atas pujukan Iblis maka tertanggallah pakaian mereka dan akhirnya di turunkan oleh Allah di bumi. Menurut riwayat nabi Adam turun di India. Tetapi mengikut setengah riwayat di Mekah dan terpisah dengan Hawa. Akhirnya mereka bertemu di Padang Arafah (Padang Perkenalan).
Umur Nabi Adam menurut satu riwayat adalah 930 tahun dan mengikut riwayat yang lain 934 tahun. Ketinggiannya adalah 60 hasta dan ukuran tapak kaki Adam sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Kathir ialah 11 jengkal. Siti hawa telah melahirkan anak sebanyak 40 kali dan setiap kali beranak adalah kembar lelaki dan perempuan. Oleh yang demikian mengikut syariat yang ada pada waktu itu maka dibenarkan berkahwin adik beradik tetapi dengan syarat bukan dengan kembar yang lahir sekali.
Wallahualam
Disusun Oleh:
Hj. Khairuddin bin Haiyon - PP Bahagian Dakwah (Unit Penerangan dan Penerbitan) JAI S

Sabtu, 21 April 2012

SEMBAHYANG MENDIDIK HATI MANUSIA/..




         
JIKA difahami dan dihayati, solat sebenarnya amalan yang cukup hebat. Solat adalah modul lengkap bagi mendidik hati dan jiwa manusia.


Pelbagai kekuatan terhasil jika seseorang itu benar-benar menjiwai tuntutan solat. Solat juga menjadi penghubung antara hamba dengan Tuhannya. 
Setiap ayat dalam surah al-Fatihah yang dibaca adalah bicara dengan Allah. 
Perintah solat bukan untuk kepentingan Allah Yang Maha Agung yang sudah memiliki segala-galanya. 
Solat hanya untuk kepentingan hamba-Nya. Ia sebenarnya melatih seseorang hidup tertib sebab gerakan solat sangat tertib dimulai dengar takbir dan diakhiri dengan salam. 
Tujuan solat sebenarnya untuk mengingati Allah. Dalam al-Quran Allah berfirman maksudnya: “Dirikanlah solat untuk mengingati Aku.” 


Dalam ayat lain Allah berfirman yang bermaksud: “Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.” Bayangkan seharian kita fikir mengenai dunia, fikir mengenai kerja, makan minum, kawan dan keluarga. 


Kalau semua itu kita dapat bahagikan masa, takkan kita tidak boleh memberi masa untuk mengingati Allah. Semakin baik kualiti dan mutu solat seseorang, semakin kukuhlah benteng kemampuan untuk memelihara diri mereka daripada perbuatan maksiat. 


Beberapa contoh solat dapat membina sifat positif manusia antaranya bersikap rajin. Untuk menjadi bangsa yang kuat, kita perlu sentiasa rajin. Dalam solat kita memuja dan memuji Allah. 


Kita membuat janji dan ikrar yang semua solat, ibadat, hidup dan mati kita hanya untuk Allah. Perbuatan dalam solat membuatkan kita cergas dan aktif, rajin dan sentiasa bergerak. 


Bermakna solat itu dapat membunuh sifat malas. Orang yang kuat hubungannya dengan Allah mesti banyak berhubung dengan manusia. Jika betul takut dan cinta kepada Allah, maka akan bertambah rasa cinta kepada manusia. 


Solat ibarat ‘tiang’ dalam Islam. Malah ketika bertempur dalam peperangan sekalipun tidak boleh tinggal solat. Selagi hayat dikandung badan, selagi itu mesti solat. 


Solat perlu dilakukan dengan berdiri, jika tidak mampu berdiri, boleh duduk dan jika tidak mampu juga boleh dilakukan dengan cara baring. 


Sekiranya masih tiada daya juga dengan isyarat mata dan masih tidak boleh juga, lakukan dengan isyarat hati. 


Solat bukan saja menghapuskan dosa seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Solat menghapuskan dosa antara satu solat dengan satu solat yang lain kecuali dosa besar.” 


Imam Abu Aaliayah berkata: “Solat mempunyai tiga keistimewaan dan jika tidak ada ketiga-tiga ini maka solat itu tidak sempurna dan tidak boleh mencegah dosa. Keistimewaan itu adalah ikhlas, khusyuk dan zikrullah. 


Ikhlas membuatkan seseorang melakukan perkara baik, khusyuk akan mencegah perbuatan jahat manakala zikrullah (ingat Allah) pula mencegah mungkar dan menanam makruf (kebaikan). 


Sesetengah ulama dulu apabila tiba saat menghembuskan nafas terakhir, mereka masih sempat meminta pertolongan orang mengambil wuduk untuknya supaya dapat mengerjakan solat. 


Malah, ada yang minta diusung ke masjid kerana hendak mati di tempat solat. 
Justeru, janganlah kita mengabaikan solat dan jadikanlah ia rutin hidup kita. 
Setiap kali solat, anggaplah mungkin itu adalah solat yang terakhir...

BURUK KESUDAHAN NYA PENENTANG ISLAM


BNU Kathir berkata: Allah SWT berfirman sambil mengancam orang jahat yang telah dikurniakan dengan berbagai nikmat dunia, lalu dia mengingkari nikmat-nikmat tersebut dan menggantikannya dengan kekufuran serta membalasnya dengan keingkaran terhadap ayat-ayat Allah SWT. Dia juga mengada-adakan terhadapnya dan menganggap ayat-ayat tersebut hanya ungkapan manusia. Dan Allah telah menghitung berbagai-bagai nikmat yang telah Dia berikan kepadanya.
Firman Allah SWT: Biarkanlah Aku bertindak terhadap orang yang Aku telah menciptakannya sendirian. (al-Mudassir: 11)
Ibnu Kathir berkata: Maksudnya dia lahir daripada perut ibunya seorang diri tanpa membawa harta dan juga anak. Kemudian setelah itu Allah SWT memberi kepadanya rezeki.
Muqatil berkata: Biarlah Aku menghadapi dia kerana Aku akan membinasakannya dengan kebinasaan yang khusus.
Di sini terdapat ancaman keras terhadap kederhakaan al-Walid, keingkaran dan kesombongannya, kerana memperoleh harta dan kemuliaan. Lalu al-Walid berkata: "Aku adalah orang yang terhormat dan anak daripada golongan yang terhormat. Tidak ada seorang Arab pun yang setanding dengan aku dan tidak ada seorang Arab pun yang setanding dengan ibu bapaku."
Allah SWT telah menghinanya dan menghinakan pula jolokannya, sehingga jolokan itu tidak membawa makna kerana ia bertukar menjadi celaan kepadanya. Justeru, Allah SWT menjadikannya sebagai satu-satunya orang yang berada di dalam kejahatan dan kekejian.
Firman Allah SWT: Dan anak-anak yang selalu bersama dia, (al-Mudassir: 13)
Mujahid berkata: Maksudnya anak-anak mereka itu selalu hadir bersamanya dan tidak keluar untuk berdagang. Urusan dagangan tersebut diuruskan oleh hamba-hamba dan juga orang-orang yang dibayar oleh mereka, sedangkan mereka sendiri hanyalah duduk-duduk mendampingi ayah mereka untuk bersenang-senang bersamanya.
Terdapat khilaf ulama tentang bilangan mereka (anak-anak):
l Al-Suddi, Abu Malik, Ashim bin Umar bin Qatadah menyebutkan: Mereka ini berjumlah 13 orang.
l Mereka berjumlah 10 orang seperti yang disebutkan oleh Ibnu Abbas dan Mujahid.
Al-Maraghi berkata: Termasuk anak-anak yang selalu hadir bersamanya di Mekah. Mereka tidak pernah berpisah dengan bapanya, kerana mereka bergantung rezeki kepada bapa mereka. Ini disebabkan mereka tidak perlu bekerja mencari rezeki kerana mereka telah memiliki harta yang banyak. Al-Walid pun sukakan mereka dan senang dengan kehadiran mereka.
Firman Allah SWT: Dan Ku lapangkan baginya (rezeki dan kekuasaan) dengan selapang-lapangnya, (al-Mudassir: 14)
Ibnu Kathir berkata: Maksudnya, Aku telah berikan kepadanya pelbagai macam harta, perkakas rumah tangga dan sebagainya.
Al-Maraghi berkata: Menurut orang Arab, Tahmid bermakna melapangkan. ContohnyaMahadash shabiyya (Dia melapangkan rezeki kepada si anak). Aku lapangkan rezeki kepadanya, dan aku luaskan kehormatan. Sepatutnya dia bersyukur kepada Allah SWT terhadap nikmat yang diberikan kepadanya tetapi dia ingkar kepada Tuhannya, sehingga dia berpaling daripada seruan dakwah dan menyombongkan diri. Dia telah membalas nikmat dengan kekafiran dan membalas kurnia dengan keingkaran serta kederhakaan.
Firman Allah SWT: Kemudian dia ingin sekali supaya Aku menambahnya. Sekali-kali tidak (akan Aku tambah), Kerana Sesungguhnya dia menentang ayat-ayat kami. (al-Quran). (al-Mudassir: 15-16)
Ibnu Kathir berkata: Iaitu orang yang ingkar (kufur) akan nikmat-nikmat Allah SWT setelah dia mengetahuinya.
Al-Maraghi berkata: Walaupun dia bersikap tidak mahu mentaati Allah SWT tetapi dia masih lagi mengharapkan harta dan anaknya bertambah.
Ayat ini juga mengandungi petunjuk bahawa kekafiran al-Walid adalah kekafiran yang berbentuk 'inad. Ini disebabkan dia telah mengetahui kebenaran itu dengan hatinya tetapi dia masih mengingkari dengan lidahnya. Inilah kekafiran yang paling nyata.
Penutup
Penulis menutup perbincangan ini dengan menyebut pendapat Sayid Qutub antara lain menyatakan, al-Quran menerangkan dengan panjang keadaan hidup makhluk yang kerdil itu dan nikmat-nikmat yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT kepadanya sebelum menerangkan kisah kedegilan dan keengganannya untuk beriman.
Allah SWT telah menjadikannya dahulu seorang diri tidak memiliki sesuatupun walaupun kain bajunya. Kemudian selepas itu, Allah SWT telah mengurniakan kepadanya harta kekayaan yang melimpah-ruah, anak-anak yang ramai yang sentiasa berada di sekelilingnya serta kemudahan hidup yang sempurna.
Walaupun begitu yakin dan percayalah kesudahan penentang Islam seperti golongan musyrikin biasanya berkesudahan dengan banyak masalah yang menimpanya, di samping adanya pelbagai halangan dan kemudaratan dalam kehidupan mereka.


Semoga kita semua menjadi hamba Allah yang sentiasa mendapat dan mencapaimardhatillah.

Sabtu, 14 April 2012

JADILAH KITA INSAN PEMAAF





SATU hari raut wajah Rasulullah s.a.w tampak berseri-seri dengan menampakkan senyumannya sehingga kelihatan kilauan gigi putihnya. Maka Umar bertanya ada apa gerangan.

Sabda Rasulullah s.a.w: “Aku lihat ada dua orang daripada umatku yang mendatangi Allah ‘Azza wa Jalla. Yang satu berkata, ‘Ya Rabbi, hukumlah orang ini yang mengambil hak dan menganiayaku di dunia.” Lalu Allah memerintahkan kepada si zalim itu supaya mengembalikan haknya.

‘Ya Rabbi’, kata si zalim, “Aku tidak lagi memiliki simpanan perbuatan baik yang bisa menggantikan haknya.” Dia sudah tidak memiliki sisa-sisa perbuatan baik untuk menggantimu, lalu apa yang kau harapkan darinya?” kata Allah kepada satunya.
‘Ya Rabbi’, pindahkan kepadanya dosa-dosaku. Biar dia yang memikulnya,” katanya. “Tiba-tiba air mata Rasulullah mengalir membasahi pipinya kerana mengenang hari-hari yang maha dahsyat itu.

Baginda berkata, “Hari itu adalah hari-hari yang maha dahsyat, hari di mana setiap orang berusaha untuk melepaskan setiap beban dosa yang dipikulnya.”

Kemudian, Allah berkata kepada si teraniaya, “Wahai Fulan, angkat pandanganmu dan lihatlah syurga-syurga yang tersedia.’ ‘Ya Rabbi, saya lihat negeri yang terbuat dari perak dan istana dari emas yang terhias indah dengan mutiara yang berkilauan.

Apakah semua itu Engkau persiapkan untuk Nabi dan Rasul-Mu, para siddiqin dan orang-orang yang syahid? Tidak, kata Allah. Semua itu Aku siapkan bagi siapa saja yang sanggup membelinya.

Siapakah mereka Ya Rabbi? ‘Engkau juga mampu memilikinya.’ Bagaimana caranya? “Dengan memaafkan saudaramu itu.” Kalau begitu, aku maafkan dia ya Rabbi.’’ Ambillah tangan saudaramu itu dan masuklah kalian ke dalam syurga yang Aku janjikan.’”
Kemudian Nabi mengakhiri kisah itu dengan sabdanya, “Bertakwalah kamu kepada Allah dan berbuat baiklah dalam hubungan antara sesama. Sungguh Allah akan mendamaikan antara orang-orang yang beriman kelak pada hari kiamat.”

Apa yang kita fikirkan selepas membaca kisah yang dibawakan Rasulullah di atas? Adakah kita langsung teringat kepada orang-orang yang pernah berbuat salah kepada kita?

Adakah keinginan kita untuk segera memaafkannya? Jika begitu, berbahagialah, kerana sesungguhnya tulisan ini dimaksudkan supaya kita menjadi orang yang sentiasa berlapang dada, mudah meminta maaf dan memberi maaf kepada orang yang melakukan kesalahan.

Jangan anggap meminta maaf itu perkara yang mudah dilakukan. Beratnya meminta maaf itu sama dengan susahnya memberi maaf. Seseorang yang diliputi perasaan sombong, baik kerana pangkat dan kekuasaannya, atau kerana status sosialnya, tidak mudah meminta maaf jika melakukan kesalahan.

Pemimpin yang nyata melakukan kesalahan kepada rakyatnya tidak serta-merta meminta maaf. Mereka meminta maaf selepas mendapat protes keras termasuk tekanan daripada golongan atasannya.

Sesungguhnya meminta maaf itu bukan pekerjaan ringan. Orang-orang yang hatinya masih diliputi perasaan-perasaan sombong, merasa lebih baik, kadang-kadang akan berasa bersalah jika meminta maaf.

Apalagi meminta maaf kepada orang yang selama ini dianggap lebih rendah darinya. Jika meminta maaf, terutama kepada orang yang lebih rendah darjat sosialnya itu bukan perbuatan mudah, apalagi memberi maaf kepada orang yang melukai hatinya.

Pekerjaan itu jauh lebih berat lagi, apalagi untuk sebuah kesalahan yang menggores hati. Kadang-kadang dendam itu dibawa hingga ke mati. Hanya orang-orang tertentu saja yang sanggup melakukannya.

Rasulullah adalah orang yang paling lapang dadanya. Baginda memaafkan tidak saja orang yang pernah melukai hatinya tetapi juga orang yang hampir-hampir menghilangkan nyawanya.

Jabir ra berkata, “Kami bersama Rasulullah dalam perang Ghazwadz-Dzatirriqaa’ dan ketika istirahat kami masing-masing mencari tempat perlindungan.

Jika ada pohon yang besar maka kami berikan kepada Nabi untuk berteduh di bawahnya. Ketika Rasulullah sedang terlelap tidur, datanglah seorang musyrik mengambil pedang Rasulullah yang tergantung di pohon.

Lalu dihunusnya dan dia bertanya kepada Nabi, “Apakah anda takut kepadaku? Jawab Nabi, “Tidak.” Lalu dia bertanya, “Siapakah yang dapat mempertahankan engkau dari seranganku? jawab nabi, “Allah.’”

Dalam riwayat Abu Bakar al-Isma’ily, ketika jatuhlah pedang itu, dan Nabi bertanya, “Siapakah yang dapat mempertahankanmu dari padaku?” Jawab orang musyrik itu, “Jadilah yang sebaik-baik menuntut balas.”

Maka, Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya, “Mahukah engkau mengucap syahadah?” jawab orang itu, “Tidak, tetapi saya berjanji kepadamu tidak akan memerangi engkau, dan tidak akan membantu orang yang memerangi kamu.”

Maka, dilepaskan si musyrik itu dan sekembalinya kepada kaumnya dia berkata, “Aku datang daripada orang yang sebaik-baik manusia.” Dalam Islam, ketika seseorang dizalimi, ada dua hak baginya.

Pertama, membalas dengan setimpal perbuatannya. Manakala yang kedua memaafkannya. Jika dipilih alternatif pertama, maka balasan itu tidak boleh lebih berat, walaupun kepada musuh Islam.

Umat Islam dilarang membalas secara melampaui batas. Jika pilihan kedua dipilih, maka orang itu sudah membeli syurga. Harga maaf itu mahal, setimpal dengan harga syurga.

Manusia tidak akan pernah terlepas daripada melakukan dosa. Orang baik menurut ajaran Islam bukanlah mereka yang tidak pernah bersalah, melainkan orang yang apabila berbuat kesalahan dia segera menyedari kesalahannya itu kemudian meminta ampun kepada Allah.

Allah Yang Maha Bijaksana membuka pintu maaf selebar-lebarnya. Kesalahan, tidak saja dilakukan kepada Allah tetapi lebih banyak lagi kepada sesama manusia.

Pergaulan dalam masyarakat perlu berjalan secara sihat, harmonis dan penuh kasih sayang. Jadilah orang yang suka meminta maaf dan memaafkan orang lain...

Khamis, 12 April 2012

The Zikr - Wahai Mujahid

" Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika
engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"

Brothers - Selamat Berjuang

"Wahai Rasulullah aku hendak berikrar janji setia bersama Islam, apakah syarat yang perlu dipenuhi?" Lalu Rasulullah bersabda: "Hendaklah memberi nasihat kepada setiap Muslim."

Umar al-Khattab pernah berkata: "Tidak ada kebaikan yang dapatdiharapkan dari umat yang enggan untuk saling menasihati dan umat yang tidak mahu menerima nasihat. Semoga Allah merahmati seseorang yang menasihati dari kekeliruan."
Kepada orang-orang yang enggan menerima nasihat, dengarlah firman Allah yang bermaksud:Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertakwalah Engkau kepada Allah" timbullah kesombongannya Dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). oleh itu padanlah ia (menerima balasan azab) neraka jahanam dan demi sesungguhnya, (neraka jahanam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal. (al-Baqarah: 206)...

Pengikat rindu Rasulullah





SETIAP manusia memerlukan pasangan hidup yang berupaya mencurahkan ketenangan dan kebahagiaan antara satu sama lain.
Ia adalah perkara lazim sebagai manusia biasa kepada Rasulullah SAW biarpun baginda merupakan seorang insan berdarjat tinggi sehingga mendapat pengiktirafan sebagai kekasih Allah SWT.
Keluhuran akhlak dan budi baginda Rasulullah SAW bukan sahaja terserlah di kalangan para sahabatnya sahaja, malah ia dijelmakan juga amalan dalam konteks komunikasi suami isteri yang sekali gus menjadi platform kukuh kepada keharmonian rumah tangga baginda.
Tanggungjawab dan amanah yang digalas oleh baginda sebagai pemimpin ummah yang menjadi perantara dengan Allah SWT bukanlah satu kerja mudah.
Sudah pasti ia melalui pelbagai dugaan dan ujian yang menuntut baginda memerlukan keluarga atau dengan kata lain, isteri di samping baginda bagi memperoleh belaian kasih mesra.
Rasulullah terlalu berhemah dalam melayani dan menyantuni isteri baginda. Pernah pada satu ketika apabila Rasulullah hendak melaksanakan solat malam iaitu qiamullail, baginda mendekati isterinya Saidatina Aisyah r.a. sehinggakan Saidatina Aisyah berkata: "Di tengah malam baginda mendekatiku dan ketika kulitnya bersentuhan dengan kulitku seraya baginda berbisik, "Wahai Aisyah, izinkan aku untuk beribadat kepada Tuhanku."
Cuba kita bayangkan betapa besar penghormatan dan santunan Rasulullah kepada isterinya, sehinggakan ketika baginda hendak melakukan solat malam, baginda terlebih dahulu meminta izin kepada isterinya pada tengah malam, di saat isteri memerlukannya.
Situasi meminta izin itu menggambarkan kecintaan dan penghormatan Rasulullah terhadap isterinya.
Selain ilmu pengetahuan, melayari bahtera kehidupan rumah tangga juga menuntut setiap pasangan mempelajari erti kesabaran. Nabi Muhammad SAW adalah seorang suami yang sangat sabar dalam menyantuni kerenah isterinya.
Hal ini terlihat apabila suatu hari salah seorang isterinya datang dengan membawa makanan untuk dikirim kepada Rasulullah SAW yang sedang tinggal di rumah Saidatina Aisyah.
Saidatina Aisyah dengan sengaja menjatuhkan kiriman itu hingga piringnya pecah dan makanannya jatuh berderai.
Rasulullah SAW hanya mengatakan: "Wahai Aisyah, kifaratnya adalah mengganti makanan itu dengan makanan yang sama."
Sebab itu, Rasulullah mengecam suami-suami yang suka memukul isteri-isteri mereka.
Rasulullah bersabda: "Aku hairan melihat suami-suami yang menyeksa isterinya, padahal dia lebih patut disiksa oleh Allah SWT."
Baginda juga mengecam suami-suami yang menghinakan isteri-isteri mereka, tidak tahu menghargai, sukar diajak berunding dalam menyelesaikan sesuatu perkara terutama yang berkaitan kedamaian dan keharmonian suami isteri, serta tidak mempertimbangkan isterinya dalam mengambil keputusan.
Nabi Muhammad pernah bersabda: "Tidak akan pernah memuliakan isteri kecuali lelaki yang mulia dan tidak akan pernah menghinakan isteri kecuali lelaki yang hina."
Oleh itu, kita sebagai suami menjadi suatu kewajipan untuk memartabatkan pasangan hidup dengan selayaknya.
Barangkali masyarakat perlu membuka minda seluas-luasnya bagi mengikis tanggapan bahawa seseorang suami yang menyantuni isterinya dikatakan orang yang 'takut isteri' atau dengan gelaran biasanya 'takut bini'.
Perkara sedemikian walaupun bagi sesetengah pihak hanya bersifat gurauan sudah pasti lama-kelamaan akan menjadi keganjilan bagi seseorang suami untuk melayani dan menyantuni isteri mereka, terutama apabila di hadapan khalayak ramai kerana takut dilabel 'takut bini'.

SALING MENASIHATI BENA MASYARAKAT SEJAHTERA







KITA sering mendengar perkataan nasihat dan kata-kata nasihat. Menurut Kamus Dewan(2002), nasihat bermaksud ajaran, peringatan atau petunjuk yang baik. Dalam hal ini, Rasulullah SAW pernah bersabda: "Agama adalah nasihat."
Sesungguhnya nasihat merupakan aspek yang penting dalam kehidupan. Ia merupakan salah satu alat yang dapat mendidik dan membina masyarakat ke arah yang lebih baik. (rujuk Ali Imran: 110).
Sehubungan dengan itu kita disarankan memberikan nasihat dan menyelesaikan masalah umat yang memerlukan bantuan. Ini bersesuaian dengan prinsip yang telah difirmankan oleh Allah yang bermaksud: ...Dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (ar-Ra'd: 11)
Sebagai umat Islam kita dididik dan dilatih untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan saling menasihati bagi membina umat Islam ke arah yang terbaik.
Walaupun ada ketikanya mungkin nasihat kita tidak dapat diterima oleh orang, tetapi kita perlu menguatkan semangat untuk memberi nasihat dengan penuh keikhlasan sebagai tanda cinta kita kepada Allah SWT.
Kita mungkin bertanya kepada diri kita: "Apakah ganjaran yang diperoleh jika memberi nasihat kepada orang lain?"
Untuk itu mari kita teliti sabda Rasulullah yang bermaksud: "Tiga orang pertama yang masuk syurga ialah orang yang syahid, seorang yang menjaga kesucian diri dan seseorang yang menyembah Allah dengan baik dan sempurna serta menasihatkan manusia."
Dalam hidup ini mungkin kita sering menjadi orang pertama memasuki masjid, tetapi adakah kita sering menasihati orang lain.
Jika demikian, kita tidak terpilih di antara orang yang pertama masuk syurga, kerana kita tidak memberi nasihat atau peringatan kepada orang lain.
Oleh itu, kita perlu mula untuk menasihati orang lain bersesuaian dengan kemampuan kita dan janganlah pula kita berkata: "Nasihat saya tidak memberi kesan kepada sesiapa dan tidak merubah keadaan." Tetapi yakinlah bahawa usaha itu akan mengubah keadaan atau seseorang dalam tempoh empat atau lima tahun akan datang. Sesungguhnya masyarakat akan berubah apabila telah biasa mendengar nasihat.
Dalam satu peristiwa seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah, "Wahai Rasulullah aku hendak berikrar janji setia bersama Islam, apakah syarat yang perlu dipenuhi?" Lalu Rasulullah bersabda: "Hendaklah memberi nasihat kepada setiap Muslim."
Umar al-Khattab pernah berkata: "Tidak ada kebaikan yang dapat diharapkan dari umat yang enggan untuk saling menasihati dan umat yang tidak mahu menerima nasihat. Semoga Allah merahmati seseorang yang menasihati dari kekeliruan."
Kepada orang-orang yang enggan menerima nasihat, dengarlah firman Allah yang bermaksud:Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertakwalah Engkau kepada Allah" timbullah kesombongannya Dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). oleh itu padanlah ia (menerima balasan azab) neraka jahanam dan demi sesungguhnya, (neraka jahanam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal. (al-Baqarah: 206).
Islam sentiasa mengamalkan konsep nasihat menasihati dalam masyarakat dan ini telah berjalan di kalangan umat Islam.
Sehubungan itu, tidak hairanlah bahawa umat Islam pernah mencapai kegemilangan pada masa lalu dan kegemilangan itu perlu dikembalikan dengan kesediaan umat untuk memberi dan menerima nasihat pada masa kini dan akan datang.

Isnin, 9 April 2012

KAYA TETAPI HIDUP DERITA




MANUSIA sebenarnya cenderung menjaga sesuatu yang dianggapnya berharga dalam hidupnya. Sebaliknya, tidak akan mempedulikan atau membuang saja sesuatu yang dianggap tidak berharga.
Semakin bernilai sesuatu itu, semakin bersungguh-sungguh kita menjaganya.
Sesetengah manusia sangat menjaga hartanya kerana dianggap hartanya sangat berharga.

Ada pula yang sentiasa menjaga dan merawat mukanya supaya kelihatan awet muda kerana kecantikan adalah segala-galanya. Ada pula yang bermati-matian mempertahankan kedudukan kerana itu yang dianggap bernilai. 
Kalaulah begini perilaku manusia, rupa-rupanya kita masih menganggap harta kebendaan adalah segala-galanya. Namun, ada juga yang bermati-matian menjaga hidayah dan petunjuk Allah. 
Bagi golongan itu, mereka yakin hidup ini tidak akan selamat dan tenang tanpa bekalan taufik dan hidayah daripada Allah. Taufik dan hidayah sangat penting dalam diri manusia.

Pernah satu ketika seorang yang dibutakan matanya dalam permainan diminta supaya berjalan, tiba-tiba menangis. Dia berasa langkahnya berisiko, bimbang terhantuk dan jatuh tangga. Begitulah akibatnya kalau tidak dapat panduan.

Mereka yang berjalan tanpa arah sentiasa dalam keadaan cemas, takut dan bingung. Ramai golongan kaya yang menderita dengan kekayaan mereka.

Pendek kata, orang yang jauh daripada petunjuk Allah dan al-Quran, apa saja yang Allah kurniakan kepadanya pasti menjadikan dirinya hina.

Harta, pangkat, kedudukan atau penampilan kalau tidak diiringi ketaatan pasti menyeksakan.

Syaitan adalah penjajah yang tidak pernah berputus asa. Dalam satu perisytiharan, menurut hadis Rasulullah, syaitan pernah berkata: “Demi kebesaran-Mu, aku bersumpah wahai Allah, aku tidak akan berpisah dengan anak Adam selagi nyawanya masih di badan.”

Bayangkan kesungguhan syaitan, isytihar perang dengan manusia jika kita masih main-main pasti akan mudah tertipu. Syaitan ibarat tukang joget atau penari.

Maknanya, syaitan tahu siapa sasarannya dan bagaimana untuk melakukannya. Kita memberikan tumpuan kepada yang nampak di mata, yang besar biasanya menjadi tumpuan, yang kecil tidak berapa dipedulikan.

Kita kadangkala lupa sesuatu yang tidak nampak itu sangat berharga. Iman kecil saja, tidak nampak lagi tapi sangat berharga. Jadi dalam hidup ini lihat dan utamakan pandangan Allah.

HINDARI BISIKAN SYAITAN




FENOMENA cerita seram kini dilihat semakin giat dihasilkan penerbit filem, sekali gus menyaksikan lambakan filem genre seram di pasaran, sama ada oleh penerbit tempatan mahupun luar negara.

Jika kita lihat perkembangan terhadap penghasilan filem sebegini, sebenarnya sejak 1980-an lagi filem dan drama seram dihasilkan.
Cuma pada awal 1990-an, genre filem ini bagai tenggelam sebelum ‘merasuk’ semula menjelang alaf baru. Malah, sejak itu banyak filem bergenre seram ini menerjah pawagam tempatan.

Tidak kurang juga drama di stesen televisyen yang berlumba-lumba menyajikan penonton dengan elemen menakutkan. Mungkin kerana ‘rating’ tinggi, cerita seram ini mendapat slot tetapnya yang tersendiri di dalam program televisyen tempatan.

Akhirnya, lambakan cerita hantu mendapat perhatian masyarakat hinggakan ramai tampil mengkritik, tidak kurang juga menjadikannya topik perbualan di mana saja.

Oleh kerana cerita sebegini memaparkan elemen mistik, sudah tentu garapannya membawa kepada unsur tahyul, khurafat, bidaah serta unsur negatif kepada masyarakat kita yang sememangnya taksub dengannya.

Mungkin kita pernah terdengar sewaktu melalui zaman kanak-kanak ungkapan seperti: “Jangan main kat luar waktu Maghrib, nanti disorokkan hantu kopek!” atau “Jangan kerat kuku waktu malam, nanti harimau masuk rumah.” Saya juga yakin pembaca pernah mendengar kisah seram yang disampaikan daripada mulut ke mulut mengenai kisah ‘Volkswagen kuning’, Lebuh Raya Karak dan sebagainya.

Cerita seram ini kemudian sedikit demi sedikit mempengaruhi perlakuan dan sifat seseorang seperti daripada berani kepada penakut.

Antara perkara negatif lain yang mungkin timbul daripada cerita seram ini adalah ia memberi idea dan galakan untuk penonton mencuba membuat perkara jahat seperti permainan sihir membabitkan ilmu santau.


Itu jika dilihat daripada sudut negatifnya. Namun untuk artikel kali ini, saya lebih tertarik untuk membincangkan perkara positif yang mungkin boleh diambil daripada kebanjiran cerita bergenre mistik dan seram.

Sememangnya sebagai umat Islam, kita wajib mempercayai perkara ghaib. Sementelah dunia ini bukan saja didiami manusia, malah turut dihuni jin dan syaitan.

Kerana itu kita diminta berdoa supaya dilindungi Allah SWT daripada kejahatan jin dan manusia. Seperti yang terkandung dalam pengertian daripada surah An-Naas, yang bermaksud: “... Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia (iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.” Saya masih ingat ketika zaman sekolah menengah, kami digemparkan dengan kejadian demi kejadian menimpa seorang pelajar yang dirasuk jin.

Kuasanya memang luar biasa hinggakan sukar menenangkannya. Namun, alhamdulillah, akhirnya ia selesai dengan izin Allah melalui bantuan seorang ustaz.

Antara sebab utama membuatkan manusia mudah didampingi jin adalah kerana rasa cinta jin kepada seseorang manusia.

Diceritakan dalam sebuah kisah yang berlaku pada zaman Ibnu Taimiyah. Seorang lelaki dirasuk seekor jin dan Ibnu Taimiyah berbisik ke telinga lelaki berkenaan dengan membaca ayat al-Quran dari Surah Al-Mukminun ayat 10, yang bermaksud: “Adakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu dengan sia-sia dan bahawa kamu tidak akan kembali kepada Kami?” Tiba-tiba roh itu menjawab: “Ya.” Kemudian, Ibnu Taimiyah mengambil sebatang tongkat dan memukul lelaki (orang dirasuk) itu di lehernya hingga berasa penat. Tiba-tiba roh halus itu bersuara menjawab: “Aku mencintainya.” Lantas Ibnu Taimiyah menjawab: “Dia tidak mencintaimu.” Maka jawab roh itu: “Jika demikian, aku akan pergi meninggalkannya sebagai penghormatan kepadamu.” Namun, Ibnu Taimiyah berkata: “Tidak. Kamu harus keluar daripada jasad ini kerana ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya.” Keluarlah roh halus berkenaan, dan lelaki yang dirasuk tadi beransur-ansur pulih.

Selain itu, kes sebegini sebenarnya berpunca daripada manusia. Antaranya apabila kita secara tidak sengaja masuk ke rumah yang lama dibiarkan kosong dan menjadi tempat kediaman jin.

Kerana itu, Islam mengajar kita memberi salam iaitu: “Assalamu ‘alaina wa’ala ‘ibadillahis saalihin” serta membaca ayat Kursi ketika masuk ke rumah kosong kerana khuatir ia ‘berpenghuni’.

Roh halus juga mudah mendampingi manusia pada saat seseorang itu lemah dan tidak di dalam ketaatan kepada perintah Allah dan Rasul, seperti lalai melakukan amal ibadah kepada Allah, ketika di puncak kemarahan, terlalu mengikut hawa nafsu dan dendam.

Perkara ini dinyatakan dalam surah An-Nahl, ayat 99-100, yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan tidak mempunyai pengaruh terhadap orang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka. Sesungguhnya pengaruh syaitan hanya terhadap orang yang menjadikan dia pemimpin mereka, dan orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah.” Allah SWT juga berfirman dalam surah Al-Araf ayat 27, yang bermaksud: “... Sesungguhnya Kami menjadikan syaitan teman rapat bagi orang yang tidak beriman.” Kerana itu, berwaspada selalu kerana syaitan dan jin gemar mendampingi manusia ketika manusia lemah iman dan takwanya kepada Allah.

Ingat, sesungguhnya hidup kita didampingi pelbagai jenis manusia, syaitan dan jin yang mempunyai pelbagai ragam. Kadangkala manusia, jin serta syaitan berpakat untuk mengkhianati manusia lain.

Kita tidak tahu apa yang difikirkan manusia sekeliling kita mengenai diri kita. Mungkin ada sesuatu dendam atau iri hati yang terbuku di hati mereka apabila melihat kita. Ada juga yang dengki apabila melihat jodoh kita bersama pasangan kita. Tidak ada yang mustahil.

Kerana itu, berbanyaklah membaca al-Quran, mengamalkan ayat Kursi ketika hendak tidur dan selepas solat, amalkan juga membaca tiga surah iaitu An-Nas, Al-Ikhlas dan Al-Falaq.

Namun yang lebih penting, peliharalah solat kita. Insya-Allah, Allah akan memelihara hamba-Nya yang memelihara hak serta kewajipan kepada-Nya...

Sabtu, 7 April 2012

DOA QUNUT,.3gp

PETUNJUK KEPADA KAUM MUSLIMIN







SETELAH Allah SWT memulakan surah ini menjelaskan tentang orang yang memperoleh kebahagiaan dan menjelaskan perhubungan di antara mereka dengan Tuhan dan sesama makhluk, dia mengancam orang yang ditimpa kecelakaan dengan pelbagai jenis azab di akhirat dan mengingatkan mereka dengan azab dunia. kemudian Dia menggambarkan kengerian yang akan terjadi pada hari Kiamat.

Allah SWT mengakhiri surah ini dengan memberi peringatan yang merangkumi pelbagai petunjuk dan bimbingan bagi sesiapa yang ingin menghadapinya.
Seterusnya Allah SWT memberitahu kepada rasul-Nya apa yang dilakukan oleh rasul itu dan oleh orang yang beriman untuk beribadat pada waktu malam.
Walau bagaimanapun, Allah SWT tetap memberi keringanan kepada mereka disebabkan beberapa alasan yang berkaitan dengan mereka seperti sakit, menjalankan urusan berdagang dan lain-lain atau berjihad menghadapi musuh.
Mereka hendaklah mengerjakan sembahyang selain dengan kemampuan masing-masing, mengeluarkan zakat harta benda dan memohon keampunan kepada Allah SWT dalam segala keadaan kerana Allah SWT adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Firman Allah SWT: Sesungguhnya Ini adalah suatu peringatan. Maka barangsiapa yang menghendaki nescaya ia menempuh jalan (yang menyampaikannya) kepada Tuhannya. (al-Muzammil: 19)
Ibnu Kathir berkata: "Iaitu, siapa yang dikehendaki Allah untuk diberi petunjuk seperti yang Dia berikan batasan dalam risalah yang lain."
Sayid Qutub berkata: "Jalan menuju kepada Allah merupakan suatu jalan yang lebih aman dan mudah dari jalan yang diragui membawa kepada malapetaka yang dahsyat."
Ketika ayat itu menakutkan kepada para pendusta, hati Rasulullah SAW dan sekumpulan para mukminin yang kecil dan lemah merasa tenang kerana Allah SWT bersama dengan mereka menyeksa golongan tersebut.
Penangguhan hanya sementara, tiba saat, masa dan ketikanya, Dia akan membinasakan musuh-musuh Islam dan menyeksa mereka dengan azab yang pedih.
Sesungguhnya Allah SWT tidak akan membiarkan hamba kesayangan-Nya diperlakukan dengan sesuka hati oleh musuh-musuh Islam.
Al-Maraghi berkata: "Barang siapa mahu, dia dapat menjadikan ayat-ayat di atas sebagai pengajaran untuk menuju kepada Tuhannya dengan harapan dia akan beriman, taat dan takut kepada-Nya. Itulah jalan yang lurus, jalan yang menyampaikan kepada keredaan-Nya."
Walau bagaimanapun, Allah SWT memberikan keringanan kepada umatnya untuk meninggalkan qiamullail sekiranya berlaku mashaqqah (kesulitan) kepada mereka atau jika mereka melakukan pekerjaan yang sulit.
Firman Allah SWT: Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahawasanya kamu berdiri (sembahyang) kurang dari dua pertiga malam, atau seperdua malam atau sepertiganya dan (demikian pula) segolongan dari orang-orang yang bersama kamu. Dan Allah menetapkan ukuran malam dan siang. Allah mengetahui bahawa kamu sekali-kali tidak dapat menentukan batas-batas waktu-waktu itu, maka dia memberi keringanan kepadamu, kerana itu bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran. Dia mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan orang-orang yang berjalan di muka bumi mencari sebahagian kurnia Allah, dan orang-orang yang lain lagi berperang di jalan Allah, maka bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berikanlah pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik. Dan kebaikan apa saja yang kamu perbuat untuk dirimu niscaya kamu memperoleh (balasan)nya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya. Dan mohonlah ampunan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Muqatil dan lain-lain berkata: "Ketika ayat ini diturunkan, bangunlah sembahyang Tahajud pada waktu malam, selain daripada sedikit masa (yang tidak dapat tidak untuk berehat. (al-Muzammil: 2) ia begitu menyulitkan mereka."
Seorang lelaki daripada kalangan mereka tidak mengetahui bilakah yang dikatakan setengah malam dan sepertiga malam, sehingga dia membuat qiamullail sampai masuk waktu Subuh kerana takut melakukan kesalahan. Lalu menyebabkan kakinya menjadi bengkak dan muka mereka menjadi pucat.
Sembahyanglah kamu dan bacalah apa yang mudah bagimu dalam sembahyang. Al-Hasan berkata: Bacalah seperti bacaan yang dibaca dalam sembahyang Maghrib dan Isyak.
As-Suddi berkata: Matayassara minhu bermaksud 100 ayat.
Dalam beberapa athar disebut barang siapa yang membaca 100 ayat pada waktu malam, dia tidak akan dituntut lagi membaca al-Quran.
Diriwayatkan daripada Qais Ibn Hazim, yang berkata: "Ketika aku mengerjakan sembahyang di belakang Ibnu Abbas, beliau membaca pada rakaat pertama ayat al-Hamdulillahi rabbil 'Alamin dan satu ayat dari surah al-Baqarah. Setelah kami selesai mengerjakan sembahyang, beliau menghadapi kami lalu berkata, Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: Oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari al-Quran (dalam sembahyang). (al-Muzammil: 20) diriwayatkan daripada al-Daraqutni dan al-Baihaqi dalam kitab Sunannya."
Ibnu Mas'ud berkata: "Barang siapa yang membawa barangan dagangan, ke mana-mana kota Islam dalam keadaan (dirinya) bersabar dan ikhlas. Kemudian dia menjual barang dagangannya itu dengan harga hari itu, maka di sisi Allah SWT, dia termasuk dalam golongan para syuhada."
Selanjutnya, Ibnu Mas'ud membaca firman Allah SWT (al-Muzammil: 20)
Ibnu Kathir berkata: Kamu tidak akan mampu untuk terus menerus melakukan solat malam kerana ia terlalu berat bagi kamu.
Sayid Qutub berkata: "Itulah belaian rahmat, kasih mesra, kemudahan dan ketenteraman yang datang daripada Allah SWT selepas setahun mereka diseru supaya bangun beribadat di waktu malam."
Allah SWT memberi keringanan kepada orang Islam dengan menjadikan amalan beribadat sebagai sunat bukan fardu. Allah SWT meneruskan kebiasaannya beribadat kepada Allah SWT tidak kurang satu pertiga malam bermunajat kepada Tuhannya.
Di samping itu, Nabi SAW tidak pernah tidur sekalipun dua matanya lelap kerana hatinya sentiasa mengingati Allah SWT. Seluruh hatinya kosong dari segala sesuatu kecuali Allah walaupun Baginda memikul beban yang berat.
Semoga Allah memberi taufik dan hidayah kepada kita untuk menjadi hamba-Nya yang soleh...

video azan mekah.. Tidak selalu kita lihat

syukran kerana melihat video saya :)....berkenaan tentang kenapa bilal tu memakai kaca mata hitam, Allahu A'lam, tapi yang pasti lantai marble tu memantulkan cahaya matahari yg sangat kuat, so secara lojiknya itu lah jawpannya.. 'ala kulli hal salam ukhuwah untuk kita semua... :)

EKSKLUSIF ep. Amar Ma'ruf Nahi Mungkar part1

Panorama TV1 - Siapa Pekida ?

EKSKLUSIF ep. Amar Ma'ruf Nahi Mungkar part2