Catatan Popular

Selasa, 28 Februari 2012

RUMAHTANGGA KU, SYURGA KU ...




SESEORANG lelaki dikatakan lengkap beragama dalam aspek kesempurnaan ibadahnya apabila hidupnya didampingi seorang wanita bergelar isteri.
Semua makhluk di atas muka bumi inginkan keseronokan dan kegembiraan hidup berpasangan dan beranak pinak terutama manusia yang memperolehinya melalui hasil ikatan suci pernikahan.
Situasi ini tidak begitu jauh bezanya dengan kita semua jika dibandingkan penghulu segala nabi dan rasul kita Nabi Muhammad SAW yang juga memiliki sebuah keluarga seperti mana insan lain.
Walau pun sesetengah pihak menyatakan cara dan bentuk penyatuan atas nama pernikahan antara Nabi Muhammad SAW dan Saidatina Khadijah binti Khuwailid sedikit menongkah 'uruf(amalan kebiasaan) atau adat di mana menurut Thobaqot Ibnu Sa'ad bahawa Saidatina Khadijah, seorang tokoh korporat wanita terkaya di Kota Mekah pada waktu itu memberanikan diri meminang Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan suaminya.
Paparan sejarah itu bukanlah suatu 'kesilapan'. Allah SWT yang mengaturkannya. Namun, ia menunjukkan bahawa adalah salah satu jalan yang lebih telus dalam menjunjung tinggi tatasusila bersadurkan panduan Ilahi.
Terlalu sarat dengan pengajaran untuk kita memetik paparan kehidupan rumahtangga Nabi Muhammad SAW dengan Saidatina Khadijah.
Bermula daripada nabi beruzlah (mengasingkan diri dalam beribadah) di dalam Gua Hira' yang akhirnya menerima wahyu pertama daripada Allah SWT menerusi malaikat Jibril a.s dengan penganugerahan surah pertama al-Qalam yang bermula dengan perintah Allah SWT bacalah - Iqra.
Maka bermulanya pengalaman baru ke atas diri baginda yang ketakutan dan resah gelisah. Sekembalinya ke rumah, baginda berbaring di tempat tidur dan meminta agar diselimuti. Dalam pada itu juga suhu badan baginda meningkat agak tinggi.
Baginda yang berada dalam keadaan ketakutan dan gementar ditenangkan Saidatina Khadijah dengan katanya: "Demi Allah, Allah tidak akan menyusahkan dirimu selama-lamanya.
"Bergembira dan teguhkanlah hatimu. Sesungguhnya engkau seorang yang suka menyambung tali persaudaraan, suka menanggung beban orang (yang kurang bernasib baik), menghormati tetamu, memberikan sesuatu kepada orang yang tidak mampu, bercakap benar dan memberikan bantuan kepada mereka yang ditimpa bencana."
Kehebatan seorang isteri pada diri Saidatina Khadijah begitu tinggi dengan timbulnya rasa kerisauan lalu dirawatnya baginda SAW.
Sejurus diceritakan segala detik yang dialami oleh nabi kepada permaisuri hatinya maka dengan kata-kata lemah lembut dan manis itulah yang membuatkan hati baginda tenang. Perasaan takut yang di raut wajah nabi hilang berganti cerah dan terang.
Seterusnya, dengan tidak ada sebarang keraguan di hati Saidatina Khadijah menerima Islam.
Saidatina Khadijah mengucapkan selamat buat suaminya kerana telah dinaikkan darjat yang tertinggi untuk membawa rahmat ke seluruh alam.
Lantas dengan peristiwa itu, isteri nabi adalah orang yang pertama memeluk agama baru itu. Begitulah kehebatan Saidatina Khadijah yang datang daripada golongan Quraisy Abdul Uzza yang menduduki tempat terhormat sebagai permaisuri hati pertama Rasulullah SAW memiliki keluhuran dan keunggulan peribadi bahkan beliau juga mempunyai nama jolokan masyarakat Mekah pada waktu itu iaitu Thohirah.
Sesungguhnya , insan pilihan Allah bernama Nabi Muhammad terlalu bertuah memiliki seorang permaisuri hati yang sentiasa tenang dan berupaya menenangkan jiwa baginda sewaktu menghadapi pelbagai tribulasi daripada Allah.
Maka, tidak hairanlah Saidatina Khadijah seorang wanita berhati waja yang diberi gelar Ummul Mukminin (ibu bagi orang mukmin) yang merupakan penyokong kuat usaha Rasulullah SAW dalam memantapkan usaha-usaha dakwah.
Beliau bukan sahaja sanggup mengorbankan hartanya, bahkan perasaannya semata-mata ingin memastikan kejayaan terhadap usaha dan perjuangan baginda.
Andai dalam kehidupan kita sebagai umat nabi memiliki insan istimewa seperti itu, maka tiada sebab untuk tidak berhasil mencapai status rumahku syurgaku'.
Biar pun secara fiziklnya , Saidatina Khadijah tidak menerima sebarang ancaman daripada golongan kuffar dan musyrikin, namun sebagai seorang isteri yang sentiasa taat dan setia bersama suami tercinta , beliau turut merasai tempias penderitaan dalam menyampaikan kebenaran agama Allah.
Rasulullah terus dibajai semangat kerana insan teristimewa dalam hidup baginda bertindak menjadi pendukung kuat bersamanya.
Contohnya, semasa tempoh mendepani mehnah (ujian) getir dalam peristiwa pemulauan oleh kafir musyrikin terhadap kabilah Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib yang mengambil masa selama tiga tahun.
Pengorbanan insan hebat itu menjadikan Rasulullah SAW sentiasa melangkah gagah dalam meninggikan syiar Islam. Semua itu bukan perkara mudah sehinggakan beliau sanggup melepaskan segala bentuk harta dan kemewahan demi mutiara keimanan kepada Allah SWT dan suaminya yang merupakan kekasih pilihan Allah.
Betapa kasih dan cintanya nabi kepada permaisuri hatinya setelah Saidatina Khadijah pergi mengadap Allah SWT ke alam baqa amat jelas terpapar. Kerana diriwayatkan pada suatu hari Khaulah binti Hakim bertanyakan kepada baginda: "Wahai Rasulullah, apakah tuan kesepian setelah berpisah dengan Saidatina Khadijah?
Rasulullah SAW lantas menjawab katanya: "Ya... Demi Allah,Khadijah itu seorang pentadbir dan suri rumah yang baik."
Memang benar sejurus kemudian, baginda mengahwini Saidatina Sa'udah binti Zum'ah dan juga Saidatina Aisyah binti Abu Bakar As-Siddiq.
Namun, perasaan kasih dan cinta nabi yang menebal terhadap permaisuri hati pertamanya menimbulkan perasaan cemburu di hati Saidatina 'Aisyah.
Akhlak mulia
Kehebatan akhlak mulia Saidatina Khadijah bukan sahaja diabadikan oleh nabi bahkan beliau juga dipandang tinggi oleh Allah SWT.
Sewaktu hayat Saidatina Khadijah, diriwayatkan bahawa Allah SWT telah menyampaikan salam-Nya kepada beliau melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s yang disampaikan kepada suaminya nabi Muhammad SAW.
Kesimpulannya, itu bukti betapa besarnya bukan sahaja cinta dan kasih sayang Rasulullah SAW kepada isteri baginda, malahan dengan pengorbanan secara kulli (keseluruhan) yang disumbangkan dalam menyebarkan Islam.
Ia dibuktikan dengan Ibnu 'Abbas menceritakan bagaimana Saidatina Khadijah daripada sudut pandang Rasulullah SAW.
Justeru , diriwayatkan pada suatu hari Rasulullah SAW membuat satu garisan di atas tanah.
Maka baginda pun bertanya kepada para sahabat: "Adakah kamu sekelian mengetahui tentang garisan ini?
Para sahabat menjawab: " Allah SWT dan rasul-Nya lebih mengetahui."
Lalu baginda bersabda: "Sebaik-baik wanita di dunia ini ada empat orang iaitu Maryam binti 'Imran , Asiah binti Muzahim (permaisuri Firaun) , Khadijah binti Khuwailid dan Fatimah binti Muhamad."

Jumaat, 24 Februari 2012

KEHEBATAN ILMU, KEBERANIAN SIBUTA




SIAPA tidak kenal dengan seorang sahabat yang sangat berani walaupun tidak boleh melihat? Beliau digelar Ibnu Ummi Maktum atau nama sebenarnya Abdullah bin Qais bin Zaidah bin Al-Asham.
Beliau anak daripada seorang ibu bernama ‘Atikah yang biasa dipanggil Ummi Maktum. Abdullah ibnu Ummi Maktum termasuk salah seorang yang mula memeluk Islam. 
Beliau juga antara tujuh orang yang berani menampakkan ke Islamannya di Makkah.
Beliau merasakan ajaran Islam menjadikan hatinya bersih, walaupun matanya tidak dapat melihat. 
Itu adalah nikmat besar yang dikurniakan Allah kepadanya. Abdullah ibnu Ummi Maktum memiliki ilmu dan adab istimewa yang dianugerahkan Allah kepadanya, menggantikan kebutaan matanya sebagai cahaya dalam pandangan dan pancaran hati. 
Beliau memang tidak dapat melihat, tetapi dapat melihat menggunakan mata hatinya. Hatinya dapat mengetahui apa yang tersembunyi.

Beliau berhijrah ke Madinah pada pasca perang Badar dan menjadi muazzin kedua Rasulullah s.a.w selepas Bilal bin Rabah.

Rasulullah menunjuk Abdullah ibnu Ummi Maktum sebagai penggantinya untuk mengimamkan solat umat Islam di Madinah ketika Rasulullah pergi ke medan perang.

Ibnu Ummi Maktum seorang sahabat Rasulullah yang mendapat teguran daripada Allah s.w.t. Satu hari beliau mendatangi Rasulullah untuk mempelajari al-Quran.

Ketika itu, Rasulullah sedang berbicara dengan tiga orang Quraisy, mengajak mereka memeluk Islam. Lalu Rasulullah berpaling muka terhadap Ibnu Ummi Maktum.

Kemudian turunlah firman Allah yang bermaksud: “Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling. Kerana Telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali dia ingin membersihkan dirinya (daripada dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya? Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup. Maka kamu melayaninya. Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau dia tidak membersihkan diri (beriman). Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran). Sedang ia takut kepada (Allah). Maka kamu mengabaikannya.” (Surah Al-a’la ayat 1-10).

Walaupun buta, Ibnu Ummi Maktum memiliki naluri yang sangat peka untuk mengetahui waktu. Setiap menjelang fajar, dengan perasaan jiwa yang segar dia keluar dari rumahnya, dengan bergantung pada tongkatnya atau lengan salah seorang Muslimin untuk mengumandangkan azan di masjid.

Beliau berganti-ganti azan dengan Bilal bin Rabah. Apabila Bilal mengambil giliran menjadi tukang azan, maka Abdullah ibnu Ummi Maktum yang iqamah.

Pada waktu fajar Bilal mengumandangkan azan untuk mengejutkan kaum Muslimin di sepertiga malamnya.

Sedangkan Abdullah ibnu Ummi Maktum mengumandangkan azan pada waktu Subuh.

Oleh kerana itu, Rasulullah menetapkan azan Abdullah ibnu Ummi Maktum sebagai sandaran habisnya waktu sahur.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Makan dan minumlah kalian hingga Ibnu Ummi Maktum mengumandangkan azan...”

Abdullah ibnu Ummi Maktum adalah orang yang sangat mulia kerana dua wahyu yang diturunkan Allah berkaitan dengan beliau.

Yang pertama adalah teguran terhadap Rasulullah yang ada dalam surat ‘Abasa dan yang kedua mengenai ketentuan berperang bagi orang yang mampu dan berhalangan dalam berperang.

Beliau memiliki hasrat yang besar untuk ikut berperang di jalan Allah walaupun matanya buta. Imam bukhari mengatakan dalam tafsir Ibnu Katsir juz 5 ketika turun firman Allah surat An-Nisaa’ ayat 95 yang bermaksud: “Tidaklah sama antara orang yang beriman yang duduk (tidak ikut berperang)...”.

Rasulullah memanggil Zaid bin Tsabit untuk menulisnya. Kemudian datanglah Ibnu Ummi Maktum yang mengadukan mengenai keadaan dirinya yang tidak dapat melihat.

Kemudian turun firman Allah yang bermaksud: “Kecuali yang mempunyai uzur...”
Walaupun ayat itu sudah diturunkan, beliau masih tetap memiliki hasrat yang tinggi untuk syahid di jalan Allah.

Akhirnya Allah mendengar doa beliau untuk berjihad dan menjadi orang buta pertama mengikuti perang dalam sejarah Islam iaitu perang Al-Qadisiyah.

Ketika itu beliau membawa panji berwarna hitam sambil mengenakan perisai dan maju ke medan perang.

Abdullah ibnu Ummi Maktum adalah orang yang taat beribadah.

Buktinya, beliau tetap mentaati perintah Allah dan Rasulullah untuk solat berjemaah di masjid walaupun beliau tidak boleh melihat.

Berbeza dengan Muslim hari ini, walaupun diberi penglihatan yang sempurna oleh Allah namun mereka tidak pernah solat berjemaah di masjid.

Bukan saja tidak solat berjemaah di masjid, malah ada yang meninggalkan solat fardu. Kisah Ibnu Ummi Maktum memberi banyak pelajaran berharga kepada kita.

Beliau selalu bersyukur kepada Allah walaupun tidak diberi penglihatan. Berbeza dengan kita yang kadang-kadang mengeluh mata terlalu sepet atau terlalu besar.

Padahal kita masih diberi kesempatan daripada Allah untuk melihat dan menikmati keindahan alam menghijau.

Beliau juga tetap ingin ikut berperang walaupun matanya buta.

Semoga kita dapat meneladani sikap beliau yang tawaduk dan ketaatannya dalam beribadah. Paling penting adalah meneladani sikap beliau yang selalu bersyukur walaupun memiliki kekurangan.

Kenapa pula kita sering memperhatikan kekurangan dalam diri kita? Kekurangan yang sedikit lebih diperhatikan daripada kelebihan yang melimpah ruah.

Allah menciptakan segala sesuatu dengan sempurna dan sesuai dengan diri kita.
Hanya saja kita lebih sering ber-suuzhon (buruk sangka) kepada Allah daripada ber-husnuzhon (berbaik sangka).

Orang yang ditakdirkan Allah s.w.t tidak boleh melihat bukanlah orang yang paling menderita di dunia ini kerana boleh jadi Allah menyelamatkannya mereka dari melakukan maksiat mata apabila diberi penglihatan.

GOLONGAN JIN YANG BERIMAN




Menurut al-Biqaie surah yang lalu menerangkan tentang Nabi Nuh a.s. yang merupakan Rasul Allah yang pertama diutus kepada para penentang dan penyembah berhala.
Mereka menolak ajakan dan seruan sedangkan beliau salah seorang anggota masyarakat. Surah yang lalu diakhiri dengan doa Nabi Nuh a.s. ke atas mereka.
Nabi Muhammad SAW rasul yang terakhir dan kaum baginda mempunyai banyak persamaan dengan kaum Nabi Nuh. Ini disebabkan keagungan al-Quran dan ayat ini mengingatkan hal tersebut sambil mengisyaratkan kecaman kepada masyarakat Arab yang tidak menyambut ajakan beliau dan nabi yang menyampaikannya dari suku bangsa bahkan yang terdekat dengan mereka.
Sheikh Muhammad al-Hindi dalam kitabnya pada majlis yang ketujuh berkata: "Aku telah mengumpulkan ajaran yang dibawa oleh agama Islam dengan ajaran yang dibawa oleh penemuan moden, seperti ucapan mereka. Sesungguhnya setiap ilmu, kebaikan dan keburukan yang berlaku dalam hati itu ditimbulkan oleh roh yang mulia dan roh yang hina. Dalam hadis diungkapkan yang bermaksud di dalam hati itu ada dua kemahuan (kehendak). Kemahuan (kehendak) dari malaikat dan kemahuan (kehendak) dari syaitan.
Firman Allah SWT: Katakanlah (hai Muhammad): Telah diwahyukan kepadamu bahawasanya: Telah mendengarkan sekumpulan jin (akan al-Quran), lalu mereka berkata: Sesungguhnya kami telah mendengarkan al-Quran yang menakjubkan.
Ibnu Kathir berkata: "Allah SWT memerintahkan Rasulullah SAW memberitahu kepada umatnya, bahawa jin mendengar al-Quran, lalu mereka beriman, membenarkannya serta tunduk kepada Allah SWT."
Menurut Al-Maraghi, Allah SWT mengeluarkan perintah kepada rasul-Nya agar memberitahu kepada para sahabatnya tentang kisah-kisah jin yang diwahyukan kepadanya kerana ia mempunyai banyak faedah dan manfaat kepada manusia, antaranya:
* Sebagai makluman bahawa Nabi SAW itu diutus kepada bangsa manusia juga kepada bangsa jin.
* Sebagai makluman bahawa jin itu mendengar pembicaraan dan memahami bahasa kita.
* Sebagai makluman bahawa jin itu dibebankan dengan tanggungjawab (mukalaf) sama seperti manusia.
* Sebagai makluman bahawa jin yang beriman telah berdakwah kepada jin lain dari kabilahnya agar mengaku beriman.
* Supaya kaum Quraisy mengetahui bahawa jin itu asalnya bersikap derhaka ketika mendengar al-Quran dan apabila mengetahui kemukjizatannya jin itu beriman kepadanya.
Secara zahirnya, ayat ini menunjukkan betapa nabi mengetahui para jin yang mendengar wahyu yang diturunkan kepadanya, tetapi bukan melalui kesaksian mata.
Dalam Ensiklopedia Abad XX karya Muhammad Farid Wajdi dinyatakanmakhluk yang bersifat hawa (udara) atau api, berakal dapat dibentuk dan mempunyai kemampuan melaksanakan pekerjaan yang berat.
Sayyid Sabiq seorang ulama Mesir mendefinisi jin sebagai roh berakal, berkehendak, mukalaf (dibebani tugas keagamaan oleh Allah seperti manusia) tetapi tidak berbentuk materi, kasar dan mereka mempunyai kemampuan untuk tampil dalam pelbagai bentuk.
Firman Allah SWT: (yang) memberi petunjuk kepada jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya. Dan kami sekali-kali tidak akan mempersekutukan seseorangpun dengan Tuhan kami.
Menurut Al-Mawardi, ayat itu ada dua pendapat:
* Segala perkara yang mendapat petunjuk.
* Ke arah makrifatullah.
Ibnu Kathir berkata: "Iaitu jalan yang lurus."
Hamka berkata: "Inilah kesan pertama yang tinggal dalam diri mereka setelah mendengar al-Quran dibaca Nabi. Mula-mula mereka takjub, merasa hairan tercengang mendengar ayat itu dibaca".
Ini kerana isi kandungannya tidak ada jalan membantah dan menolak jika hatinya benar-benar bersih.
Firman Allah SWT: Dan bahawasanya Maha Tinggi kebesaran Tuhan kami, dia tidak beristeri dan tidak (pula) beranak.
Sebenarnya perkataan jaddu dalam ayat ini ada sepuluh tafsiran:
* Urusan tuhan kami seperti pendapat al-Suddi.
* Perbuatan tuhan kami seeperti pendapat Ibn Abbas.
* Peringatan tuhan kami seperti pendapat Mujahid.
* Kekayaan tuhan kami seperti pendapat Ikrimah.
* Ujian tuhan kami seperti pendapat al-Hasan.
* Kerajaan tuhan kami seperti pendapat Abu Ubaidah.
* Kemuliaan dan keagungan tuhan kami seperti pendapat Qatadah.
* Kenikmatan tuhan kami atas makhluk-Nya seperti pendapat al-Dahhak.
* Ketinggian tuhan kami seperti pendapat Sa'id bin Jubair.
* Mereka yang prihatin dengan datuk, iaitu bapa kepada ayah. Ini pendapat daripada ucapan jin kerana kejahilan.
Syed Qutub berkata: "Kata-kata al-jad bererti bahagian, habuan, kedudukan dan martabat iaitu kebesaran dan kekuasaan semuanya merupakan makna-makna yang terpancar dari kata-kata itu dan sesuai dengan tempatnya."
Maksud umum dari makna tersebut adalah mengungkapkan perasaan hati bahawa Allah SWT Yang Maha Tinggi dan Maha Agung yang suci dari mempunyai isteri dan anak-anak sama ada lelaki atau perempuan.

Khamis, 23 Februari 2012

Artikel ini adalah respon terkini mengenai dakwah Kristian.


Wajib Baca

Ridhuan Tee:- Kristian China/India Cukup Kurang Ajar.
Chinese Name: Tee Chuan Seng
Race: Chinese
Religion: Islam

Artikel ini adalah respon terkini mengenai dakwah Kristian. 
Segelintir pihak Kristian hari ini menjadi semakin berani. Desakan, tuntutan dan ugutan dikemukakan kepada kerajaan, walaupun bilangannya kurang daripada 10 peratus. Peluang keemasan ini dimanipulasikan sepenuhnya dalam keadaan umat Islam negara ini begitu tersepit dengan perpecahan yang melanda. Sebelum ini, mereka mendesak kerajaan menubuhkan kementerian hal ehwal bukan Islam. Tindakan ini begitu mencabar kesucian Islam dan mengundang bahaya kepada kedudukan agama Islam selaku agama majoriti dan agama persekutuan jika dibenarkan. 

Kebetulan pula, seorang kawan baik saya berketurunan India, beragama Kristian, bersimpati dengan Islam, menelefon saya baru-baru ini. Beliau yang mengajar di salah sebuah sekolah kebangsaan di Kuala Lumpur, mengadukan kepada saya mengenai seorang murid Melayu darjah satu yang diajar oleh guru tuisyen Kristian berbangsa Cina mengenai Kristian dan menghafal lagu-lagu Kristian. Saya mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh murid tersebut dengan teliti melalui telefon bimbit guru tersebut yang diserahkan kepadanya. Ternyata, anak kecil yang masih mentah dan tidak berdosa ini telah dicorakkan oleh guru Kristian tersebut melalui kelas tuisyen.

Tindakan guru tuisyen benar-benar keterlaluan dan amat kurang ajar. Saya amat mengharapkan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas sebelum nasi menjadi bubur. Cukuplah dengan beberapa orang yang telah dimurtadkan secara berani seperti Aishah Bukhari, Azlina Jailani dan sebagainya. Ramai lagi sebenarnya yang menjadi mangsa, ini tidak termasuk yang masih belum dibuktikan. Hakikatnya, perancangan Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai syurga gerakan dakwah mereka memang tidak dapat dinafikan. Ianya bermula sejak mereka di bangku sekolah. Berhati-hatilah dengan guru-guru dan paderi-paderi musang berbulu ayam ini. Mereka akan menggunakan segala platform yang ada, atas nama pertubuhan, kelas tuisyen dan apa jua ruang dan peluang. Tindakan mereka begitu jelas bercanggah dengan perlembagaan persekutuan. Apakah kita masih mahu terus berdiam diri dan bersangka baik?


Berita terbaru mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, di Petaling Jaya kerana terdapat bukti wujudnya percubaan memurtadkan umat Islam di negeri ini langsung tidak mengejutkan saya. Saya amat yakin perancangan jahat ini memang telah lama berlaku. Jika tidak percaya tanya exco Kristian dalam kerajaan negeri Selangor. Cuma dia pura-pura tidak tahu apabila ditanya. Begitu juga paderi-paderi yang terlibat. Ibarat lontar batu sembunyi tangan. Mereka akan cari seribu satu alasan untuk menunjukkan bahawa mereka tidak bersalah. Malangnya kita terlalu berlembut kerana takut undi lari dan kalah dalam pilihan raya. Sedangkan mereka begitu bersatu tanpa berbelah bahagi mempertahankan tindakan mereka.

Kita selalu bertindak menjaga kepentingan jangka pendek, melupakan kepentingan jangka panjang. Jika beginilah cara kita berpolitik, saya amat bimbang semakin ramai orang Melayu akan menjadi Kristian suatu masa nanti. Jangan perjudikan masa depan Islam, buruk padahnya. Gunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Lindungilah Islam sebelum terlambat.

Saya amat mengharapkan kita tidak akan tunduk kepada penafian mereka, seolah-olah mereka tidak bersalah. Mereka mesti disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan. Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Ikut saya, peruntukan ini terlalu ringan, undang-undang ini perlu dihalusi lagi untuk diberatkan lagi hukumannya.

Walaupun pihak Kristian menafikan tindakan mereka dengan mengatakan bahawa majlis makan malam diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti (NGO Kristian), bertujuan menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan. Semua itu adalah alasan sahaja. Mereka mahu berselindung di sebalik kerja-kerja amal. Dua puluh tujuh tahun dahulu, ketika saya menganut agama Kristian, helah ini juga digunakan untuk mengKristian pelajar-pelajar di asrama. Saya tahu perancangan licik mereka.

Saya memohon kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya campurtangan dan menjaga kesucian agama Islam daripada perancangan licik segelintir paderi-paderi Kristian ultra kiasu ini sebelum nasi menjadi bubur.

Jika kita mahu pastikan negara-negara Melayu Islam tidak tercemar lagi, seperti pencemaran yang telah mereka lakukan di Singapura dan Indonesia, tidak ada cara lain, selain bertindak tegas menggunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Jangan berlengah lagi. Tindakan perlu diambil terhadap golongan lempar batu sembunyi tangan.

Saya yakin ibu bapa murid tersebut tidak tahu menahu akan perkara tersebut. Jika ibu bapa murid tersebut tahupun, mereka tidak akan mensensasikan isu tersebut. Inilah sifat orang Melayu yang kadangkala meresahkan saya. Kepala sudah dipijak-pijak tetapi masih terus berlembut.

Berbeza sekali dengan sikap agresif ultra kiasu menangani iklan Ramadan TV8 yang dikatakan rasis. Bila hak mereka tercuit sedikit, heboh satu dunia seolah-olah negara bertuah ini begitu zalim terhadap mereka.Saya berulang kali menonton iklan tersebut melalui sebuah laman web. Saya tidak nampak di mana rasis sebagaimana yang didakwa. Tema sekadar menghormati agama sensitiviti umat Islam. Ia tidak ada kaitan sama ada iman kita lemah atau kuat. Takkan sekian lama hidup di negara bertuah ini masih tidak tahu atau tidak faham sensitiviti umat Islam? Apa erti agama Islam sebagai agama persekutuan jika tidak difahami dan dihormati.

Niat iklan tersebut adalah baik. Tetapi telah dimanupulasikan dan disensasikan. Beradab dan bersopan, adalah tuntutan semua agama. Menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara, adalah wajar terutama di bulan Ramadan. Adalah kurang adab jika kita makan di khalayak ketika umat Islam sedang berpuasa, atau sengaja memakai pakaian yang tidak senonoh, yang ditentang oleh semua agama.

Sama seperti mengunjungi majlis kematian orang bukan Islam. Adalah tidak manis jika umat Islam datang dengan pakaian berwarna merah. Saya yakin jika ada umat Islam datang dengan berbaju merah ketika majlis kematian, sudah tentu akan heboh 1Malaysia. Ini yang dikatakan bila kita lakukan sesuatu dikatakan rasis, tidak sensitif, tidak menghormati hak orang Islam.

Bila mereka yang melakukannya itu dikatakan sebagai hak. Ini bukan bermakna agama lain tidak perlu dihormati. Namun, oleh kerana agama Islam adalah agama majoriti dan agama rasmi pula, saya fikir tidak salah jika bukan Islam memberikan sedikit penghormatan. Memang secara peribadi tidak teruja langsung orang makan di depan saya atau mahu telanjang sekalipun ketika berpuasa, nak muntah ada, tetapi kita bercakap soal adab sopan dan sensitiviti.

Siapa yang akan mempertahankan kesucian agama Islam jika bukan kita. Janganlah menggantung harapan bahawa orang lain akan mempertahankan kita. Bila hak ita diambil itu dikatakan hak, bila hak mereka diambil, itu dikatakan rasis dan tidak adil. Licik sungguh politik dan strategi mereka. Apakah ini bukan ultra kiasu namanya? Apabila kerajaan melarang menggunakan nama Allah, menahan Al-Kitab (bible) dalam bahasa Melayu untuk diedarkan, maka berkokoklah mereka dengan mengatakan itu hak mereka. Namun, apabila kita melarang mereka menyebarkan agama Islam kepada orang Melayu kerana bertentangan dengan perlembagaan, maka mereka mencari seribu satu alasan untuk menjustifikasikan tindakan biadab ini.

Bila kita kemukakan bukti nanti, mereka akan canangkan kepada dunia, Malaysia tidak ada kebebasan beragama. Maka gagasan 1Malaysia akan dijadikan hujah untuk mempertahankan tindakan mereka. Malangnya sungguh gagasan ini, sengaja dimanipulasi untuk menghalalkan tindakan mereka. Akhirnya, kita salah, mereka yang betul.

Tidak kurang juga banyak iklan-iklan mengenai perlakuan negatif realiti orang melayu seperti merempit, menagih dadah dan pelbagai lagi, tetapi orang Melayu tidak pernah melompat seperti ultra kiasu ini. Bila kena pada mereka semuanya sensitif, namun bila kena pada kita sebagai umat Islam, mereka senyap sahaja dan kalangan mereka bertepuk tangan.

Rabu, 22 Februari 2012

Uthman diutus berbincang dengan Quraisy





APABILA kalangan para pemimpin Quraisy cenderung berdamai dengan rombongan umrah dan haji dari Madinah itu, kalangan para pemuda Quraisy pula lebih bersemangat menyerang rombongan tersebut.
Mereka membuat keputusan menyerang pada waktu malam dengan menyelinap masuk ke perkhemahan rombongan umat Islam itu.
Maka pada suatu malam seramai 70 pemuda Quraisy turun dari Bukit Tanaim dan cuba masuk dalam perkhemahan umat Islam di saat ahli rombongan itu sedang berehat dan ada yang telah pun tidur. Mereka benar-benar nekad menyerang umat Islam.
Tetapi kehadiran mereka disedari oleh seorang sahabat Rasulullah SAW, Muhammad bin Salamah yang diamanahkan sebagai Ketua Pengawal kepada rombongan tersebut.
Cubaan mereka berjaya dihalang dan kesemua mereka berjaya ditahan. Maka terselamatlah umat Islam dalam cubaan yang merbahaya itu.
Namun didorong kemahuan Rasulullah untuk berdamai, baginda kemudiannya membebas dan memaafkan perbuatan para pemuda Quraisy itu.
Lalu baginda kemudiannya bercadang menghantar seorang duta atau wakil untuk memberitahu mereka akan tujuan sebenar kedatangan rombongan dari Madinah ini.
Sahabat besar, Omar Al Khattab pun dilantik oleh baginda untuk tujuan tersebut.
Tetapi Omar menolak permintaan baginda itu, katanya: "Wahai Rasulullah, di Mekah itu tidak ada seorang pun dari suku Bani Kaab yang akan mempertahankan aku jika aku diganggu.
"Kenapa tidak dihantar sahaja Uthman bin Affan untuk menemui kaum Quraisy itu kerana kaum kerabatnya masih ramai ada di Mekah itu dan tentu ini memudahkan kita untuk menyampaikan maksud kehadiran kita dan tidak akan ada sesiapa yang berani untuk menganggu Uthman kerana ramai yang akan mempertahankannya nanti."
Rasulullah lantas setuju dan Uthman pun dipanggil dan tentu sahaja sahabat Rasulullah bersetuju untuk menjadi wakil dan masuk seorang diri ke Mekah dan menemui para pembesar Quraisy itu.
Rasulullah juga ada meminta Uthman agar menemui beberapa penduduk Mekah yang telah beriman kepada Allah dan rasul-Nya dan khabarkan kepada mereka bahawa kemenangan di pihak Islam adalah semakin hampir.
Mereka tidak perlu merahsiakan lagi agama Islam yang mereka anuti. Malah agama Islam akan bebas diamalkan tanpa sesiapa dapat menghalangnya lagi.
Uthman pun berjalan menuju ke pintu Kota Mekah dan setelah bertemu dengan orang Quraisy, Uthman pun menyatakan tujuan kehadirannya dan beliau kemudiannya dibawa masuk bertemu para pembesar Quraisy dengan menaiki seekor kuda yang diberi sendiri oleh orang Quraisy itu.
Beliau turut diiring masuk bagi menjamin keselamatannya sehingga tiba di hadapan Kaabah dan Uthman mendapat tawaran untuk melakukan tawaf di Baitullah. Namun Uthman menolak pelawaan itu kerana beliau enggan untuk melakukannya selagi tidak bersama-sama dengan Rasulullah dan ahli rombongan yang lain.
Uthman kemudiannya menyatakan tujuan kedatangannya kepada para pembesar Quraisy tersebut. Beliau kemudiannya terpaksa menunggu lama bagi mendapatkan hasil perbincangan pembesar itu setelah mendengar sendiri akan pesanan dari Rasulullah melalui wakilnya itu.
Akibat terlalu lama Uthman berada di dalam Kota Mekaah seolah-olah seperti ditahan akhirnya tersebar berita yang mengatakan bahawa sahabat besar dan menantu kepada baginda ini telah dibunuh.
Berita itu sampai ke pengetahuan baginda dan tentu sahaja jika benar Uthman dibunuh maka kematiannya mesti dibela.
Lalu baginda pun memanggil para sahabat yang lain dan meminta mereka supaya berjanji untuk sama-sama membela kematian Uthman.
Tentu sahaja seluruh sahabat dan ahli rombongan setuju untuk berbaiah malah sanggup mati demi membela kematian Uthman itu.
Baiah ini dilakukan di bawah sepohon pokok yang dikenali sebagai Baiah Al Ridwan atau Baiah Syajarah (pokok) yang ada disebutkan dalam Al Quran, firman Allah yang bermaksud: Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahui-Nya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya. (al-Fath: 18)
Mendengarkan adanya sumpah setia atau baiah yang seperti itu maka dengan segera Uthman pun 'dibebaskan' oleh pihak kafir Quraisy bagi mengelakkan berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini.
Ini kerana mereka tidak mahu berlaku lagi sebarang pertempuran yang akan merugikan kedua-dua belah pihak.
Tidak lama kemudian, Uthman pun muncul dalam keadaan yang selamat dan memberitahu bahawa pihak Quraisy akan menghantar wakil mereka pula untuk berbincang dengan Rasulullah.

Ahad, 19 Februari 2012

The Power of "We": Verify Your WAZZUB Membership NOW!

The Power of "We": Verify Your WAZZUB Membership NOW!: How to Verify Your WAZZ UB Membership When You Received No Verification Email If You are Already a Verified Member, Please go to ...

Khamis, 16 Februari 2012

KELEBIHAN-KELEBIHAN AGAMA ISLAM

KELEBIHAN-KELEBIHAN AGAMA ISLAM
Firman Allah Taala, maksudnya: " .. dan aku telah redhakan Islam menjadi agama untuk kamu .. (3, Al-Maidah).

Hadis Kesepuluh
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا أَسْلَمَ الْعَبْدُ فَحَسُنَ إِسْلَامُهُ يُكَفِّرُ اللَّهُ عَنْهُ كُلَّ سَيِّئَةٍ كَانَ زَلَفَهَا وَكَانَ بَعْدَ ذَلِكَ الْقِصَاصُ الْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ وَالسَّيِّئَةُ بِمِثْلِهَا إِلَّا أَنْ يَتَجَاوَزَ اللَّهُ عَنْهَا. (البخاري)
10 - Dari Abi Sa'id Al-Khudri ra., bahawa ia telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila seseorang itu memeluk Islam, lalu ia mengerjakan amal-amal yang membuktikan keislamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas), Allah akan mengampunkan tiap-tiap kejahatan yang telah dilakukannya dahulu (sebelum Islam) dan sesudah itu dijalankanlah balasan (bagi segala amalnya) - tiap-tiap satu kebaikan (akan dibalas) dengan sepuluh kali gandanya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan (akan dibalas) dengan satu kejahatan yang menyamainya, kecuali jika Allah mengampunkannya."

(Bukhari)

Hadis yang kesepuluh ini mengandungi:

(1) Setiap orang yang masuk Islam dengan sebenar-benarnya akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

(2) Sesudah ia masuk Islam, baharulah ia akan diberi balasan menurut ketetapan yang tertentu.

(3) Balasan orang yang berdosa, terserah kepada Allah. 

Huraiannya:

Pertama - Soal orang kafir masuk Islam:
Tiap-tiap perbuatan yang dikerjakan dan kepercayaan yang dii'tikadkan oleh seseorang tetap dikira baik dan buruknya, atau pahala dan dosanya.

Tetapi orang kafir apabila masuk Islam, maka segala bawaannya meliputi perbuatan dan kepercayaan yang dilakukannya sebelum itu diampunkan dan bersihlah ia dari menanggung sebarang dosa. 

Kedua - Balasan amalnya yang dilakukan setelah memeluk Islam: 
Sesudah itu dijalankan semula hitungan tentang kepercayaan dan amal-amal yang dilakukannya, juga tentang dosa dan pahalanya, iaitu tiap-tiap satu amal kebajikan yang dikerjakannya apakala sempurna syaratnya diberi balasan sepuluh kali ganda hingga tujuh ratus kali ganda, menurut kesempurnaan amal-amal itu dan keikhlasan orang yang mengerjakannya.

Sebaliknya tiap-tiap satu amal kejahatannya - jika dikehendaki Allah - dibalas dengan hanya satu kejahatan yang sama dengannya.

Ketiga - Balasan orang yang berdosa: 
Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menerangkan satu hakikat bahawa orang yang melakukan dosa tak boleh ditentukan balasan buruknya, kerana hal itu terserah kepada Allah Azza wa jalla. 

Oleh yang demikian, tidak harus bagi seseorang menentukan balasan buruk kepada orang yang mati dalam maksiat. 

Dengan ini tertolaklah pegangan puak yang menetapkan balasan neraka kepada orang yang melakukan dosa besar dan pegangan puak yang mengatakan bahawa orang yang berdosa besar, terkeluar dan Islam; juga tertolaknya kepercayaan puak yang menetapkan bahawa orang yang berdosa besar itu kekal dalam neraka. 

Hadis Kesebelas
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَحْسَنَ أَحَدُكُمْ إِسْلَامَهُ فَكُلُّ حَسَنَةٍ يَعْمَلُهَا تُكْتَبُ لَهُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ وَكُلُّ سَيِّئَةٍ يَعْمَلُهَا تُكْتَبُ لَهُ بِمِثْلِهَا. (البخاري)
11 - Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila salah seorang dari kamu mengerjakan amal-amal yang membuktikan keIslamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas), maka tiap-tiap kebaikan yang dikerjakannya akan ditulis baginya sepuluh kebaikan yang menyamainya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan yang dilakukannya akan ditulis baginya (satu kejahatan) yang menyamainya."

(Bukhari)

Hadis yang kesebelas ini mengandungi tentang:

Nilaian Islam terhadap kebajikan dan kejahatan: 
Huraiannya:

Islam memang ada kelebihannya dengan sifatnya agama yang sah di sisi Allah. Di antara kelebihan-kelebihan Islam ialah tiap-tiap satu amal yang baik diberi balasan sekurang-kurangnya dengan sepuluh kali ganda. Kelebihan ini tidak dapat dicapai dengan pengakuan mulut semata-mata, atau dengan sebab keturunan Islam sahaja, tetapi dicapai hanya dengan amal-amal yang baik, yang sempurna lagi ikhlas untuk beroleh keredhaan Allah `Azza wa Jalla.

Bagi orang yang baru masuk Islam, sebagaimana yang diterangkan perihalnya dalam hadis yang kesepuluh, hendaklah - selain daripada tetapnya mematuhi Islam - masuknya dengan tujuan mencari keredhaan Allah semata-mata, bukan kerana tujuan yang lain.

Bagi orang-orang yang berketurunan Islam pula, hendaklah mereka tetap mematuhi Islam, dan mengerjakan ajaran-ajaran Islam dengan sempurna dan ikhlas! Dengan yang demikian baharulah Islamnya itu dinilai oleh Allah Taala dan diberi balasan yang berganda-ganda.

Hadis Kedua Belas
عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ شَهِدَ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ وَأَنَّ عِيسَى عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلَى مَرْيَمَ وَرُوحٌ مِنْهُ وَالْجَنَّةُ حَقٌّ وَالنَّارُ حَقٌّ أَدْخَلَهُ اللَّهُ الْجَنَّةَ عَلَى مَا كَانَ مِنْ الْعَمَلِ. (البخاري ومسلم)
12 - Dari Ubadah bin As-Samit r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang meyakini serta menerangkan kebenaran bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah hambaNya dan RasulNya dan bahawa sesungguhnya Nabi Isa ialah hamba Allah dan anak hambaNya (Mariam) serta RasulNya dan (Nabi Isa juga ialah "Kalimah Allah"(1) yang telah disampaikan kepada Maryam dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya(2) dan (bahawa) Syurga (yang dijanjikan) itu benar dan Neraka (yang dijanjikan) itu benar, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam Syurga dengan apa sahaja keadaan amalnya."

(Bukhari dan Muslim)

__________________________
(1) "Kalimah Allah" yakni Nabi Isa (a.s.) dijadikan oleh Allah Taala tidak berbapa, hanya dengan kalimah "Kun" ertinya: "Jadilah engkau" maka menjadilah ia.

(2) Yakni bahawa Nabi Isa (a.s.) dikandungkan oleh ibunya: Siti Maryam yang masih gadis hanya dengan tiupan "Roh Al-Qudus" (Malaikat Jibril) yang datang kepadanya dengan perintah Allah `Azza Wa Jalla, meniupkan benih ke dalam rahimnya.

Kandungan hadis yang kedua belas ini menerangkan: 

(1) Keyakinan dan penerangan yang dengannya seseorang tetap dimasukkan ke dalam Syurga. 

(2) Islam menentang fahaman-fahaman sesat. 

Huraiannya:

Pertama - Keyakinan dan Penerangan: 
Untuk mendapat balasan baik dari Allah s.w.t. dan perlindungan dari azabNya, maka tak dapat tidak seseorang itu mestilah melafazkan kalimah syahadat iaitu menerangkan keyakinannya tentang keesaan Allah, kerasulan Nabi Muhammad s.a.w dan menerangkan keyakinannya bahawa Nabi Isa (a.s.): Hamba Allah dan RasulNya, juga menerangkan keyakinannya tentang adanya balasan Syurga dan Neraka. 

Maka sesiapa mati dengan berpegang teguh kepada i'tikad yang demikian nescaya tetaplah ia menjadi ahli Syurga. Dalam pada itu kalaulah ia seorang yang mengerjakan perkara-perkara yang diwajibkan dan menjauhkan diri dari segala yang diharamkan, maka ia akan terus masuk Syurga; kalau tidak maka perkaranya terserah kepada Allah - jika Allah kehendaki diazabkannya menurut dosa-dosa dan kecuaiannya, kemudian dimasukkan dia ke dalam Syurga dan jika Allah kehendaki diampunkannya dan dimasukkan dia ke dalam Syurga.

Kedua - Menentang fahaman Sesat: 
Hadis Rasulullah s.a.w. ini menerangkan asas kepercayaan Islam yang menolak bulat-bulat kepercayaan dan fahaman:

(1) Orang-orang Kristian yang mengatakan kononnya Nabi Isa anak Tuhan. 

(2) Orang-orang Yahudi yang mengingkari kerasulan Nabi Isa. 

(3) Puak-puak yang mengatakan tidak ada Syurga dan Neraka.

PANDUAN BAHTERA KASIH NABI




HIDUP berpasangan sebagai suami isteri mudah untuk tercipta dan terbina namun pengendalian dan penyelenggaraannya yang berteraskan paksi keagamaan akan menjadi satu faktor penentu kepada kejayaan dan kebahagiaan.
Pepatah Melayu juga pernah menukilkan "sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri".
Sesuatu yang tidak dapat kita sangkal bahawa pada era kini walau pun tidak semua masalah dan konflik yang timbul dalam pelayaran bahtera rumahtangga dianggap sebagai masalah dan konflik kekal yang rata-ratanya berkesudahan dengan perpisahan dan perceraian.
Sepatutnya, setiap permasalahan yang terjadi bukannya dengan cara melarikan diri atau mengelak. Sebaliknya, ia wajar dihadapi dengan penuh hikmah yang akhirnya menatijahkan penyelesaian kukuh (constructive solution) dan bukan sebaliknya iaitu penyelesaian yang meruntuhkan (destructive solution).
Kehidupan berumahtangga sudah pastinya menuntut setiap pasangan sama ada suami atau isteri mempunyai ilmu pengetahuan dalam hal ehwal kehidupan suami isteri.
Ini kerana dengan ilmu pengetahuan yang ditambah saduran pengalaman hidup akan menjadi pedoman dalam melayari bahtera perkahwinan yang saban waktu tidak terlepas daripada ujian dan dugaan.
Ternyata apa yang berlaku kepada kebanyakan pasangan-pasangan yang berkahwin terutama golongan muda meletakkan 'ilmu kamar di tidur' sebagai keutamaan.
Ini secara tidak langsung memaparkan bahawa pernikahan yang terjalin tidak lebih berkisar kepada elemen-elemen tersebut.
Perjalanan hidup dalam menempuhi alam berumahtangga akan menjadi lebih indah sekiranya setiap pasangan tidak 'menjarakkan' diri dengan panduan agama Islam yang meletakkan Nabi Muhammad SAW sebagai ikon atau petunjuk prestasi tinggi dalam segenap aspek.
Mengambil kira keadaan sedemikian , kehidupan berumahtangga pasti akan membuahkan keserasian sekiranya metod pembinaan dan pembangunannya juga bersandarkan kepada teladan yang telah digariskan oleh baginda.
Sebagai contohnya, dalam soal pemilihan pasangan, baginda jelas menyarankan kepada umatnya menerusi hadis yang bermaksud: Seseorang perempuan dikahwini kerana empat perkara, iaitu kerana harta, keturunan, kecantikan atau agamanya. Maka, pilihlah perempuan yang beragama kerana kamu memerlukannya. (riwayat al-Bukhari no. 4802 dan Muslim no. 1466)
Oleh yang demikian, baginda telah menggariskan faktor agama sahaja yang menjadi benteng kukuh dalam pemilihan pasangan berbanding faktor yang lain.
Oleh yang demikian, tidak menjadi masalah jika pihak wanita menjadikan faktor utama iaitu agama - walau pun dalam hadis ini tidak dinyatakan - untuk ia terpakai bagi asas pemilihan bakal suami kepada seseorang wanita.
Dalam riwayat yang lain, baginda bersabda yang bermaksud: "Apabila seseorang yang kamu redai agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia. Jika kamu tidak mengahwinkannya, nescaya akan berlaku fitnah dan berleluasanya kerosakan di muka bumi." (riwayat al-Tirmizi no. 1084).
Konflik dan pergolakan
Apabila adanya benteng agama dalam diri setiap pasangan suami isteri maka ia akan menjadi satu pasport besar bagi menjamin kelangsungan dan kebahagiaan dalam berumahtangga.
Pada kebiasaannya, Allah SWT Maha Adil dalam 'meregukan' pasangan suami isteri iaitu lelaki yang soleh dengan wanita solehah dan sebaliknya.
Ini kerana isteri yang solehah adalah isteri yang tunduk dan patuh kepada Allah dan kepada suaminya.
Bahkan dalam sebuah hadis ada disebutkan begitu besar tanggungjawab isteri terhadap suami, Rasulullah SAW pernah bersabda jika Allah mengizinkan seseorang menyembah orang lain, maka akan saya suruh seorang isteri menyembah suaminya.
Dalam hadis yang lain juga disebutkan seorang isteri tidak akan dapat mencium bau syurga jika dia meminta cerai kepada suaminya tanpa alasan yang jelas mengikut syarak.
Sememangnya sudah menjadi lumrah kehidupan tetapi ia juga sering terjadi timbulnya konflik dan pergolakan disebabkan oleh onar sebelah pihak iaitu mungkin suami atau isteri atau kedua-duanya iaitu suami dan isteri dengan istilah paling popular main kayu tiga.
Merujuk kepada isu ini sebagai contoh, seringkali cinta pertama setiap pasangan mungkin bukan dengan suami yang diijabkabulkan.
Namun apabila bisikan cinta pertama dengan 'buah hati' lama telah menusuk ke hati sama ada suami atau isteri ia bakal mencetuskan satu 'tsunami cinta' dalam mana-mana rumah tangga sekali pun.
Keadaan sedemikian sering juga membawa kepada tuntutan jelas pihak sebagai contohnya isteri agar diceraikan oleh suaminya dek memburu cinta 'kekasih lama.'
Sesungguhnya hal sedemikian bergegarnya tiang 'arasy bahkan mendapat kutukan Allah SWT dan menjadi lebih sengsara di akhirat nanti jika suaminya tidak memaafkan atas kesalahan yang dilakukannya itu.
Dalam hal ini, kita semua barangkali terlepas pandang betapa banyak harta Saidatina Khadijah isteri Rasulullah SAW digunakan baginda untuk perjuangan dalam Islam, namun walaupun harta tokoh korporat wanita Mekah ini habis digunakan, beliau tetap reda dengan usaha suaminya itu.
Mengapa hanya perkara kecil yang memang pasti dihadapi oleh setiap keluarga, tidak mampu dihadapi malah dipertikaikan? Mengapa terlalu rapuh institusi rumahtangga umat Islam ketika ini?
Jika persoalan atau krisis rumahtangga yang sedikit dan sederhana tidak berupaya diselesaikan dengan hati yang terbuka, maka perkara yang sama akan mudah terjadi dan menimpa anda walaupun setelah mendirikan dan membina perkahwinan yang baru.
Melainkan seseorang itu benar-benar bertaubat, insya-Allah akan diberi jalan kemudahan terhadapnya oleh Allah SWT.
Permohonan cerai seorang isteri terhadap suaminya tanpa alasan yang benar menurut syarak maka ia tergolong dalam kategori isteri yang berdosa.
Bahkan dijelaskan oleh Rasulullah SAW sebagai seorang isteri yang tidak dapat mencium bau syurga (tidak dapat masuk syurga).
Kesimpulannya, pembinaan bahtera kasih berpaksikan panduan nabi SAW adalah sesuatu yang mampu dan berupaya diikuti walau ia tidak setaraf dengan apa yang dilakukan oleh insan pilihan Allah Muhammad ibni Abdullah, sekurang-kurangnya kita sentiasa komited untuk menuju reda Allah SWT.

Rabu, 15 Februari 2012

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT



Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kapan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kapan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kapan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"

Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untu sembahyang berjemaah.

2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

ROMBONGAN UMRAH NABI DIHALANG




APABILA banyak perubahan besar berlaku yang memihak dan menguntungkan Islam, ia memberi peluang kepada Rasulullah dan seluruh umat Islam untuk mengorak langkah lebih berani bagi melebarkan sayap dakwah dan bebas melakukan ibadat.

Bebas beribadat itu turut bermaksud menyempurnakan kembali hak mereka melakukan ibadat umrah dan haji di Masjidil Haram Mekah.
Iaitu ibadah yang dinafikan kepada umat Islam oleh para penguasa Kota Mekah ketika itu, iaitu pihak kafir Quraisy.
Selama enam tahun umat Islam dilarang melakukan ibadat umrah dan haji. Pemboikotan itu perlu dipecahkan. Kerana itu umat Islam di Madinah mesti 'kembali' semula ke Mekah walaupun menyedari risiko yang menunggu.
Tambahan, Rasulullah sendiri terlalu rindu mengerjakan umrah dan haji sehingga termimpi-mimpi akan suasana ibadat itu di Kaabah. Baginda pun berkongsi dengan umat Islam yang lain akan mimpi tersebut.
Sekali gus menyebabkan mereka begitu gembira kerana disifatkan satu petanda yang baik bahawa kali ini mereka pasti dapat kembali ke Mekah.
Akhirnya, sebagaimana yang mereka rancang, rombongan baginda akhirnya bergerak ke Mekah.
Pada hari Isnin 1 Zulkaedah tahun 6 Hijrah bermulalah satu perjalanan menuju ke Mekah.
Sama ada di dipermudahkan mahupun sebaliknya terserah kepada Allah bagi menjadikan impian untuk mereka bertalbiah, bertawaf, bersaie, bertahalul itu menjadi satu realiti memandangkan Mekah masih dikuasai oleh musuh ketat Islam.
Baginda membawa isterinya, Ummu Salamah bersama dengan kira-kira 1,500 umat Islam yang lain.
Masing-masing hanya bersenjatakan pedang yang bersarung. Ini kerana, mereka tiada tujuan untuk berperang kecuali untuk beribadah semata-mata.
Bagai menyambut sambut perayaan besar, baginda bersama seluruh umat Islam yang lain meninggalkan Kota Madinah dengan tidak sabar-sabar dan gembira untuk segera sampai ke Kota Mekah.
Gempar
Malah apabila sampai di sebuah kawasan bernama Zul Hulaifah, baginda segera memasang gelang dan penanda pada haiwan-haiwan ternakan terutama unta dan kambing yang hendak dikorbankan.
Kemudian baginda dan seluruh anggota rombongan yang lain memakai pakaian ihram supaya sesiapa yang melihat tahu tujuan mereka adalah untuk beribadat di Mekah dan sama sekali tidak boleh diperangi.
Melalui bantuan para perisik dari kabilah-kabilah Arab lain, berita kedatangan rombongan umrah dan haji dari Madinah akhirnya sampai juga ke pengetahuan penduduk Mekah.
Maka suasana bertukar gempar dan mendapat pelbagai reaksi sehingga menjadi bahan percakapan di sana sini. Mereka sama sekali tidak menyangka Rasulullah dan para pengikutnya yang dahulunya seolah-olah melarikan diri dari Kota Mekah, kini dengan begitu berani dan yakin mahu kembali semula ke kampung halaman mereka.
Walaupun untuk tujuan ibadat, namun pihak Quraisy masih tidak senang dan tidak dapat menerima sebarang kehadiran pihak Islam ke Mekah untuk apa juga tujuan sekali pun. Maka, mereka pun bersidang.
Akhirnya sebagaimana yang dijangka kehadiran umat Islam itu mahu disekat. Seramai 200 tentera berkuda Quraisy dikerah berhadapan dengan rombongan Rasulullah.
Tentera kafir itu diketuai oleh pahlawan Quraisy yang sangat terkenal dengan kegagahan dan kehebatan berperang iaitu Khalid Al Walid.
Apabila pasukan tentera Quraisy itu sampai di suatu tempat, iaitu Qura al Ghamim - jalan utama untuk sampai ke Mekah - Khalid Al Walid pun akhirnya bertembung dengan rombongan umat Islam.
Tetapi ketika itu, umat Islam sedang mendirikan solat Zuhur secara berjemaah yang diimamkan oleh Rasulullah.
Khalid dan anggota tentera hanya memerhatikan sahaja umat Islam yang sedang solat itu. Ini memberikan satu ilham kepada Khali iaitu menyerang umat Islam ketika mereka sedang 'leka' solat.
"Mereka sedang berada dalam keadaan alpa. Kalau kita serang mereka pasti kita akan menang, maka akan selesailah satu masalah," bisik hati Khalid.
Namun Khalid tidak terus menyerang tetapi beliau bercadang bertindak apabila rombongan Rasulullah itu hendak mendirikan solat Asar berjemaah.
Pasti kali ini, sekali lagi di bawah pimpinan Khalid, pihak Quraisy akan mencapai kemenangan terhadap umat Islam sebagaimana pahlawan Quraisy itu pernah mengucar-kacirkan pertahanan Islam semasa Perang Uhud dahulu.